Friday, October 14, 2011

Jatuh Cinta

Aku pernah janji yang aku tak akan jatuh cinta dengan mana-mana girls lagi lepas girlfriend nombor 4. Sekarang dah lebih kurang empat ke lima tahun aku single dari mana-mana girls. *serius aku tak pernah kira berapa lama aku single*. Entah macam mana aku ter 'crush' dengan sorang kawan aku ni. Dont blame me, she so adorable, sensitive, smart dan sometimes bossy. Aku dapat rasa chemistry antara kitaorang. Ah, sumpah! gigil aku dibuatnya. Dah lama dah tak rasa perasaan ni.

Aku harap perasaan ni berlalu bergitu sahaja dan tidak kekal. Jadi sekarang aku cuba kurangkan masa lepak dengan dia. Kau gila nak teruskan, dah tentu aku tak boleh nak promise apa-apa kat mana-mana girl selain jadi kawan yang baik tu. Gila, banyak perkara aku fikir, tuhan, family, diri dia, diri aku, orang sekeliling lagi. Aku tak boleh tipu dia, aku juga tak boleh nak teruskan. Aku rasa dia macam tahu. Aku tak sure respon dari dia macam mana. Aku tak nak dia tahu perasaan aku. Sebab aku tahu jujur yang ini pasti merosakkan keadaan dan persahabatan kitaorang. Kalau dia benci aku satu hal, kalau dia suka aku lagi teruk.

Macamlah aku tak ada pengalaman dengan keadaan ini. Aku tahu kat luar sana ada ramai couple same sex yang hadapi pelbagai masalah. Ramai juga yang bahagia. Yes! kau memang nampak bahagia, tapi keberkatan tu tak ada. Ada yang cakap family kita orang tak kisah. Tapi setakat mana. Ada yang rasa dah cukup dengan cinta macam ni. Ada yang jadi secret lover. Ada yang sanggup tinggal family, kerjaya dan kawan-kawan demi cinta. Hari-hari aku tengok dan dengar hal ni. Ini semua kisah aku dan kawan-kawan aku.

Adakah patut aku berdepan dengan perkara ini lagi. Sanggup ke aku? Berbaloi ke? Aku pernah buat lawak dengan adik aku kalau ada girl macam Mila Kunis atau Siti Saleha barulah aku boleh goyang. Kata-kata kita memang boleh makan diri kita sendiri. Aku janji aku akan cuba. Sebab paling utama, aku sangat sayangkan dia dan our friendship dan aku tak nak rosakkan life dia dengan perasaan aku, aku tak nak dia rosakkan diri dia kalau dia jatuh cinta pada aku. Aku tak nak dia benci aku kalau dia tahu aku ni bekas pengkid dan lesbian.

Oh, kawan! Maafkan aku. Terlau banyak aku nak cerita dan terlalu banyak yang aku perlu rahsiakan. Maafkan aku tak boleh nak jujur pun, tak mampu nak jujur pun. Kabut di minda.

Sunday, September 18, 2011

Aku sebagai Anak

Ayah telah meninggal bulan puasa haritu. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kata orang bekal apabila dalam alam barzah nanti adalah amal, sedekah jariah, ilmu yang menafaat dan doa anak yang soleh. Mampukah aku sebagai anak jadi anak yang soleh? Ajal, maut, jodoh, pertemuaan di tangan Tuhan. Besar dugaan tahun ini. Abang-abang yang aku tak boleh nak harapkan sangat sebab diaorang pun selalu harapkan aku. Aku kehilangan lelaki yang paling aku sayang dalam hidup ini. Memang banyak konflik aku dengan ayah. Tapi aku bersyukur, ada ayah yang sayangkan kami, walaupun dia tak pernah tunjuk. Sepanjang dia sakit, aku dapat jaga dia. Aku redha dengan pemergiaan ayah. Aku sayang ayah. Sekarang ini aku hanya mampu berdoa dan cuba menjadi anak yang soleh itu. Amin.

Saturday, June 4, 2011

Pengkid dan Perempuan

Last week melepak dengan salah sorang adik perempuan. Tengah borak-borak dan gelak-gelak tiba-tiba aje dia cakap.

