Masa kat kolej dulu aku pernah terbabit dengan cinta tiga
segi bermuda, antara aku, girlfriend aku masa tu Preity dan seorang mamat
handsome Korean look yang ku namakan Zain Malik (jangan salah paham dia bukan Zayn Malik)
Masa semester satu di kolej, Zain menjadi kegilaan ramai
kecuali aku. Kekacakan dia tak cukup nak buat aku tergoda. Zain bukan setakat
kacak, dia datang dari keluarga yang berada dan dihormati. Malah Zain pandai
dalam pelajaran dan digeruni semua, termasuklah para senior. Zain ada segala-galanya
masa tu.
Priety salah seorang yang cair dengan kemasyuran Zain. Tapi masa tu
Priety belum jadi girlfriend aku lagi
Aku pulak sibuk usha awek yang satu semester aku. Aku
namakannya Rihana. Rihana ni cantik sangat di mata aku. Bila aku tengok Neelofa
sekarang, aku mesti teringat Rihana. Punyalah susah nak usha si Rihana ni.
Siang malam aku guna macam-macam ayat power tapi still tak sangkut dengan aku.
Zain ni sebagai orang yang ramai peminat layan aje
peminat-peminat dia. Preity dah tangkap cintan dengan layanan Zain. Satu hari
kawan-kawan Priety dengar yang Zain dah in relationship dengan awek lain. Jadi
kawan-kawan yang kaki menyibuk ni mengajak aku yang berperwatakan sedikit
gangster masa tu untuk teman dia orang tanyakan hal sebenar pada Zain, sama ada
dia suka pada Priety atau awek tu. Jawapan dari Zain agak mengejukan aku bila
dia berlagak innocent, katanya dia tak tahu menahu Priety ada hati dengan dia.
Dia dan awek itu confirm in relationship. Aku yang sekadar jadi peneman dia orang
rasa nak aje tumbuk muka Zain. Aku yang tak rapat dengan Preity ni pun boleh
nampak dia ada sikit flirt dengan Priety time kelas.
Kawan-kawan Preity sekali lagi minta bantuan aku untuk
bagitahu Priety hal sebenar supaya Preity tak berharap terus. Aku jalankan
tanggungjawab tu. Priety nangis senyap-senyap bila aku bagitahu. Sejak tu aku
mula rapat dengan Preity.
Priety ni bukannya tak cantik, tapi dia sikit chubby dan
budak kampung yang tak tahu bergaya. Skil sosial boleh dikatakan kosong,
kosong..oohh(ikut rentak lagu Najwa Latif). Jenis orang yang orang lain tak
perasan. Jadi sebagai seorang yang suka melihat kecantikan aku selalu
memotivasikan Preity supaya ubah diri dia. Aku teman dia belajar. Teman dia
beli dan pilih baju. Teman dia makan. Teman dia cuci muka kat toilet.
Sehinggalah sampai tahap kami menjadi teman di tempat tidur. Priety berubah
dengan drastik daripada seorang yang tak ada orang nak pandang kepada seorang
yang kadang-kadang kalau kami makan kat kedai, ada orang yang dah bayarkan
harga makanan kami. Aku tak tahulah yang bayar itu sebab aku atau sebab Preity.
Masa tu orang anggap aku dan Preity bestfriend. Adalah juga cabaran-cabarannya
bila orang mulai syak hubungan kami. Yang tu lain kali aku cerita.
Sepatutnya bila dah semester ketiga, saham senior biasanya
dah jatuh merundum. Saham Preity pula naik mendadak. Aku ingat lagi ada senior-senior
bagi gelang pada Preity, surat cinta, coklat, bunga. Adalah jelous jugak masa
tu. Tapi aku tahu Preity cinta aku sorang.
Dalam kesibukan belajar, setiap malam Preity ada kelas
malam. Aku dan Preity beza course. Jadi masa belajar aku dan dia agak berbeza.
Tapi pelajaran Preity aku mahir jugak sebab aku asyik belajar dengan dia.
Sampai tahap assignment dia pun aku mampu buat sebab hari-hari diskus pelajaran
dia.
Keindahan percintaan secara sembunyi tu tak lama. Satu malam
tu lepas habis kelas, Preity tiba-tiba bagitahu aku yang dia dan Zain dah in
relationship selama sebulan. Yang paling celaka, aku orang terakhir yang tahu.
Kawan-kawan yang lain semua dah tahu lama. Satu kolej dah tahu sebenarnya.
