Tuesday, May 22, 2012

Bila Pengkid Kena Raba


Mesti ramai tertanya-tanya apakah cara hidup pengkid. Sejauh mana kejantanan seorang pengkid. Apa yang dilakukan seharian. Pergaulan dengan kawan-kawan. Pergaulan dengan keluarga. Sebenarnya tak banyak beza dengan perempuan biasa. Kalau bangun tidur lambat tetap kena leter dengan mak. Period setiap bulan. Kena pakai bra jugak. Kalau solat, tetap kena pakai kain telekung.

Macam orang seperti aku ni agak normal sebenarnya. Aku masih adik yang baik untuk kakak-kakak dan abang-abang aku, mungkin lebih macam adik lelaki dan perempuan sekaligus. Kakak yang baik untuk adik-adik aku. Bonusnya sebab dia orang macam dapat abang dan kakak sekaligus. Pakej bak kata orang. Bila balik kampung aku jugak yang kena tolong mak masak, aku jugalah yang tolong mak menebas keliling rumah (adik beradik lain ada juga buat, cuma aku memang terlebih rajin agaknya). Jadi pengkid bukan bermakna kau boleh bersenang-lenang duduk goyang kaki tunggu orang masak dan hidang untuk kau. Bagi aku jadi pengkid bermakna kau kena jadi better ‘man’(pengkid-pengkid yang berpoya-poya di luar sana sila take note)

Di zaman kejantanan dulu, aku pernah keluar melepak dengan kawan aku yang memang sexy tahap 7. Lepas sesi keluar dengan dia, dia bagi tahu aku itulah kali pertama dia keluar dan tak ada seorang jantan pun yang mengorat dia, dan katanya itu sungguh menyiksakan. Jantan sangat ke aku masa tu?

Jadi apabila aku telah diraba lelaki beberapa hari lepas ketika membayar harga barangan di kedai runcit, aku meragui kejantanan aku. Sedangkan masa keluar itu aku pakai baju besar dengan seluar skinny hitam lusuh aku lengkap dengan cap terbalik. Kakak aku yang ada bersama aku ketika gelakkan aku berdekah-dekah apabila aku ceritakan apa terjadi.

Lelaki yang meraba aku adalah lelaki yang mungkin berbangsa arab Pakistan, berkopiah, busuk dan kumal. Peminta sedekah dari meja ke meja yang kau akan biasa jumpa di kawasan sekitar Batu Cave ke Gombak. Aku dah perasan yang dia minta sedekah dari meja ke meja, di sekitar kaki lima sebelum masuk ke kedai runcit. Sebelum datang kepada aku, dia dengan mulut busuknya itu minta sedekah pada pakcik yang tengah bayar harga roti. Pakcik yang kelihatan macam orang kaya tapi tak kenal perbezaan antara roti gardenia plain atau butterscotch.

Lalu apabila pakcik itu enggan bagi sedekah, si busuk itu mendekati aku sambil mulutnya tak henti-henti menyebut

“sedekah, sedekah, sedekah”(mungkin itu perkataan bahasa melayu yang paling dia mahir)

Tiba-tiba tangannya menggosok-gosok belakang badan aku dengan seronoknya sambil masih menyebut

“sedekah, sedekah, sedekah”.

Walaupun aku rasa marah dengan situasi itu dan mempertimbangkan untuk menerajang kemaluan dia, tetapi aku hanya mengalihkan badan sambil berkata “no sedekah!” Celaka betul. Selamba aje dia nak menggosok aku semula sambil sengih-sengih seronok. Aku dah jauh-jauhkan diri. Dalam hati aku menyumpah beberapa kali, aku yang macam jantan ni pun nak diraba ke. Memang celaka. Pada kakak aku yang berada di sekitar situ tak pulak dia nak minta sedekah (kakak aku ni pun ala-ala jantan jugak).

Sebenarnya ini dah masuk beberapa kali aku diraba. Sebelum ini beberapa tahun lepas di pasar malam ketika aku jalan-jalan dengan adik-adik dan kakak aku di pasar malam. Seorang lelaki dengan sengajanya menyiku tetek aku. Apabila aku siap berpaling dan nak naik tangan, aku tengok di sisi dia ada isteri dan anak-anak dia yang sibuk memanggil “abah, oh abah” Dia pula tersengih-sengih seronok pandang aku.
Kalau tak mengenangkan maruah isteri dan anak-anak dia dan maruah aku dan adik beradik aku masa itu, memang dah kena maki tengah-tengah orang ramai.

Lelaki-lelaki gasang macam ni, dia orang bukan kira dah, kau pengkid ke, kau pakai tudung labuh ke, kau budak kecik belum tumbuh tetek ke, kalau dia nak buat tak senonoh dia tetap akan buat. Sebagai pengkid atau perempuan janganlah berani nak keluar sorang-sorang kat tempat-tempat sunyi. Kalau tidak mungkin perkara yang lagi buruk akan terjadi.

Mungkin kalau aku terserempak lagi dengan peminta sedekah dan peraba itu, akan aku panggil polis terus. Mungkin nanti boleh keluar muka depan surat khabar metro. ‘Pengkid Kena Raba’



6 comments:

  1. sian jo..lain kali pkai kain smyg. mesti xde org nk raba dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau blog wujud button favourite, saya favourite comment di atas

      Delete
  2. Replies
    1. tak la, memang dia sengaja, pasal cara dia minta sedekah kat org lain tak de pun dia gosok2. aku perhatikan dia lama dah

      Delete
  3. hahaha... pandai pemintak sedekah tuh..aku nk tiru la style doi huhu

    ReplyDelete
  4. pasti ada hikmah dan punce kenapa jo diraba begitu, setiap perkara ada hikmah dan puncanya. semoga kita mencari di mana kekhilafan kita hingga menyebabkan perkara tersebut terjadi dan segera menginsafi. moga selepas ini jo akan terlindung drp perbuatan dan niat jahat manusia lain.

    ada satu cerita yg saya ingin kongsikan, saya mempunyai adik saudara jauh yg alim. suatu hari dia menceritakan kisahnya kepada saya bahawa dia telah diugut oleh seorang lelaki untuk melakukan seks dgnnya bagaimanapun sempat terselamat dr gangguan lelaki tersebut dan membuatkan dia mengingati kembali kenapa ianya terjadi kepadanya setelah sekian lama hidupnya aman dan tidak pernah diganggu sebarang lelaki atau manusia jahat. Rupa2nya dia pernah bergurau kepada rakannya mengenai sekiranya ada lelaki jahat yg mengganggunya dan merogolnya, dia akan melayaninya secara terpaksa kerana bimbang dibunuh. Cerita ini memberi teladan supaya jangan ada terlintas niat tidak elok atau cara hidup yg tidak diredhaiNya maka mungkin akan dibayar cash di dunia lg.

    ReplyDelete

Followers