 “ Kalau orang kenalkan akak pada kawan-kawan orang sekarang, lepas tu cakap akak pengkid mesti diorang tak percaya”

Aku gelak, kuat-kuat. Aku rasa aku tahu kenapa adik aku cakap camni. Mungkin sebab last week aku ada melepak dengan boyfriend dia, pastu mesti boyfriend dia tanya dia kenapa aku tak ada boyfriend lagi. Lepas tu adik aku mestilah cerita serba sedikit background aku pada boyfriend dia. Dan sudah tentu boyfriend dia tak percaya.

Siapa yang boleh percaya? Sekarang ni rambut aku panjang paras punggung. Aku nampak normal je macam mana gadis-gadis yang korang kenal. Aku ada normal job. Normal friends.

Semua orang salahkan pengkid. Serius, aku sendiri kadang-kadang meluat tengok pengkid. Tapi pernahkah tiap-tiap orang yang salahkan pengkid tu help diorang. Memang susah nak ubah sesiapapun kalau bukan atas kehendak mereka sendiri. Lagi-lagi kalau dah memang macam jantan.

Serius tak tahu nak mula dari mana kan? Kalau korang ada adik, kakak, saudara mara atau kawan pengkid apa yang korang selalu buat. Biasa aku tengok dan pernah alami ialah orang akan perli dan hina golongan macam ni. Mana-mana kawan yang accept pula akan buat tak tahu sahaja. Serius korang kena tolong golongan ni kembali ke pangkal jalan.

Dari pengalaman aku, masa aku form 2 aku pernah cakap pada Kak Lang aku yang aku suka kat perempuan bila Kak Jen terbaca diari aku pasal aku suka pada girls. Kak Jen ejek dan kutuk aku. Aku nangis teruk dan bakar diari tu.  Lepas tu Kak Lang aku nasihat aku dan katakana mungkin ini fasa aje dalam life aku. Aku rasa dia pun terkejut dan tak tahu nak buat apa. Ini situasi yang tak mudah.

Hal itu tamat bergitu sahaja. Lagipun aku bukan rapat dengan family masa tu. Ayah aku akan marah, marah dan marah bila setiap kali aku balik dari asrama, rambut aku pendek. Dia akan keluar hadis yang perempuan tak boleh menyerupai lelaki. Pernah jugak dia tarik rambut aku bila aku cukur nipis rambut tepi aku. Serius aku takut, jadi aku selalu mengelak dari ayah aku. Ayah aku sibuk memanjang. Jadi dia tak pernah sit down dan tanya apa masalah aku sebenarnya.

Bila aku cerita pada emak, emak ingat aku buat lawak. Lagipun aku tak nak bebankan mak dengan hal aku ni. Adik-adik aku nampak lah kakak diaorang ni macam jantan, tapi diorang tak faham apa-apa masa tu. Lagipun aku tegas dengan adik-adik. Sampai sekarang adik-adik selalu cakap aku ni idola diorang dari kecil, sebab aku berdikari, rajin dan memang ada gaya tersendiri.

Aku sayang famili aku, sebab tu aku cuba berubah. Aku sayang diri aku sebab tu aku nak jadi perempuan yang baik. Cabaran memang banyak. Tak terkata. Banyak kejian yang dapat jadi seorang pengkid.

Walaupun naluri ni rasa diri macam budak lelaki yang teperangkap dalam tubuh perempuan. Dalam tempoh nak berubah tu banyak dugaan. Ada yang panggil aku perempuan gedik bila aku try kawan dengan budak lelaki secara perempuan. Aku tak tahu cara nak kawan dengan budak lelaki sebagai perempuan. Kalau sebagai pengkid aku tahulah. Selamba aje bertepuk-bertampar.

Sampai sekarang aku masih belajar handle diri aku, cara bercakap, cara jalan (thanks my ex-bibik kakak ipar sebab ajar aku berjalan macam perempuan). Aku kena tinggalkan cara hidup aku sebagai pengkid. Seluar pendek, baju-baju semasa pengkid. Kawan-kawan pengkid. Kawan-kawan yang accept aku sebagai pengkid semua aku jauhkan. Sebab apa, sebab bila aku rambut panjang dan sopan santun diorang tak boleh terima. Diorang kekok. Aku apatah lagi. Itu satu pengorbanan yang besar.