Lagipun memang dia orang yang sibuk kenenkan mereka bila Zain jadi jelous,
Preity yang dia reject selama ni digilai ramai. Kawan-kawan tu pulak dah mulai
syak hubungan aku dengan Preity. Jadi untuk selamatkan Preity terus terjebak
dengan akulah kononnya tu. Paling aku tak faham adalah Preity sendiri, sejak
peristiwa dulu dia jadi benci dan dendam pada Zain. Tergamak dia curang dengan
lelaki terakhir yang aku boleh fikir, Zain. Mungkin aku terlalu manjakan dia.
Air mata perempuan aku menitik-nitik dua tiga baldi malam tu. Tak ada pujukan
dari dia pun.
Hidup perlu diteruskan, beberapa kali aku cuba jauhkan diri
dengan Preity, tapi tak mampu. Preity pun terus aje bergantung dengan aku, Cuma
sekarang dia kena bahagi-bahagi masa antara aku dan Zain. Aku pernah banyak
kali mintak dia ignore aku kalau aku datang pada dia, tapi dia cakap dia tak
mampu dan dia nak aku, dia nak Zain jugak. Tamak betul. Jadi secara rasminya,
aku tahu aku bermadu dengan Zain, tapi Zain tak tahu.
Kami hidup dalam berpura-pura, Preity suruh aku berbaik-baik
dengan Zain. Berlagak betul Zain masa tu. Sebab sayang Preity aku ikutkan aje.
Aku ibaratkan bodyguard tak rasmi Preity kalau dating dengan Zain. Tunggang
langgang aku rasa hidup aku masa tu. Kenapalah aku tak ada kekuatan untuk
lepaskan Preity, banyak lagi girl yang sweet masa tu. Sampai habis belajar kat
kolej hal itu berterusan. Ayat manis Preity masa tu, lepas habis kolej dia
janji akan stay dengan aku dan tinggalkan Zain.
Ada satu peristiwa yang akhirnya buka mata aku bahawa selama
ini Preity memang tak ada niat nak tinggalkan Zain. Lepas habis kolej, diorang
makin rapat sampai tahap Preity dah dibawa jumpa keluarga Zain. Janji tinggal
janji. Aku bawa diri ke KL. Kerja macam nak mati supaya lupa Preity. Preity tak
peduli dan tak sibuk nak cari aku. Sedangkan dia tahu aku kerja kat mana. Banyak
kali dia turun KL rumah saudara dia tapi tak pernah sekalipun jenguk aku. Aku
sendiri ada datang jumpa dia sebab rindu sangat. Tapi aku tahu tak guna sebab
dia banyak berahsia dan menipu. Kitaorang jadi sangat jauh.
Sampailah satu masa dia dapat tahu aku main cinta dengan
Honey. Masa tu dah berbulan-bulan kami tak contact. Dia dapat tahu sebab Honey
call dia dan cakap sekarang Jo milik Honey. Berani betul Honey curi tengok
nombor Preity dari telifon aku, sedangkan masa tu Honey belum jadi girlfriend
sah aku. Honey asyik reject aku. Preity akhirnya sanggup datang cari aku,
merayu-rayu suruh aku lupakan Honey, terima dia semula. Dia sanggup nak
tinggalkan hubungan dia dan Zain yang dah kukuh tu demi aku. Aku tolak
mentah-mentah. Hati aku dah tutup rapat untuk dia.
Sekarang, Preity dah kahwin pun. Ada anak seorang. Dia
massage aku mengatakan aku dah diblacklist dalam life dia. Ok, aku faham. Tapi
dia tak kahwin pun dengan Zain. Dia kahwin dengan orang lain. Zain pun kahwin
dengan orang lain. Korang ingat tak awek yang mula-mula ada hubungan dengan
Zain dulu? Ya, Zain kahwin dengan awek tu. Terkejut aku bila dapat tahu. Diorang
dah ada anak pun. Dunia berputar 360 darjah kan?
Honey pun dah kahwin, dengan lelaki yang buat dia tinggalkan
aku. Aku puas hati!
Kepada pengkid yang terlibat dengan cinta tiga segi ni,
nasihat aku, kalau korang rasa daya teruskan. Ia satu pengalaman yang bodoh
tapi berharga. Kalau tak daya. Putus ajelah. Banyak lagi awek yang nak korang.
Lepas aku kerja kat KL, aku jumpa beberapa senior dan junior yang mengaku pernah
sekolej dengan aku, diorang bagitahu Jo agak popular di kolej dikalangan para
closet lesbian. Aku memang tak tahu.
Bila difikir-fikir, mujur aku tak tahu kan?
P/S : Zain Malik adalah seorang pelukis muda yang disegani ramai kat Malaysia.