Beberapa kali juga terlintas di hati aku satu hari nanti aku
mungkin akan menjadi cikgu. Tetapi setiap kali ianya melintas, aku akan langgar
lintasan itu dengan keretapi laju.
Jawapan untuk soalan kenapa aku bukan cikgu sekolah adalah
kerana aku tak mahu jadi cikgu hanya kerana kemahuan arwah ayah. Ketika sekolah
dulu ayah sibuk suruh kami anak-anaknya jadi cikgu macam adik bongsu dia. Ayah
memang cukup bangga dengan bapak saudara aku tu. Oleh sebab itu, aku yang
menyimpan sikit minat untuk jadi cikgu terus membatalkan sahaja niat tersebut.
Punyalah buruk perangai nak lawan juga kemahuan ayah. Rebel lah kononnya. Apa
sahaja yang ayah mahu aku jadi, maka itulah yang aku tak akan buat. Aku tak
mahu ikut cara ayah. Walaupun menurut kata-kata emak, aku macam ayah, kuat
semangat macam ayah, poyo macam ayah, marah macam ayah dan baik hati macam
ayah. Aku cukup jaki dengan ayah sebab aku selalu rasa ayah pilih kasih antara
anak lelaki dan anak perempuan dia. Ayah cuma buka mata sikit pada aku bila aku
dapat SPM bagus. Aku nak buktikan pada ayah, aku tetap boleh berjaya tanpa ikut
jalan dia mahu. Ayah, minta ampun. Al Fatihah untuk ayah.
Aku juga bukan cikgu sekolah sebab aku tak yakin dapat jadi
cikgu sekolah yang baik dan bagus. Cuba bayangkan macam mana aku nak menghadap ramai pelajar perempuan yang datang dalam pelbagai bentuk dan rupa dan
macam-macam kerenah. Sedangkan zaman sekolah menengah dulu pun ada girl yang sanggup nak bogel depan aku, inikan pula bila aku ada jawatan cikgu. Kau bayangkanlah apa
yang pelajar-pelajar perempuan setengah ranum ni sanggup buat untuk cikgu yang
macam aku. Aku akui aku tak mampu, sekali dua bolehlah tolak. Dapat pelajar
macam Julia Rais dalam cerita Mira Edora tu mahu aku sendiri yang angau.
Budak-budak sekarang ni bukan kira, kalau tak dapat ngorat cikgu lelaki, cikgu
perempuan pun dia orang sapu. Bayangkan kalau aku jadi cikgu sekolah, mungkin
aku paling banyak scandal dengan pelajar perempuan. Buat malu keluarga aje.
Aku bukan cikgu sekolah sebab aku tak memang tak mahu kerja
kerajaan. Aku tak mahu pakai baju kurung pergi kerja. Dari kecik lagi aku dah
bagitahu diri aku, bila dah besar, kalau aku kerja aku memang nak pakai jeans
dengan t-shirt sahaja.
Ada adik aku yang jadi cikgu, ada juga seorang lagi yang
bakal jadi cikgu. Bila tengok betapa seronok dan peningnya jadi cikgu sekolah
sekarang buat aku teringin semula nak jadi cikgu. Teringin nak mengajar dan nak
curah skill yang ada pada diri ini untuk anak bangsa. Aku dapat lepas gian nak
ajar orang bila ada pelajar pratikal di pejabat, habis ilmu-ilmu yang ada sikit
ni aku nak curahkan.
Aku tahu aku bukan cikgu dan tak mungkin mampu jadi cikgu,
apatah lagi menjadi teladan yang baik. Sesiapa yang kedekut ilmu, kau memang
rugi sebab kesinambungan kepandaian kau setakat diri kau aje yang tahu. Aku salute kepada kawan-kawan, dan semua orang yang aku kenali kerana sanggup menjadi cikgu. Kepada
semua cikgu, selamat hari guru 2012.
muka macam ni nak jadi cikgu sekolah, buat kena gelak aje dengan pelajar
ade bakat..cekgu bahasa melayu..ke cekgu lukisan boleh jgk. klu xnk pkai baju kurung, boleh jd cekgu PJ..haa :P
ReplyDelete