Sunday, December 12, 2010

Pengkid Malaysia

Sebagai seorang yang pernah terlibat dalam dunia pengkid kat malaysia ini memang banyak pengalaman dan cerita yang aku kumpul. Mungkin tak sebanyak yang orang lain ada, tapi ia adalah pengalaman yang aku tak dapat lupakan ( terutama bila aku tertengok pengkid dimana-mana). Bestfriend aku sejak sekolah masih lagi pengkid dan aku tak nampak pun cahaya keinsafannya lagi.

Macammana aku boleh terbabit dalam dunia ini, bermula sejak sekolah menengah. Bermula dengan satu cabaran oleh seorang girl untuk mengurat seorang girl, jadi bermulalah kisah ngeri hidup aku. Sebelum itu aku hanya seorang tomboy tahap 10. (tomboy yang tak boleh diselamatkan)

Beberapa tahun kebelakangan ini aku sedang berusaha untuk tidak membabitkan diri dengan mana-mana girl. Jadi aku kekal single dah hampir 4 tahun. Alhamdullilah. TQ family. Hasilnya, rezeki bertambah dan jiwa jadi lebih tenang.

Bunyinya senang kan berubah tu...Sebenarnya terlalu susah. Ia macam satu ketagihan yang sukar aku nak keluarkan dari ubun-ubun otak. Ada saat yang aku rasa nak give up aje. Terutama bila bekalan (girl) ada je kat depan mata, tunggu untuk di ngurat. Sebab itu aku lebih suka keluar dengan adik-beradik. Jadi tumpuan aku lebih kepada keluarga. Masalahnya sekarang aku jarang dapat keluar dengan adik-beradik sebab dah tinggal agak jauh ditambah lagi dengan kesibukan masing-masing. Kadang-kadang aku takut untuk keluar. Kalau aku keluar pun aku akan jalan laju-laju dan tunduk pandang lantai. Sebab bila aku pandang depan penuh satu pasar raya girls yang super cun dan cute. Dengan rambut yang macam-macam potongan dan tudung macam-macam warna, baju macam-macam fesyen. Gigil aku nak menahannya, lagi-lagi bila ada yang senyum dengan sweet pada aku, mak aih! manis...manis... Mintak tolonglah gadis-gadis diluar sana. Kalau nak keluar, janganlah pakai minyak wangi kau orang yang sebatu dah boleh bau tu. Jangan mendedahkan lurah di dada. Kalau yang bertudung sila jangan keterlaluan berfesyen, cukuplah sekadar pakai yang simple. Kurangkan berketawa manja dengan rakan-rakan anda. Semua itu boleh merangsang deria aku. Aku tak dapat bayangankan apa perasaan lelaki di luar sana nak menahan dugaan ini. Double gigil.

Berbalik kepada cerita pengkid tadi, aku sendiri yang pernah jadi pengkid ni pun kadang-kadang tekejut tengok peningkatan pengkid-pengkid di sekeliling aku. Makin ramai pula dari sehari ke sehari. Di kawasan perumahan aku ini sahaja dah ada beberapa lori. Yang kurus kering, yang gemuk, yang merokok, yang berpegangan tangan dengan awek, yang hodoh, yang lawa, yang belagak macho, yang pendek, yang rambut cacak, yang suka pakai seluar tiga suku, yang bawa motor macam pelesit, yang cakap dialek kelate, yang dada besar, yang dada leper, yang baru nak naik, tak kurang juga yang dah tua dan sebagainya.

Aku tak tahu nak rasa apa. Aku tak kenal pun diaorang. Aku tak ada hak untuk menghukum dia orang. Mungkin dia orang lebih taat kepada ibubapa dari aku. Mungkin lagi bagus skill memasaknya dari Chef Wan. Mungkin hati nuraninya lagi lembut dari semua gadis-gadis di luar sana. Hah! yang normal pulak jangan ingat kau orang boleh lepas, jangan ingat aku tak nampak bila ada yang ber dating kat hujung simpang sambil kau meraba-raba pasangan kau. Jangan ingat aku tak nampak ada gadis-gadis rumah bujang yang bawa lelaki masuk rumah jam tiga pagi.

Banyak lagi aku nak cerita pengalaman aku sebagai pengkid, tapi sekarang aku nak pergi mandi.

6 comments:

  1. woah..giler lah kau punyer tahap kepengkidkan.smpai tengok awex cun pon tak boleh,beb.sekarang ok dah ke?

    ReplyDelete
  2. Bintang: Hahaha! Bukan la sampai tahap tak boleh, roomates aku perempuan, kawan-kawan pun perempuan, biasanya aku boleh handle je dengan kawan-kawan perempuan aku, tapi tak dinafikanlah sometimes tu terliur jugak dengan girls yg sweet, baik dan pandai. Sampai sekarang pun masih try tahan jiwa. Kalau jatuh cinta tak tahu la... Jauhkan.

    ReplyDelete
  3. nice entry tapi..tulis entry tu biar berperenggan..kalau satu perrengan org tak nak baca..maaf jika terasa..

    ReplyDelete

Followers