Satu masa tu aku tak ada kawan dah. Aku ada family aje. Family yang aku tak rapat tu. Sunyi sangat, dan menangis sendiri aje. Sampai sekarang aku tengah belajar. Kawan-kawan sekarang tak tahu pun aku siapa. Susah, tapi boleh. Next time mungkin aku akan bagi tips macammana nak berubah dari pengkid kepada perempuan. Tak ada yang mustahil.

Kepada korang yang selalu hina pengkid tu, lebih baik korang nasihat dengan elok. Kalau pengkid tu tak nak terima. Jangan korang putus asa. Kalau nak buat orang jadi baik, bukan senang. Ini bukan hal sehari dua. Yang keras tidak boleh dilawan secara keras. Guna akal. Kepada pengkid, kalau ada orang nasihat, itu bukan bermakna orang benci, buka hati tu. Takkan selamanya nak jadi macam ni. Fikir jangka masa panjang.

PS: Yang ironimya, Kak Jen yang ejek aku dulu, dia akhirnya terlibat dengan dunia pengkid juga. Late blommer.

Thursday, March 31, 2011

Genius

Sebenarnya kamu tidak perlu jadi genius pun untuk tahu seksualiti seseorang itu. Kamu hanya perlu bertanya, nicely pada waktu yang tepat.

Jadi di sini terjadi satu peristiwa dimana my big bos dengan spontannya lawaknya berkata “ Patutlah, dah lama aku syak kau ni lesbian!” apabila aku buat lawak aku rasa terganggu bila rakan sekerja ku breast pump.

Aku tahu dia bergurau, dan merah muka aku sebab aku rasa juga dia sahaja cuit aku dalam diam. Dan itu baru genius.

Aku tidak tahu aku patut diletakan dalam ketegori apa. Aku tak bersama dengan mana-mana girls pun bertahun-tahun ini, aku juga tak tertarik dari segi seksual pada lelaki. Tunjuklah semacho manapun gambar Fahrin Ahmad, kalau aku tengok lama-lama, boleh rasa hendak termuntah.

Aku selalu rasa people disekeliling aku sebenarnya tahu seksualiti aku, Cuma seperti biasa masyarakat kita memang penuh tatasusila. Mana ada yang berani tanya depan muka aku. Lagipun diaorang sendiri tidak pernah lihat aku bersama mana-mana girls, lelaki lagilah. Diaorang hormat aku. Aku tak harap pun diorang tahu.

Selepas ini aku cuma perlu berhati-hati supaya aku tidak terbuat lawak yang boleh mendedahkan diri lagi. Cukuplah yang tahu itu tahu. Seperti mana separuh familiku sahaja yang tahu, dan yang tahu itu tahu. faham dan membantu. Aku pernah berada di satu masa yang 99% rakan-rakan disekeliling tahu siapa aku. Aku Cuma tak nak berada dalam keadaan itu lagi.

Sunday, March 6, 2011

Being Single And Being Pengkid

Seperti yang semua tahu. Aku single. Yang separuh orang tak tahu, aku pernah date girls dalam hidup aku selain ‘date’ guys.  Sebenarnya aku tak jumpa pun apa yang aku cari. Bukan senang nak suka guy dalam keadaan kau sangat  suka girl. Being single is one of the options yang selamat aku rasa. Daripada aku nak melukakan guy yang try aku. Sebenarnya aku beri peluang pada guy juga. Cuma belum ada right guy yang dapat sentuh hati aku sebagaimana empat ex-girlfriends aku buat. Yang akhirnya keempat-empatnya tinggalkan aku tanpa ingin tahu life aku sekarang. Dia orang move on. My first ex  aku tak tahu dimana, puas aku cari. 

Yang kedua dah berkahwin dan mengandung anak pertama, yang ketiga aku rasa baru kahwin agaknya dan yang keempat engage to be married. Aku sayang dia orang dan aku ambil berat pasal dia orang sebenarnya. Sebab itulah aku cuba cari dan tengok lalu doakan kehidupan dia orang dari jauh agar bahagia selalu. Aku tak rasa dia orang buat perkara yang sama pada aku. Ada yang tak nak be my friend pun dan ada yang blacklist aku dalam kehidupan dia orang. Kejam kan. Ada yang anggap aku menarik dia orang kearah kejahatan.  Ada yang anggap masa dengan aku adalah perkara paling buruk dalam hidup dia orang.  

