Sunday, September 20, 2015

Istilah

Media sosial kadang-kala memberikan aku sakit kepala.

Ada masanya dulu, konon-konon aku tahu semua perkara. Atau aku mungkin lebih tahu dari orang-orang. Jadi seringnya aku jadi bahan rujukan atau kamus.

Kecepatan teknologi, sembang secara langsung dan global ini buat aku rasa tertinggal jauh.

Aku cerita tentang kerabu manga, orang cakap pasal somtam. Aku baru nak ambil tahu pasal Isis, ada pula Isil, IS? Aku baru nak borak tentang Ellen Page coming out, orang mula cakap tentang girlfriend dia Samantha Thomas? Bila aku buka cerita tentang homophobic orang cakap pasal cisgender. Apa benda tu?

Istilah demi istilah muncul. Terutamanya dalam kamus sosial LGBTQ....*berapa banyak huruf, daa...*

Ada juga istilah yang sedia ada, tapi setahun kebelakangan ini baru dipopularkan. Banyak pulak tu. Sebagai orang yang menulis, penting untuk tahu. Kalau tidak mungkin dicop jahil. Atau mungkin akan memperbodohkan diri sendiri.

Apa pentingnya mengetahui dan mempelajari istilah ini. Untuk kesedaran hal ini itu wujud? Untuk membentuk hidup yang lebih baik? Masa depan yang lebih terdidik dan mendidik? Untuk kegunaan seharian? Atau sekadar untuk orang tahu kita lebih tahu dari orang lain?

Aku keliru. Mungkin juga jahil.

Baiklah.

Imbas kembali... 10/11 tahun lepas.

Masa kerja restaurant dulu. Kami punya manager yang berpendidikan tinggi. Pengkid tapi closet. Ada masa dia lepak dengan kami pengkid yang muda-muda ini. Dia cakap, dia tak boleh betul dengan lessy. Dia cakap dia ok kalau pengkid dengan girly girl. Tapi bila girly girl dengan girly girl, dia geli.

Aku senyap ajelah.Tak nak ikut kata-kata dia secara membuta tuli. Orang lain aku tengok mengangguk aje. Adakah istilah untuk orang seperti manager pengkid ini?

Ada juga perempuan yang hanya suka pengkid. Entah macam mana pengkid dia pelahan-lahan menjadi lebih kewanitaan. Maka perasaan suka itu hilang. Macam mana itu? Kenapa dia tidak suka lelaki sahaja pula? Apa istilah untuk ini?

Kak Jen pula, masa dia mula memengkid. Dia cakap yang sebenarnya dia bukanlah hendak jadi pengkid sangat. Tapi masa itu dengan menjadi pengkid sahaja dia diterima bersama dengan girlfriend dia. Itu sahaja satu-satu caranya yang dia nampak.

Dengan sedikit pengetahuan, aku terangkan pada Kak Jen, itu ini. Memang dia tak faham. Makin keliru adalah. Jadi dia tak berapa kisah untuk ambik tahu.

Sehinggalah aku beri Kak Jen tonton cerita The L Word. Habis 6 season, baru dia tahu kewujudan pelbagai itu ini. Baru dia hendak faham.

Hendak tak hendak terpaksa juga mencari rujuk pop culture. Itu lebih dekat dengan masyarakat. Walaupun bukan semua intinya bagus dan tidak aku galakkan.

Orang yang kononnya tahu itu ini, jangan sabur orang yang tak tahu. Walaupun hakikatnya memang ramai orang jenis sarkastik, troll dan kaki sabur dalam dunia ni. 

Sama sekali tak boleh anggap semua orang tahu apa yang kau tahu. Walaupun dunia makin global, kena ada pemahaman, yang agama, budaya, pendidikan malah geografi kita berbeza. 

Istilah memudahkan. Mungkin juga memeningkan. Mungkin juga istilah yang ada tidak pernah tepat untuk menggambarkan sesuatu.

Apapun istilah baru didengar atau baru wujud, benar atau tidak. Popular atau tidak, jangan ikut memahaminya secara membabi buta. Perlu rajin merujuk sana sini. Fahami penggunaannya. 

Orang yang tak tahu seperti aku. Inilah peluang untuk ambil tahu. Mungkin ada kegunaannya di masa akan datang. 

PS: Mungkin sahaja aku akan bermalas-malas sahaja untuk tahu.



7 comments:

  1. macam blood orange lahhh. haha "blood orange?,"shut up..its fucking red"

    Entahlah, banyak sangat term weyh..kadang-kadang aku rasa term-term tu dicipta untuk lengkapkan thesis diorg. Atau mungkin nak isi masa lapang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jika kita kena pelajari istilah ni bersama barulah cepat faham. You and me isi masa lapang.

      Delete
    2. saya rasa la jo, lambat belajar, tapi janji belajar, itu ok. jgn jadi mcm ada sesetengah org, dah la tak tahu, malas pulak tu, lepas tu mendabik dada mcm tahu semua. i know a fool when i see them claiming they know everything.

      Delete
  2. Dgn kepesatan ekonomi dan teknologi (ceewaah)..minda manusia makin berkembang (ecececeh)...Dgn ujudnya ilmu dn penerokaan dlm bidang2x baru (ade unsur2x poyo tak kat sini) maka ujudlah istilah yg pelbagai tu. Knape? utk justify bende yg kita tak tau, contoh: number yg ko dh tak larat nak kira- kita akan panggil "infinity". Satu area kat angkasa yg takde sape tau ape ghopernye, kita panggil "black hole". Bende2x yg ambiguous dan vague, kita akan panggil "grey area".

    Same la jugak mcm variasi seksualiti manusia, dulu cume ade laki dan wanita, skang dah ade laki, wanita dan trans. Dulu mungkin cume ade hetero dan homo, skang dah ada asexual etc.

    Rs ingin justify sesuatu pkr tu la mnyebabkan byknye timbul istilah2x ni sbb manusia biase, tak suke bende yg kita "left in doubt". Kalau ko tgk trailer Batman v Superman, mak Superman bgtau dia "people fear what they don't understand".

    Sekian, huraian pjg lebar saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's not justifying, rather acknowledging existence. we are all jahil once, even more jahil if we refused to learn. nature contains all sorts of things that has proved too wide for human ignorance.

      Delete
    2. Thank you for sharing your point of view but like you, others equally entitle to gv their opinions too.

      Delete
    3. you gave your view first, so i think an alternative view is required. that others equally entitled to give their opinions too refers to me, not you. unless you feel you are right, which you are not. the world is bigger, well, than your view.

      jgn duduk bawah tempurung, gelap.

      Delete

Followers