Wednesday, June 1, 2016

Dia yang Aku Suka Part 2

Dalam tempoh masa menulis tentang ini, macam-macam hal jadi. Hati aku dah macam roller coaster.
Secara rasminya aku angau. Angau dengan Bunga, gadis yang aku suka. Setiap hari walaupun sekadar lima minit, aku pasti akan mencuri masa berborak dengan dia. Jika tidak aku mesti rasa mereng. Bunga makin selesa dengan aku. Kami dah ada inside joke. Rakan sepejabat yang lain mulai perasan keakraban kami.

Rumah sewa Bunga dekat sahaja dengan rumah sewa aku. Hanya 6 minit menaiki kereta. 

Banyak kali juga aku cuba ajak Bunga keluar. Pergi lepak, tengok wayang, makan atau ber jogging. Tak pernah dia cakap YA. Alasannya dia adalah indoor person. Tidak suka keluar. Jika hendak keluar mesti ada plan dan dah buat budget siap-siap.

Ah, Bunga! Geram aku dibuatnya. Pelbagai trick aku gunakan, tetapi tidak pernah menjadi. Aku rasakan ilmu mengorat aku sampai di sini sahaja. Aku rasa seperti budak darjah dua yang tidak tahu apa-apa. Aku rasa aku di reject secara halus. Tapi aku belum putus asa.

Bunga orangnya disiplin. Jika ada tugasan di berikan. Dia akan fokus. Kadang-kala sehingga lupa makan, lupa sekeliling. Aku perasan itu. Aku workaholic juga, jadi aku faham perangai yang satu itu.

Satu hari di waktu rehat aku hampiri Bunga yang sedang tekun menyiapkan tugasannya. Aku duduk di kerusi sebelahnya perlahan, lalu menyapa. Dia membuka earphones. Aku beri senyuman, dia sekadar memandang aku dengan jengkel. Lalu dia tanyakan pada aku.

" Jo... Ada apa-apa lagi? "

BAMMM!  

Di situ juga aku tersentap dengan kata-kata dia. Sentap peringkat amaran merah. Padahal nada Bunga biasa sahaja. Tanpa cakap banyak, aku terus pergi dari meja dia. Hati aku terasa ngilu. Mungkin salah aku asyik kacau dia. Dalam masa yang sama aku rasa dia mesti anggap aku seorang yang menjengkelkan. Benar emosi aku berlebihan kali ini.

Minggu itu terus aku tidak bercakap dengan Bunga. Jika berselisih di surau pun aku cuma tundukkan kepala.  Lansung aku mengelak dari bertegur sapa dengan dia. Ada juga nampak dia macam hendak menyapa aku. Tapi aku cepat-cepat berpaling. Tidak pernah aku buat perangai macam ini. Aku pun tak faham dengan diri aku. 

Mujurlah kesibukan aku menyiapkan dateline membantu aku berdrama.

Hari Jumaat itu setelah aku menyiapkan segala datuk nenek kerja, entah macam mana boleh pula aku bertegur dengan dia. Siap aku ajak dia ke Melaka untuk menghadiri kenduri kahwin rakan sekolahku. Paling mengejutkan aku dia bersetuju pula. Aku rasa hendak pengsan, punyalah nervous. Sedangkan aku sekadar ajak-ajak ayam sahaja. Adakah dia mahu ikut aku ke Melaka kerana seminggu aku tidak bertegur dengan dia. Aku tak tahu.

Aku cuba berlagak cool dan mengesahkan pemergian kami ke Melaka di hujung minggu itu.

Sepanjang trip kami ke Melaka, aku perlahan-lahan membiarkan Bunga mengenali diri aku dengan lebih dalam. Tentang siapa aku, seksualiti dan lain-lain. Aku tidaklah bercakap secara direct. Lebih kepada penceritaan santai. Tapi, ianya sangat jelas. Bunga nampak cool aje dengan segala macam hal yang aku ceritakan. Dia juga sama bercerita perihal diri dia sambil kami berkongsi sebalang gula-gula yang dia bawa. Radio dalam kereta lansung tidak aku buka. 

Bunga juga sibuk mengusik bahawa aku merajuk dengan dia selama satu minggu itu. Dia tidak putus bertanya kenapa aku merajuk dengan dia. Aku sendiri pun tidak tahu. Bagaimana dapat aku berikan jawapan padanya.

Di Melaka, aku jumpa kawan-kawan sekelas waktu sekolah menengah. Bond pun ada juga. Tersenyum simpul Bond bila aku kenalkan Bunga padanya. Bila aku perhatikan, Bond dengan Bunga lagilah macam pinang dibelah dua. Padan. Tinggi. Dua-dua berkulit putih.

Eh! Eh! Aku apa kurangnya. Walaupun tidaklah tinggi. Senyuman aku manis menawan apa! 

Banyak hal yang kami mulai tahu. Ada 1.3 juta perbezaan di antara kami. Ada juga seratus dua persamaan antara kami.

PS: Bersambung lagi.



4 comments:

  1. dari mula kenal bunga dia tahu kau gay? apa respon bunga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak tahu aku gay but yg dia rasa aku mcm 'sesuatu'. Aku drop clue byk kali aje pd dia. But dia tak ambik kisah sgt. Btw, aku memang sentiasa sweet dgn dia sejak mula. Respon dia bercampur2.

      Delete
    2. clue apa je jo bg kat bunga? yg psl tak ambil kisah tu... mksd jo? bunga layan jo mcm biasa lps tahu hal gay or sgala clue yg jo bg dia buat dek?

      Delete
    3. Aku bermain dengan ayat. Semua double meaning.Bunga layan macam biasa sebab dia memang blur pasal double meaning ni. Kena direct. Lagi satu dia ingat aku bergurau. Contohnya ayat aku..."Aku tak pernah jatuh cinta dgn sapa2 dalam 10 tahun ni,perempuan atau lelaki. Tapi sekarang aku suka dekat org sebelah aku ini lah."

      Delete

Followers