Ambil contoh,  ex-girl nombor 3, aku namakannya Preity .Sekarang dia blacklist aku dan anggap semua yang pernah berlaku antara kami adalah salah aku. Come on lah, siapa yang seduce aku ketika aku nak ngurat sorang lagi girl yang arrogant, aku namakannya Rihana. Akhirnya aku stop sweet talk dengan Rihana dan pergi kepada Preity.  

Then… Preity tinggalkan aku dan pergi pada ‘the guy ‘ yang dulunya tak layan dia tapi kini fall in love dengan dia.  Bila aku try move on beberapa tahun selepas itu dengan my ex-girl nombor empat ( Honey).Preity datang semula dan cakap sanggup tinggalkan ‘the guy’ dan nak kembali pada aku. Perkara itu tidak menggangu aku lansung kerana waktu itu aku truly, madly, deeply fall in love dengan Honey. 

Honey yang aku anggap perempuan paling suci pernah aku jumpa. Honey yang mulanya reject aku sebab ini semua berdosa, salah dan tiada masa depan, tapi akhirnya terpaksa admit yang dia juga sangat-sangat cintakan aku. Selepas hampir tiga tahun kami bersama, Honey tinggalkan aku untuk bersama dengan seorang lelaki yang dia jatuh cinta. Yang mana aku tak sangka dia akan buat bergitu. Aku membayangkan aku dan Honey akan jadi partner seluruh hidup kami, bila dia habis universiti dan aku dapat better job. Beli rumah atau mungkin pindah ke luar negara lalu cuba dapatkan anak bersama. Tapi semua itu tidak berlaku.

Yang paling worst dia dump aku over the phone. Aku tak dapat clue lansung. Sebab kami LDR (Long Distance Relationship). Shit! Aku menangis macam orang bodoh. Yang pujuk aku adalah Bond, my bestfriend.  Aku tahu bercinta dengan aku bukan seindah mana. Terpaksa menentang hampir seluruh dunia. Walaupun hanya pegang tangan setiap orang akan pandang dengan benci atau meluat. Tak dapat nak bawa girl tu jumpa mak ayah dan tak dapat segala privilege yang straight couple dapat. Shit! Aku bukan anak orang kaya. Aku average person.

Jangan sesekali jatuh hati pada straight girl. Consequence nya memang teruk. Kau mungkin akan patah hati sepanjang hidup kau. Masalahnya kita bukan ada options nak jatuh cinta dengan siapa-siapa. Lagipun sekeliling aku dipenuhi dengan straight girls. Yang tergila-gilakan Taylor Lautner, mimpikan Lee Min Ho. Pada waktu itu aku cakap pada diri aku, Jo…cukup, cukuplah. 

Gila aku suka girls. Gila la juga aku mengelakkan diri sekarang. Aku minta maaf pada kawan-kawan sekarang ini yang aku terpaksa tipu, yang aku cerita pada dia orang tentang enam boyfriends yang aku pernah date dulu, sebenarnya empat darinya adalah girlfriends. Aku tahu kawan-kawan aku sekarang mungkin mati terkejut. Maaf juga pada kawan-kawan lama yang aku cuba elakkan diri. Aku tahu kalau aku jadi terkenal, serius mungkin akan ada yang kata, aku kenal Jo ni, dulu dia pengkid…with girlfriend. Maaf. Ada perkara aku memang nak share dengan semua orang. Semoga cerita Jo ini akan jadi pengajaran.

Sunday, December 12, 2010

Pengkid Malaysia

Sebagai seorang yang pernah terlibat dalam dunia pengkid kat malaysia ini memang banyak pengalaman dan cerita yang aku kumpul. Mungkin tak sebanyak yang orang lain ada, tapi ia adalah pengalaman yang aku tak dapat lupakan ( terutama bila aku tertengok pengkid dimana-mana). Bestfriend aku sejak sekolah masih lagi pengkid dan aku tak nampak pun cahaya keinsafannya lagi.

