Bila dah lama tak bercinta-cintaan dan tiba-tiba bercinta, aku jadi agak blur-blur.
Aku memikirkan apa yang patut dan tidak patut aku lakukan.
Aku ini dah umur 34 tahun. Patutkah aku bersikap seperti 20-an dahulu. Atau menjadi orang dewasa yang serius. Tapi tak adil pulak dekat Bunga, dia juga hendak merasa manis masin dan masamnya bercinta itu.
Ditambah lagi kami mula LDR.
Makin berusia, sebenarnya jiwa aku jadi makin sensitif dengan semua orang. Cepat terasa, mudah sedih dan ikhlas itu entah kemana. Paranoid. Perasaan jemu membuak-buak. Ada perasaan fed-up dengan sikap orang sekeliling. Sikap redha aku campak entah kemana.
Hal ini terjadi kerana selama ini aku biarkan sahaja keadaan keliling terlalu lama. Orang mudah mengambil kesempatan atas kelembutan dengan sikap "Tak Apalah" dari aku. Sehingga naik lemak pulak masing-masing.
Apabila aku berubah dan cukuplah aku beri kebaikkan sepercumanya, orang sekeliling macam tak boleh nak terima pula. Sudah-sudahlah tu. Cukuplah setakat ini. Mari kita hidup bahagia dengan terma masing-masing.
Malam tadi aku telefon Bunga. Tak lama pun. Lebih kurang 20 minit sahaja. Sebelum ini kami berdua bersetuju walaupun LDR, jangan membazir. Duit atau masa. Jimat cermat lebih baik.
Sepanjang 20 minit itu dia menangis. Puas aku pujuk. Dia masih teresak-esak. Jadi aku pun terus bercakap, bercerita itu ini. Membiarkan dia mendengar suara aku. Seperti biasa aku mesti tanya dia, ada tak apa-apa yang dia nak beritahu atau cakapkan pada aku, seperti biasa juga dia membisu. Aku tahu dia rindu. Aku pun begitu. Aku tahan air mata sendiri.
Selepas itu aku mesej WhatsApp dia, aku beritahu daripada terus menangis lebih baik kita fokus ke masa hadapan. Bagaimana caranya jika mahu tinggal bersama. Cari duit lebih dan apa cita-cita seterusnya. Aku suruh dia solat. Baru dia tenang sedikit.
Masa LDR beberapa hari ini aku rasa tak cool lansung. Kalau boleh aku nak tahu di mana dia berada, tengah buat apa, makan apa, pakai baju warna apa 24/7. Kalau boleh aku nak dia ada aje depan mata aku, aku tengok dia dan dia tengok aku.
Tapi mana boleh. Mana rasionalnya? Aku mahu dia ada kehidupan dia sendiri. Kebebasan. Rasa lapang dada untuk melakukan sesuatu kesukaannya. Mencuba sesuatu yang baru dan mengujakan.
PS: Ah! Aku bukan setua mana. Mari kita lakukan bersama adventure itu.
jo, ada rasa nak cari bunga lain tak bila LDR ni?
ReplyDeleteTak.
Deletedlm tmpoh LDR, jo dan bunga kerap communicate? call? whatsapp? siapa yg akn start conversation? jo ada kecil hati dgn bunga klau dia tak reply message or angkat call?
DeleteSemakin dewasa ada pasangan yg makin insecure. Somehow. Logicnya gagal difathom. Mujur jo tidak. If not kesian sama bunga.
ReplyDeleteAku dlm ldr
ReplyDeletedia kat China aku kat sini
Dah 9bulan
Aku harap hati ni kuat lagi nak teruskan hubungan ni
'Sakit tahan rindu woi '