Wednesday, July 27, 2016

Sebuah Pokemon Parallel

Kalaulah Bunga itu sejenis Pokemon, dia adalah spesis Pokemon yang jarang dan susah dijumpai seperti Pokemon Mew. Sedangkan aku bukanlah setabah Ash Ketchum yang tidak putus asa dan penuh nilai moral yang tinggi dalam mencari pokemon.

Minggu lepas, aku jumpa Bond. Hantar toto Narita yang sengaja aku beli ke bilik sewa dia. Nanti, senanglah setiap kali aku menyinggah tidur di sana.

Aku tunggu dia di bawah kawasan apartment dia sebab kami nak keluar makan. Aku bajet Bond akan pakai polo shirts dipadankan dengan seluar pendek cargo dengan kasut converse kepam dia tu, tapi dia pakai kurta. Ya, KURTA. Kurta lelaki yang labuh macam jubah tu. Dah macam Ostad aku tengok. Berdekah aku ketawa sambil menggelarkan dia Ostad Bond.

Kami gerak ke Paradigm Mall. Ambil ‘teman baru’ Bond.

Iye, betul. Bond sekarang tengah usha mengusha seorang wanita ini. Dah dapat pun aku rasa. Macam steady aje aku tengok mereka berdua. Maka, harapan untuk aku melihat Bond kekal single itu hanyalah tinggal harapan. Sama ada aku bersetuju atau tidak, itu tidak lagi penting. Biarlah Bond dengan keputusan dia.

Bond cakap dia dengan teman barunya, Anna ini lebih santai dan lepas. Aku faham Bond. Bukan senang nak single, lagi-lagi orang macam Bond yang tinggal sendirian di kota sesak ini. Apapun keputusan dia aku hormati.

Dalam kereta, beberapa kali Bond bertanyakan status antara aku dan Bunga. Macam mana kami ini sebenarnya. Aku beritahulah yang Bunga tu girl friend dan girlfriend aku. Tapi masih banyak lagi yang hendak di explore dalam hubungan kami berdua. Bond terkebil-kebil sambil ternganga. Macam tak percaya yang akhirnya aku melepaskan status single aku dan berjaya menyunting Bunga. Sedangkan lebih sepuluh tahun aku flying solo. Cewah! Ayat.

Aku dan Bunga. Cerita asas LDR kami macam ini…

Tempat tinggal kami jaraknya 38 kilometer sahaja.

Dia tinggal dengan famili dia. Kawasan rumah dia jikalau nak masuk kena tinggalkan kad pengenalan, kena soal siasat. Ada penjaga 24 jam yang lengkap dengan mesingan dan bersedia mati jika apa-apa berlaku.

Emak dan ayah jenis disiplin. Jangan haraplah nak dapat beritahu tentang kami ini dan dapat di terima sewenangnya. Silap-silap haribulan, hal ini akan jadi masalah negara. Akta baru akan ditanda tangani. Tak pasal-pasal semua pengkid lain terbabit dan masuk jel.

Berborak di telefon pula, biarpun telefon bimbit sendiri lebih dari setengah jam akan di soal siasat. Emak dia setiap hari akan telefon dia beberapa kali masa intern dulu. Skype atau WhatApps pun tak boleh beria-ria. Kiranya keluarganya memang caring habis pasal adik beradik dia.

Jadi, memang tak dapatlah jika tiba-tiba pukul 9 malam, aku rasa nak ajak dia ngopi kat kedai mamak. Pergi tengok wayang atau jogging di hari minggu, kemungkinan besar tidak diizinkan oleh emak dia. Bunga sendiri baru dua kali pergi tengok wayang seumur hidup dia. Pertama, filem Gerak Khas dengan ahli keluarga, kedua cerita kapten Amerika dengan aku dan Bond.

Jadi, kena rancang dengan otak genius kami ini bagaimana kami hendak jumpa tanpa keluarganya mengesyaki kami. Semua pertemuan kami selepas ini perlu di atur dengan rapi agar tidak menimbulkan keraguan. Aku kena letakkan profil sebagai kawan baik yang memberi pengaruh baik. Aku tidak mahu dibanned oleh keluarganya. Langsung jadi debu nanti.

Bunga pula adalah budak baik yang bukan rebel. Taat, ikut cakap emak ayah. Menghormati orang tua. Pentingkan famili. Kakak yang bertanggungjawab. Anak perempuan harapan yang menjadi idola rangkaian ahli keluarga yang lain.

Berbaloi tak LDR dan semua dugaan ini? Ikutkan… Baik aku single. Senang.

PS: Pokemon Mew, I choose you!!! *insert pokeball emoji.


6 comments:

  1. Jika cinta, memang berbaloi 😊

    ReplyDelete
  2. aku pun macam jatuh cinta dekat sorang gadis dah ni...dan LDR....

    ReplyDelete
  3. LDR perlu kesabaran dan kejujuran. kalau tak snggup putus dgn cara baik. tringt kt ex makwe, maya. ciri2 mcm bunga. dia baik. tp melur tak sbr bila LDR. melur yg minta putus sbb susah nk jmpa, selalu busy, call je gaduh. masa putus maya org pling sedih. spnjg kami brsma, melur bnyk buat maya nangis. tp maya ni sbr je. skrg kami msih contact wpun dh tak brsama. melur rasa nk couple smula dgn maya. tp tkut.

    ReplyDelete
  4. Hahaha good luck jo. Aku dulu pernah LDR hampir 3thn. Tapi bezanya aku ni anak dlm family religious. Bestnya smpat ldr 3thn masa di U dan akhirnya family aku berjaya hidu hubungan terlarang kami lepas sis aku buka n baca mesej whatsapp lucah aku pd dia. Aku terpaksa msj mcm tu sbb si dia suka smua mesej mcm tu sbb ldr kot hahaha. Aku dpt tau family aku selongkar abis msj2 aku dgn dia pun lps aku call dia menangis teruk dan dia cerita family aku siap call serang marah2 maki dia. Aku faham family aku x nak aku terjebak lbh jauh, tapi aku x dapat terima perbuatan mereka x respect privacy aku. Aku x pernah pon kacau privacy diaorang. Aku rasa bersalah pd dia sebab dpt tahu dia trauma sangat dan minta putus kerana takut kena serang lg.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. ye, kadang2 aku rasa malu dan trauma jg sebab family aku dpt tau semua rahsia aku. Lucunya aku buat msj2 tu hanya untuk suka2 bukan aku betul2 nak. LDR selama 3 tahun memang mencabar, dia kuat jelous tp as long as aku still layan dia dgn baik dia ok je. Aku pernah jumpa dia 2 kali, lepas tu pakai call/sms sj sebab masing tinggal di negeri yg jauh. Sampai sekarang aku masih rindu dia sebab aku anggap dia pemberi semangat aku, dan rasa marah sangat kerana sikap family aku yg kejam dan x tahu hormat privacy. Anti sangat kalau ada ahli keluarga yg luar dari norma, macam aku ni alien. Aku tetap manusia ada hati dan perasaan, bukan aku minta jadi lesbian.Cuma aku perlu masa untuk berubah, aku sedar akibatnya. Rasa macam nak lari jauh dari family aku, tapi aku tak kuat hati pula. Sorry tetiba luah cerita sedih :P

      Delete

Followers