Macammana aku boleh terbabit dalam dunia ini, bermula sejak sekolah menengah. Bermula dengan satu cabaran oleh seorang girl untuk mengurat seorang girl, jadi bermulalah kisah ngeri hidup aku. Sebelum itu aku hanya seorang tomboy tahap 10. (tomboy yang tak boleh diselamatkan)

Beberapa tahun kebelakangan ini aku sedang berusaha untuk tidak membabitkan diri dengan mana-mana girl. Jadi aku kekal single dah hampir 4 tahun. Alhamdullilah. TQ family. Hasilnya, rezeki bertambah dan jiwa jadi lebih tenang.

Bunyinya senang kan berubah tu...Sebenarnya terlalu susah. Ia macam satu ketagihan yang sukar aku nak keluarkan dari ubun-ubun otak. Ada saat yang aku rasa nak give up aje. Terutama bila bekalan (girl) ada je kat depan mata, tunggu untuk di ngurat. Sebab itu aku lebih suka keluar dengan adik-beradik. Jadi tumpuan aku lebih kepada keluarga. Masalahnya sekarang aku jarang dapat keluar dengan adik-beradik sebab dah tinggal agak jauh ditambah lagi dengan kesibukan masing-masing. Kadang-kadang aku takut untuk keluar. Kalau aku keluar pun aku akan jalan laju-laju dan tunduk pandang lantai. Sebab bila aku pandang depan penuh satu pasar raya girls yang super cun dan cute. Dengan rambut yang macam-macam potongan dan tudung macam-macam warna, baju macam-macam fesyen. Gigil aku nak menahannya, lagi-lagi bila ada yang senyum dengan sweet pada aku, mak aih! manis...manis... Mintak tolonglah gadis-gadis diluar sana. Kalau nak keluar, janganlah pakai minyak wangi kau orang yang sebatu dah boleh bau tu. Jangan mendedahkan lurah di dada. Kalau yang bertudung sila jangan keterlaluan berfesyen, cukuplah sekadar pakai yang simple. Kurangkan berketawa manja dengan rakan-rakan anda. Semua itu boleh merangsang deria aku. Aku tak dapat bayangankan apa perasaan lelaki di luar sana nak menahan dugaan ini. Double gigil.

Berbalik kepada cerita pengkid tadi, aku sendiri yang pernah jadi pengkid ni pun kadang-kadang tekejut tengok peningkatan pengkid-pengkid di sekeliling aku. Makin ramai pula dari sehari ke sehari. Di kawasan perumahan aku ini sahaja dah ada beberapa lori. Yang kurus kering, yang gemuk, yang merokok, yang berpegangan tangan dengan awek, yang hodoh, yang lawa, yang belagak macho, yang pendek, yang rambut cacak, yang suka pakai seluar tiga suku, yang bawa motor macam pelesit, yang cakap dialek kelate, yang dada besar, yang dada leper, yang baru nak naik, tak kurang juga yang dah tua dan sebagainya.

Aku tak tahu nak rasa apa. Aku tak kenal pun diaorang. Aku tak ada hak untuk menghukum dia orang. Mungkin dia orang lebih taat kepada ibubapa dari aku. Mungkin lagi bagus skill memasaknya dari Chef Wan. Mungkin hati nuraninya lagi lembut dari semua gadis-gadis di luar sana. Hah! yang normal pulak jangan ingat kau orang boleh lepas, jangan ingat aku tak nampak bila ada yang ber dating kat hujung simpang sambil kau meraba-raba pasangan kau. Jangan ingat aku tak nampak ada gadis-gadis rumah bujang yang bawa lelaki masuk rumah jam tiga pagi.

Banyak lagi aku nak cerita pengalaman aku sebagai pengkid, tapi sekarang aku nak pergi mandi.

Friday, December 10, 2010

Kahwin

Jangan paksa aku kahwin walaupun kau paling rapat dengan aku. Sampai masa aku akan kahwin dan waktu itu sediakan sahaja hadiah yang besar sebab beberapa tahun ini aku asyik belikan hadiah kahwin untuk orang lain.

Followers