Ini masanya… Untuk aku berkata… Baju raya tahun ini dah
hantar pada tukang jahit. Yaho!!
Ya, aku tahu raya lambat lagi dan puasa belum lagi, judge
me.
Kepada para pengkid yang sibuk menempah baju melayu atau
baju yang ala-ala macho, aku ucapkan so yesterday! Pengkid yang pakai baju
kurung trend tahun ini. Fikir-fikirkan.
Tahun ini, baju raya kami adik-beradik perempuan yang masih
bujang disponsor oleh adik lelaki aku, Jaha. Baik budak Jaha ni, walau muka
tidaklah sekacak Remy Ishak. Sehingga post ini ditulis, Jaha adalah cikgu sandaran
di sebuah sekolah menengah. Dia juga telah lulus temuduga sebagai cikgu sepenuh
masa. Posting di mana tak tahu lagi. Tahniah Jaha. Secara rasminya kau adalah
hotstuff di kampung kita.
Dah besar budak Jaha ni. Kejap sahaja. Rasanya baru semalam
aku tangan-tangankan dia sebab malas belajar. Rasanya baru semalam juga dia
tanya aku sama ada nak ikut cakap arwah ayah suruh jadi cikgu, atau nak ikut
keinginan dia nak jadi askar. Masa itu aku beri nasihat, eloklah dia dengar
nasihat arwah ayah, sebab dia tak cukup rebel macam aku dan Kak Jen untuk berdepan
dengan leteran arwah ayah.
Hari itu, sambil aku tolong emak siang ikan dan potong ayam,
kami buka kisah-kisah lama. Aku bagitahu emak, masa emak melahirkan Jaha tu,
aku ada tengok. Terkejut emak. Aku pun sama terkejut pasal emak terkejut.
Sedangkan cerita ini dah jadi lagenda dalam famili. Mana mungkin emak tak
pernah dengar. Atau emak lupa. Emak ingat aku berlawak, siap emak cakap aku
tipu.
Maka, aku mengemukakan beberapa fakta kelahiran Jaha pada
emak.
Umur aku tujuh tahun masa tu.
Jaha lahir masa malam atau nak subuh agaknya. Masa Jaha nak
dilahirkan. Hujan rebut petir bukan main kuat lagi. Aku yang tengah tidur
terjaga mendengar suasana kecoh di bilik emak.
Puas aku kejutkan kakak-kakak aku bangun. Tak dilayan. Sah,
tidur mati.
Aku bersila depan pintu bilik emak yang berkunci. Sambil itu
telinga aku pekup ke pintu. Aku yakin beberapa jiran dan Puan Misi sedang
bertungkus-lumus membantu emak melahirkan adik aku.
PAP! Lampu pulak padam. Elektrik tak ada. Hujan kat luar
makin lebat. Pintu bilik dibuka luas. Jiran sebelah rumah yang aku panggil Tok
memandang aku dalam gelap. Sesekali petir menyambar. Ngeri!
Tok menyuruh aku mencari pelita. Aku melompat ke dapur.
Dalam gelap itu aku mengagau mencari pelita yang dibuat menggunakan tin susu
tepung. Aku isi penuh dengan minyak gas. Aku berikan pada Tok. Tok masuk dalam
bilik, dan membuat isyarat supaya aku tunggu di luar. Tak sampai seminit lepas
tu Tok suruh aku masuk pulak. Apahal…
Aku disuruh mengawal api pelita daripada ditiup angin. Angin
kuat dari luar rumah sesekali masuk melalui lubang-lubang kecil di dinding kayu.
Tangan kecik aku mengepung api pelita, masa itu pelita itu dah membakar seluruh
atas tin, maklumlah masa aku letak minyak gas tadi terketar-ketar. Penuh sisa minyak
sahaja atas penutup pelita.
Diterangi api pelita yang marak, sesekali aku pandang emak
yang terbaring atas tilam (tiada katil) dikelilingi Puan Misi dan jiran-jiran.
Aku tengok emak macam cool aje. Cepat-cepat Tok menyuruh aku jangan pandang.
Aku angguk, tapi aku curi-curi jugak pandang sikit-sikit.
Lama jugak aku menunggu. Aku pun naik mengantuk. Makin samar
pandangan mata. Tapi api pelita tetap aku jaga. Entah bila, adik aku pun lahir.
Aku yang teruja hendak melompat ke arah emak. Melihat keadaan itu, segera aku
dihalau keluar oleh Tok. Kurang asam betul.
Setiap hari, balik sekolah aku akan cium dahi adik seratus
kali. Kata orang kalau cium dahi selalu nanti adik akan pandai. Mitos betul.
Aku ingat Puan Misi pesan, mak jangan mengandung lagi. Emak
dah tua, 40an dah. Tak baik untuk kesihatan. Mak ada darah tinggi.
Tapi mak aku mengandung lagi setahun lepas tu. Akibatnya,
pertama kali ada adik-beradik kami yang lahir di hospital. Rahmat juga, kalau
tidak mana nak dapat adik bongsu aku si heroin cerita tamil tu.
Mak akur dengan fakta-fakta yang aku bagi.
Dan hari itu kami masak, Ayam Masak Kicap. Jaha makan 3
pinggan.
PS : Aku tak tahu apa rupanya kain baju kurung tahun ini, aku tak sempat tengok pun. Ah! belasah aje.
kalau asyik cium tangan baby, nanti dah besar suka mintak mintak. mitos jugak. hihi. stress tadi, singgah sini. siap ada lukisan kartun, terhibur. tq :D
ReplyDelete:)
Tahniah jaha... Alfatihah tuk arwah
ReplyDeletesayangnyer die kat adik bujang die tu... bagus la... org laki kena galas tanggungjawab... hehe
ReplyDeleteAbg aku ckp letak la komen
ReplyDeleteYela sini tgk
Kalau cium bayi dkt pipi jadi apa?
ReplyDeletejadi sayang la...
DeleteCool abis...
ReplyDeleteJo...aku bca cita ko..tiba2 aku nk jd kecik balik...ntah la......kdg2 aku tertnya kt diri aku...aku ni x enjoy betul2 ke masa aku kecik.....kdg2 sebelum tido aku wish nk dapat mimp masa kecik.......huh.....klau la dapat kn...aku baru kt sini......
ReplyDeletesatu cerita yang menarik tapi rugi la kalau jadi pengkid seumur hidup, tak cium bau syurga plak
ReplyDeleteJO...u mesti pandai melukis...nt bole u buat satu entry tentang lukisan u.. :)
ReplyDelete-Mr. O'en-