Ramai pulak rakan sekerja yang bertanya aku bagaimana hendak
menabung. Bagaimana hendak simpan duit. Apakah mereka ingat aku ni kaki simpan
duit ke? Atau mereka menilai aku ini makan gaji, tapi gaya aku yang sempoi
dan selalu kelihatan papa kedana ini membuatkan
mereka rasa aku ada beribu ringgit dalam bank. Mereka salah. Aku pun sama
pokai.
Tapi sebagai pihak yang diminta nasihat, maka aku berikan.Ka-ching!
Cara pertama nak menabung, kau kenalah ada tabung. Pergi
beli tabung yang super cantik dekat kedai. Tabung cantik ini penting untuk
menghiburkan hati sendiri. Harga tak sampai pun RM10 ringgit. Atau minta sahaja
kawan kau hadiahkan. Jangan sesekali songlap tabung adik kau dan duit simpanan
dia ( Kak Jen selalu buat ni masa aku kecik, ciskek! )
Sebagai pemanas badan, kau pergi kemas rumah kau. Sapu
sampah. Kalau yang pakai vakum, pakailah vakum. Semua duit syiling yang kau
jumpa masa mengemas kau tibai aje sambil berkata kuat-kuat.
“ Woi! Aku jumpa syiling
ni, aku ambik. Halalkan!”
Lalu duit itu semua kau masuk dalam tabung itu sebagai
pemulaan. Amaran juga di sini, janganlah pula kau seluk poket seluar ayah kau,
ambik duit-duit dalam poket dia masuk dalam tabung kau.
Pastikan tabung itu jenis susah nak dikorek.
Letak tabung itu ditempat yang selamat dan senang nak masuk
duit setiap kali nampak tabung itu. Kalau yang berkongsi bilik, eloklah letak
dalam almari. Takut kena cilok pulak. Jangan percayakan sesiapa. Aku ada aje pengalaman
pahit tabung duit aku tinggal beberapa keping duit syiling aje, duit lain zero.
Setahun punya simpanan lesap. Tak logik betul. Apa lagi, satu rumah sewa aku angkut
pergi balai. Marah tu.
Seterusnya, hal yang paling payah. Nak masuk duit dalam itu.
Kau kena keraskan hati. Asalkan ada duit syiling, sumbat aje. Jangan dilupa
wang kertas seringgit dan lain-lain.
Ada masanya kau sengkek, memang kau ada aje rasa nak korek
tabung itu. Kalau terdesak, terpaksa, memang kena korek jugak. Tapi dengan
syarat, ganti semula di lain masa, dan kena ganti lebih sikit sebagai denda
pada diri sendiri.
Setiap minggu kena budget duit belanja. Amalkan memberi duit
belanja pada diri sendiri mengikut budget. Contohnya RM50 untuk seminggu. Kalau boleh
jangan terlebih budget. Kalau masih ada baki belanja tu, apalagi, sumbatlah dalam
tabung.
Seterusnya, apabila tabung itu penuh. Silalah kira dan
barulah simpan secara rasmi dalam bank. Atau, lagi bagus duit-duit dalam tabung
itu kau bagi sedekah masa raya pada anak-anak sedara dan anak-anak jiran.
Barulah tujuan hidup sempurna. Barulah kau rasa syok.
Yang paling penting, kenalah kurangkan gaya hidup
bermewah-mewah. Kena ada rasa bersalah kalau kau makan pakai mewah dan
membazir, sedangkan bersepah lagi orang yang makan ulat aje untuk hidup. Tak
ada bantal selimut nak tidur. Sederhana
sudah.
Ini tidak, gaji ciput. Kereta nak beli yang besar bagak.
Makan mesti kat restoren mahal-mahal. Shopping online itu ini. Melancong setiap
bulan. Sesiapa yang bergaji besar pun sama. Sederhana sudah. Ada duit lebih, sedekah kan lagi baik. Andai yang punya anak-anak, ajar mereka bersederhana.
Jangan tabur kemewahan. Tolonglah kawan.
Aku cakap memang senanglah. Pasal aku memang biasa hidup
susah dari kecik. Pasal aku memang tak suka sangat terasa mewah ini. Sampai
bila terasa mewah sikit aku jadi kekok. Cukup andai terasa cukup. Paling
penting emak rasa happy. Adik-beradik dalam perhatian. Kerja pulak mesti
ikhlas.
Kepada bakal kekasih hati saya. Nasib kamulah. Kita kerja
kuat dan kita memang akan hidup sempoi sahaja.
PS: Petua ini telah pun dibincangkan dengan rakan sekerja dan sebenarnya aku selalu aje pokai. Aku ok.
bagus cara2 jo menabung, saya pun pernah amalkan, cuma saya sendiri kurang berjaya sebab asyik rasa nak korek beli macam2....akhirnya saya simpan dalam asb saja hehehe :)
ReplyDeletebeli tabung gajah,menabung pastu korek ble pokai
ReplyDeletemiskin duit boleh cari, jangan miskin kasih sayang.
ReplyDelete:)
Btul btul btul...
Deletenice post bro, tapi aku tak caya le ko takde simpanan langsung....aku penk cikai pun ada simpanan sikit-sikit. tengok gaya kau, aku dapat rasa ko mesti menyimpan banyak, kan kan Jo?$ Share lerr sikit kau punya tips $$$simpanan bro. takkan tu pun nak rahsia
ReplyDeleteyg rahsia
jack separo(@ @)
Tak de wei... serius
Delete