Tuesday, August 18, 2015

Sentap dengan Kak Jen?

Banyak kali aku nak menulis tentang Kak Jen. Banyak kali juga Kak Jen paksa aku tulis pasal dia. Tapi nak tulis hal Kak Jen ini tidak boleh sebarangan. Dia kena ada di sebelah aku. Fakta kena tepat.
Tapi itulah… Setiap kali aku dan Kak Jen melepak aje, laptop memang aku tak dapat nak sentuh. Ada aje projek-projek yang kami perlu laksanakan berdua demi keharmonian sendiri, keluarga dan masyarakat.

Jadi sekarang aku nak main tulis aje. Kalau salah biar Kak Jen tumbuk aku.

Aku dah 33 tahun ini, Kak Jen dua tahun tuanya dari aku. Kak Jen orang tua.

Seperti yang aku selalu maklumkan, Kak Jen adalah late bloomers lesbian. Dalam umur 24 tahun baru dia tahu yang dia lesbian. Ramai orang macam ini.

Kak Jen pernah bercinta dengan seorang sahaja dalam hidup dia. Lalu perempuan itu kecewakan dia.

Sekarang Kak Jen single. Lama dah dia single. Tidak mahu lagi katanya. Taubat. Aku selalu rasa Kak Jen ini jenis cinta satu orang sahaja seumur hidup. Itu adalah sangat bodoh sebenarnya. Tapi, hati masing-masing mana kita nak tahu. Perjalanan hidup mungkin masih panjang, mana tahu Kak Jen bertemu soulmate dia.

Masa mula-mula aku dapat tahu Kak Jen ada awek. Aku tersentap. Padahal aku sendiri pun ada awek juga. Masa itu aku memang OUT aje pada semua orang. Semua orang tahu aku lesbian. Kalau masa itu orang mengutuk pengkid dan lesbian memang kena ceramah percuma dengan aku.

Aku pun bercakap secara serius dengan Kak Jen macam orang yang berpengalaman lama. Malah masa itu aku sendiri mengatakan ini mungkin salah satu fasa dalam hidup Kak Jen. Kak Jen lesbian sebab dia tengok aku lesbian dan ramai orang keliling kami masa itu terima lesbian ini dengan sempoinya. Kak Jen lesbian sebab TREND. Kelakar sungguh pemikiran aku masa itu.

Kau bayangkan aku yang lesbian ini pun masa tu sukar nak terima kakak aku lesbian. Bukan sebab aku marah lesbian. Tapi aku tak sangka Kak Jen lesbian. Bila? Masa sekolah dia yang gelakkan aku pasal lesbian ini.

Masa itu aku lagi boleh terima kalau adik bongsu aku mengaku dia suka perempuan. Pasal adik bongsu layan budak lelaki kasar betul. Tak pulak adik bongsu aku jadi lesbian.

Jadi aku boleh pahamlah sikit-sikit kalau tiba-tiba ahli keluarga yang memang kau tak sangka, mengaku yang dia sebenarnya GAY dan kau sentap. Sentap memang sentap, tapi selepas sentap tu paling penting. Tak akan kau nak pukul dia lepas pengakuan itu. Lepas tu kau paksa dia jangan jadi GAY, kalau tidak putus keluarga. Kau nak ambil parang dan cincang dia.

Sebagai ahli keluarga kau kena cuba bertenang. Tanya dia elok-elok, fahami dia. Kau pun kena jelaskan perasaan kau. Kalau kau tak suka GAY dan tak suka dia jadi GAY sebab agama dan lain-lain. Kau kena jelaskan kenapa kau rasa benda ini salah. Pekara ini makan masa. Kerjasama antara kedua belah pihak amat penting. TOLAK ANSUR. Tak kiralah lepas itu kau ada misi/agenda untuk menjadikan si pengaku tidak GAY. Aku rasa ramai nak buat benda ini. Terpulanglah. Kita masing-masing ada kebenaran yang mahu kita tegakkan di bumi Allah ini. Jangan lupa DOA minta pertunjuk dari DIA.

Pada kalangan GAY pula, nak buat pengakuan kena bertempat dan jangan membahayakan diri sendiri. Kalau keluarga atau kawan kau HOMOPHOBIC tahap membunuh. Nasihat aku, diamkan sahaja. Tak pasal-pasal ada yang mati kena pancung.

Aku ada pengalaman pengakuan AKU GAY pada orang-orang yang aku baru kenal dan dah lama kenal. Reaksinya bercampur-campur. Ada yang tak mahu kawan aku terus. Ada yang pura-pura baik depan aku. Di belakang, akulah bahan ketawa mereka. Ada yang menerima secara positif. Ada yang tak terkejut pun.

Eh, patutnya post ini pasal Kak Jen. Tapi jadi pasal aku pulak.HAHAHA!

Kak Jen masih Kak Jen aku, setiap kali aku buat silap dia akan tegur aku. Setiap kali dia buat silap, aku akan nasihat dia. Kita manusia kena saling ingat mengingatkan.

Sampai sekarang bila kami borak pasal masa lalu, kami mesti gelak punya. Adik beradik dan kawan rapat kami yang lain dah boleh hafal kisah kami ni. Naik jemu dia orang mendengarnya.


Terima kasih Tuhan kerana kau jadikan Kak Jen sebagai kakak aku.

PS: Nantilah aku cerita zaman Kak Jen poyo jadi PENGKID tu...HAHAHA.

2 comments:

  1. you have a beautiful relationship with your sister. just adorable!

    and yes, nak come out kena be careful lah. especially kalau ada yg gila sampai nak bunuh2 dan mencederakan. by right keluarga ni unconditional love, tapi tu lah, things like this tests what unconditional love means. for me, manusia ni mmg nature dia flawed, oleh itu tidak sempurna. if only that means we are more accepting of each other, but that's not the case because some people still think they are perfect.

    ReplyDelete
  2. Thank Jo..luv u..( kak jane syg jo.. ayat mintak blnjer makan..heehee..)
    8 tahun aku still bodoh berdiri sendiri..mencari aku didalam diriku..jiwa kosong hati yang kaku.
    melihat dunia terus berputar namun perjalanan mendewasakan aku. Slgi jtug msih berdegup slgi itu aku percaya SOULMATE itu ada krn itu aku masih begini. Aku pernah melakar memori indah mencipta dunia berbeza tentang KAMI suatu masa dahulu dan aku tidak pernah menyesal kerana aku juga pnah merasa kebahgiaannya tetapi aku akan menyesal sekiranya tidak terus berani mcari kebahgiaan lain yang kekal abadi. Syukur kpd Tuhan kerana masih diberi kesempatan dan waktu utk kehidupn yg sgt2 adventure ni. Jgn kalah dgn idup selagi pjuangan blum bermula..sedekahkan rasa CINTA itu kepada semua …
    P/s: mata lebam tgk movie 65 episode non stop..betul la muka aku ada iras althea@TRMD..hiii..hii)..

    ReplyDelete

Followers