Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts
Wednesday, October 28, 2015
Saturday, October 3, 2015
Friday, May 15, 2015
Super...
AMARAN: Post ini adalah hasil tulisan seorang fangirl. Kalau
tidak tahan, sila berundur lima langkah.
Aku seorang TV junkie/movie junkie. Tapi dah tak relevan, sekadar
poyo aje.
Di tahun 2015 ini rasanya semua orang adalah TV junkie/movie
junkie. Kita generasi yang menonton itu. Jadi apalah sangat aku ini. (Kecuali
kalau kau memang jenis tak tengok TV atau wayang itulah kan.)
Imbas kembali.
Sekolah asrama, aku di tingkatan dua atau tigalah lebih kurang.
Paling suka sekali cerita Lois & Clark: The New Adventures of Superman.
Siarannya ditayangkan di hari sekolah. Bilik TV berkunci dan waktu itu adalah
waktu prep malam. Punyalah nak tengok cerita ini. Satu hari dalam seminggu, aku
dan seorang senior sanggup ponteng prep dan menyelinap dalam bilik TV. Masa itu
salah satu skill aku adalah buka pintu guna dawai besi. Tingkap cermin pulak
kami berdua akan tutup dengan gebar. Bunyi TV, kami bisukan dan bergantung
kepada sarikata semata-mata. Kalau sesiapa ternampak jugak. Orang itu kami akan
ajak tengok sekali sambil pujuk memujuk.
Lepas habis cerita, mesti dua-dua tersengih sambil sep-sep.
Aku tak tahulah dia berangan apa. Aku tahu bahagian aku aje.
Terjadilah fantasi aku paling liar, berangan jadi Superman dan bawa gadisku
terbang di langit luas sambil mendendangkan rangkap lagu.
"Bulan madu di awan biru, tiada yang mengganggu. Bulan madu
di atas pelangi hanya kita berdua mengecap nikmat cinta…"
Supergay sungguh.
Beberapa tahun selepas itu, ada cerita Smallville. Tapi
jarang aku dapat layan. Sibuk belajar, kerja dan lain-lain. Lagipun, entah
kenapa aku tak berapa suka sangat cerita dia. Mungkin sebab Superman dia tak
terbang-terbang.
Imbas kembali tamat.
Tahukah kamu sekarang, CBS akan menayangkan siri Supergirl?
Aku tak tahu bila tarikh sebenar siarannya. Tapi aku dah tengok trailernya pagi
tadi waktu subuh. Berguling atas katil, fangirling. Terus aku terbang ke bilik
air berwuduk.
Sebenarnya aku fikirkan mungkin 50 tahun lagi baru dia orang
akan buat siri ini. Aku ketinggalan betul.
Jangkaan aku tinggi, jadi aku harap CBS tak merosakkan siri
ini.
PS: Girl Power!
Tuesday, September 16, 2014
Dalam Lagu
Aku suka buat rakaman video. Aku suka rakam apa sahaja. Sama
ada sorang-sorang, bersama Kak Jen, adik beradik, anak sedara atau kawan-kawan.
Banyak juga video yang dah hilang. Antara rakaman yang aku suka adalah rakaman
yang dibuat empat lima tahun lepas. Aku dan Kak Jen battle dance. Hip hop ya.
Padahal kami satu apa pun tak tau menari. Kak Jen biasalah dengan move poyo ala-ala
Micheal Jackson dia. Antara yang terbaru adalah kami berdua buat persembahan spontan
untuk buat emak gelak masa cuti hari raya.
Ok habis cerita itu.
Korang pernah dengar tak Kina Grannis cover lagu The
Neighbourhood, Sweater Weather? Pergh! Lagu best. Suara best.
Korang pernah dengar lagu Magic!, Rude? Layan juga lagu
ni. Syok memang syok, tapi kalau hari-hari main dekat radio, memang agak
berdarah jugak telinga mendengarnya. Dapat pula housemate aku selalu
mendendangkan lagu ini sambil memuat turun filem-filem kegemaran kami. Maka sampai
satu titik di mana, cukuplah. Aku tak boleh dengar dah lagu ini.
Sedang buat kerja graphic sambil layan gambar di tumblr.
Tiba-tiba terbaca satu artikel 28 Gay Girl Covers Of Straight Songs…. Apa ini? Klik dan keluar
senarai lagu.
Salah satu lagu Rude oleh Magic! dinyanyikan semula oleh
Kina Grannis. Biar betul. Berfantasi agaknya penulis ini. Bila masa pulak Kina
Grannis ni gay. Dia ada suami. Mujurlah penulis artikel ada menerangkan dalam
artikel yang dia tak dapat menolak untuk menyenaraikan lagu ini. Lalu aku juga
tidak dapat menolak perasaan ingin mendengarnya.
Dengar aje lagu ini, dengan suara Kina Grannis yang
gemersik. Petikan gitar lembut. PUFF! Aku terasa macam kembali zaman
bercinta-cintaan dulu. Aku terasa macam boleh tulis satu cerita fiksyen di mana
seorang gadis ingin mengawini gadis yang dicintai tapi ditentang keras oleh
keluarga. Mak aih!
Tapi aku tak tulis pun cerita fiksyen tu. Dapat bayangkan
dalam kepala sahaja. Belum cukup terer tulis macam penulis blog dalamgobok. Aku
asyik gelak sahaja baca cerita dan fanfiction dia. Aku harap andai dia baca
post ni dan layan lagu ni dia dapatlah idea apa-apa.
PS: Masa mula-mula kawan dengan Honey dulu aku selalu
nyanyi lagu She Will Be Loved. Cuma aku tukar lirik sikit. : b
Beauty queen of only eighteen
She had some trouble with herself
She always belonged to someone else
Jom layan lagu!
Subscribe to:
Posts (Atom)