Monday, June 11, 2012

Ujian Hati


Berita terbaru. Bond off market. Dia dah berdating semula.
Rasanya macam baru semalam dia bagitahu aku yang dia single dan happy. Tapi itu bukan berita utamanya. Yang mengejutkan bila dia beritahu girl terbaru ini adalah isteri orang. Ya betul, seorang perempuan yang punya suami. Aku tergamam. Dia cerita, cerita dan cerita tentang hubungan baru ini. Lalu aku pun seperti biasa, dengar, dengar dan dengar. Malas nak nasihat banyak-banyak, cuma pesan pada dia be careful, jangan sampai kena tumbuk dengan suami orang.

Lalu aku cuba menguji diri aku. Uji hati aku. Aku ajak Bond pergi melawat Honey yang sedang sarat mengandung. Bond tak berapa setuju. Sama macam kakak aku tak setuju bila aku ajak dia melawat Honey. Bila aku tanya kenapa Bond tak suka, katanya kalau dah clash, perkara yang lepas, lepaslah. Honey dah happy dengan suami buat apa nak pergi tengok-tengok lagi. Aku senyum lalu mengatakan aku lain. Honey tu lain. Apa yang lainnya aku sendiri tak tahu. Yang aku tahu rasa itu memang lain.

Sampai di rumah Honey, aku dah 100% bersedia untuk jumpa Honey yang sarat mengandung tu dan suaminya Mr Honey. Ya, untuk pengetahuan, aku tak pernah bertemu empat mata dengan Mr Honey. Aku memang dah bersedia untuk di tumbuk Mr Honey. Lalu aku bawa senjata dengan aku, cake brownies. Kalau dia bukak langkah silat aku akan bukak kotak brownies tu. Tapi segala paranoid aku hilang bila Honey buka pintu dan mengatakan suaminya tiada di rumah sebab hantar mak mentua dia ke kampung. Entah kenapa satu part hati aku lega bila Mr Honey tak ada. Satu part lagi dalam hati aku tertanya-tanya, kenapalah Tuhan masih tak temukan kami berdua. Rasanya kenapa ya?

Dan itu Honey,  berada betul-betul depan mata aku. Sarat mengandung. Memang flawless. Skin dia, kandungan dia. Suara dia. Kami berborak, bercerita macam-macam. Bertanya itu dan ini.  Aku tengok mata dia. Pegang perut dia. Cemburunya aku pada Mr Honey.

Bila dia tanya aku duduk dekat mana. Aku katakan dekat Bandar P, duduk berdua aje dengan girlfriend. Berubah sikit air muka dia, sebenarnya aku berlawak aje. Lawak untuk tengok reaction dia. Tapi, lepas tu kita orang borak macam biasa. Jadi aku anggap dia tahu aku berlawak.
Dalam kereta, aku dan Bond senyap. Lama.

“So, macam mana perasaan jumpa Honey?” Bond tanya aku. Mungkin cuba pecah suasana senyap.

“ Irreplaceable, Honey...Dia tu memang irreplaceable.” Aku tengah duk tahan air mata.

Malam tu dapat SMS dari Honey. Memang classic Honey, kalau ada perkara yang dia rasa ‘sesuatu’ dia akan tanya, kalau bukan sekarang, lain hari. Tapi dia tetap akan tanya. Cuma kali ini aku tak bersedia untuk di soal. Sebab aku dah tak rasa wujudnya classic Honey itu untuk classic Jo.

TQ sebab datang, ada rezeki nanti jumpa my hubby and baby, maaf tanya. U still mcm dulu ke?

What the…Apa maksud dia macam dulu? Pasal aku cakap tinggal dengan girlfriend? Kalau dulu aku dah betulkan salah faham ini cepat-cepat, tapi kali ini aku sengaja. Biarlah…Biarlah dia nak anggap apa-apa. SMS dan SMS semula. Last SMS dari aku, aku bagitahu dia yang aku happy tengok dia bahagia, tentang aku pula, doakan sahaja yang baik.

Last SMS Honey.
Life is short, and di sana yang abadi..u take care.

Lalu tidur aku tak lena sepanjang malam tu dan ini bermakna untuk ujian hati, aku fail.







3 comments:

  1. saya selalu dengar kisah pengkid macam ni dari kawan saya yg memang terlibat dgn dunia pengkid. sudah mereka buat dosa mereka libatkan pula masjid orang lain. sepatutnya tak payah rosakkan institusi perkahwinan orang lain sebab nanti allah bagi azab dan balasan yang dashyat, tak terterima kita nanti.

    ReplyDelete
  2. mungkin honey nak saudari berubah dan tak mahu saudari terjebak lagi malah macam saudari cakap dia sendiri tak tahu perkembangan saudari, jangan la saudari terasa hati dengan kata2 mesej dia, dia berniat baik tu. saya doakan semoga saudari terus kekal menjadi muslimah yang baik dan dirahmati allah.

    ReplyDelete

Followers