Thursday, May 31, 2012

Gitar Solo


Ya betul. Aku beli banyak buku tapi satu pun belum baca. Salahkan aku! Buku ni aku baca bila dalam toilet sahaja.

Ada malam-malam yang aku kena lepak dalam bilik sahaja. Malam-malam itu adalah apabila Anis, housemate aku yang sedang berjinak-jinak dengan dunia bermain gitar akan belajar main gitar dengan seorang brother ni kat ruang tamu rumah kami. Sebagai seorang yang bersopan, maka aku tidak mahu mengganggu sesi itu. Sebenarnya kalau aku nak belajar main gitar bersama pun aku rasa brother tu tak kisah, tapi kena bayarlah. Tiada benda free dalam dunia ni kecuali air susu mak. Tapi aku tidak pula turut serta dengan hobi Anis. Pertamanya sebab aku tak ada gitar. Keduanya sebab aku belum beli gitar lagi.

Sebenarnya aku dan gitar mempunyai sejarah hitam yang tersendiri. Masih ingat pada Honey? Ya betul dia ex-gf aku nombor empat. Selepas Honey sewenang-wenangnya dump aku, maka kami telah mengadakan sedikit sesi perbualan setelah beberapa lama peristiwa itu berlaku. Antara soalan yang aku masih ingat yang aku tanya pada dia adalah, macam mana orangnya si lelaki yang buat dia tinggalkan aku tu. Jawapannya agak panjang, tapi aku pendekkan sahaja. Lelaki itu seorang lelaki, baik, sabar, dan dia pandai main gitar, jadi mereka selalu keluar jamming bersama-sama untuk mengisi masa lapang. Cilako. Keluar jamming pun aku tak tau apa benda tu.

Masa itu aku rasa rendah diri tahap 10 terhadap sesiapa yang pandai bermain gitar. Masa itu jugalah aku teringin nak pergi melutut berguru dengan sesiapa yang terrer main gitar lalu pergi goreng lagu-lagu Nirvana atau Foo Fighters kat depan muka Honey dan boyfriend baru dia tu sambil berkata “ Peace Out Man!” Bestlah kononnya si Honey tu dapat boyfriend budak indie, pandai main gitar dan pandai hisap rokok. Masa itu yang paling extreme pun aku layan adalah lagu Indonesia, kumpulan Peterpan. Itupun setakat karaoke jamban aje. Loser.

Salah aku jugak, sebelum-sebelum ini Honey selalu bagi hint yang dia suka kalau orang pandai main gitar. Aku pun suka jugak. Ada beberapa kali aku dan Honey pergi layan orang busking kat CM. Tapi tak adalah sampai rasa nak belajar main gitar. Mungkin kalau aku pandai main gitar, hubungan kami boleh bertahan dari dua tahun setengah kepada tiga tahun setengah. Mimpi siang.
Sekarang ini aku teringin pulak nak belajar main gitar, main piano pun. Tapi entahlah…Malas pun ada. Sibuk pun iya jugak. Bestnya kalau pandai main gitar, lepas tu dengan poyonya pergi upload kat youtube cover lagu Tegan & Sara dengan suara yang tak berapa nak sedap ni.

Memang kenyataan anak muda sekarang, sesiapa yang pandai main gitar akan jadi satu bonus untuk ngorat orang lain. Orang-orang yang tak pandai macam aku ni pulak mesti akan buat ayat. “Budak sekarang ni memang suka benda-benda lagha macam ni.” Sedangkan yang bercakap tu mengaji pun tak lepas lagi.
Jadi, kepada sesiapa bakal calon suami aku. Kau kena pandai mengaji dulu, main gitar boleh belajar kemudian. Win!

P/S : Sekali sekala dulu Honey ajar aku mengaji.


sila layan lagu ini. sekian.

6 comments:

  1. Saya lihat saudari banyak bercerita mengenai masa silam saudari dan seperti masih ada keinginan untuk terjebak dengan gejala pengkid ni. saya sarankan saudari mengerjakan solat taubat untuk benar2 taubat dan menginsafi diri sebenar2nya. kalau boleh pergilah umrah jikalau ada lebihan simpanan ajaklah keluarga saudari, kerana di sana saudari akan lebih tenang dan menghayati betapa kerdilnya manusia dan mintalah disucikan hati dan dijauhkan allah daripada godaan syaitan dan duniawi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. keinginan itu memanglah sangat byk...TQ doakan.

      Delete
  2. maafkan saya kalau pertanyaan sy ni menyinggung hati saudari sebab saya hairan apabila saudari kata mahu berubah dan katakan sudah menjauhi semua perkara serta kawan2 lama pengkid saudari tetapi saudari masih berkawan dgn bond. Sudah tentu niat saudari untuk berubah akan terbantut dan khuatir nanti tercicir dari landasannya kerana berkawan dgn org spt Bond dan rakan sewa serumah yg closet lesbian pasti akan menyebabkan keinginan saudari kepada kegiatan lama berulang.Bagaimanapun saya doakan saudari dapat berubah sepenuhnya. Seperti saya katakan tanamkanlah keinginan untuk berubah sepenuhnya dan sentiasa berazam untuk tidak lalai daripada melupai niat saudari dan menghindarkan saudari dari godaan yg datang dalam pelbagai bentuk. Setiap kali keinginan datang ingat kembali, dunia hanya sementara di akhirat syurga kekal abadi dan usia muda bukan pemangkin untuk tidak mati muda, kita tidak tahu bila ajal menjemput. Saya gembira dgn cerita saudari yg mahu berubah dan perkara itu mendatangkan keberkatan buat saudari dgn limpah rezeki yg mencurah. Saya mohon maaf andai kata2 saya sebelum dan kini melukai hati saudari kerana yg baik hanya dari Allah dan buruk semua dari saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjangnya karangan en izzat. Tentang cuba berubah itu, jujur saya katakan perasaan tu turun naik setiap masa. Tapi masih cuba berusaha. Bond tu sahabat saya, susah nak tinggal dia. BTW TQ nasihat.

      Delete
    2. bhahaha kau ni lawak pon ade . takyah tinggal bond tu . dia kan kawan kau . kau pon tgh ajak dia berubah kan ? oklah tu :)

      Delete
  3. tak pandai main gitar pun tak ape..pndai nyanyi pun orite..kannn..haha

    ReplyDelete

Followers