Tuesday, June 7, 2016

Dia yang Suka Aku Part 2

Aku dan Bunga tidak menjanjikan apa-apa yang tidak mampu kami tunaikan.

Kami teruskan hidup.



Ada rakan-rakan rapat yang bertanya, apa status antara aku dan Bunga sebenarnya?

GIRLFRIEND. Ringkas jawapan aku.

Girlfriend atau Girl friend?

Dua-dua.

Aku tekankan beberapa hal di sini. 

  1.  Bunga adalah intern di company tempat aku bekerja yang akan menamatkan latihan industrinya dalam masa beberapa minggu lagi dari tarikh cerita ini ditulis.
  2. Dia akan tamat belajar dan sedang mencari kerja dan akan bekerja selepas tamat latihan industrinya ini. Insya Allah.
  3. Dia seorang yang bercita-cita tinggi. Salah satu cita-citanya bekerja di luar negara.
  4. Sementara tempoh mencari kerja dia akan tinggal bersama keluarganya.
  5. Keluarganya tinggal di kawasan ketenteraan yang ketat kerana ayahnya merupakan seorang pegawai tentera.
  6. Kawasan ketenteraan yang keluarga dia tinggal mungkin akan berubah lokasinya dari masa ke semasa di seluruh tanah air.
  7. Jarak umur kami 10 tahun.
Di suatu subuh di hujung minggu lalu, aku dan Bunga telah berbincang beberapa perkara dengan penuh emosi. Emosi itu termasuk adegan air mata dan pujuk rayu yang hanya kami sahaja yang tahu.

Pertamanya soal LDR. Di mana aku memang tidak sukakan LDR. Lebih baik aku kekal single daripada LDR ini.

Aku tidak komitmen pada mana-mana hubungan sudah 10 tahun. Manakala Bunga tidak pernah bercinta atau menyukai sesiapa sama ada lelaki atau perempuan.

Masa yang kami ada sangat sedikit.

Kami sedar dan kami tahu. Aku sendiri lebih tahu dari yang tahu. Lebih berpengalaman. Patutnya dari awal lagi aku tidak patut approach Bunga.

Dalam masa yang sama aku teruskan juga kerana aku rasa Bunga berbaloi untuk aku. Aku sendiri berbaloi untuk Bunga.

Sebenarnya ini adalah rasa kedegilan aku. Rasa jemu aku selama ini. Naluri ingin berteman dan berkasih sayang yang membuat aku tidak peduli apa lagi.

Aku harap sangat jalinan yang kami bina ini dapat memberi kebaikkan kepada kami berdua. Aku selalu ingatkan diri sendiri supaya kami menjaga akhlak sesama sendiri.

Aku tidak mahu dia terkunci dengan aku.

Aku pesan pada dia.

" Jika masanya dah tiba lalu kau sukakan sesiapa maka teruskan sahaja. Jika kau mahu ke mana sahaja di dunia ini. Pergilah. Berdikarilah. Keputusan sentiasa di tangan sendiri. Kejar cita-cita. jadilah orang yang berjaya."

Dia angguk.

" Tapi, kalau kau dapat kerja di sekitar sini, sudikah kau move in bersama aku? Kita cari rumah sewa bersama. Hadap aku sampai kau jemu. Mahu tak Bunga?"

Aku mencadangkan itu. Dia angguk setuju.

" Aku tak memaksa. Kalau kau tak mahu tak apa. Kau boleh sahaja bekerja di sekitar sini dan tinggal di mana sahaja yang kau suka dan dengan siapa kau mahu."

Kata aku lagi apabila aku melihat dia angguk tapi diam itu.

" Aku mahu. Cuma aku tidak tahu macam mana hendak meluahkan perasaan suka aku seperti kau. Aku tak pandai berkata-kata seperti kau. Ini pertama kali aku sukakan seseorang. Kau sweet talker."

Dia membalas sambil aku kesat air matanya. Aku tersenyum.

" Memang aku sweet talker dengan kau, sayang... Aku harap ini kali terakhir kita menangis hal seperti ini. Lepas ini kita bergembira sahaja. Percaya atau tidak, mungkin inilah masa paling lama yang diberikan untuk kita bersama seperti ini. Esok lusa entah apa. Bolehkah?"

Aku meminta.

" Boleh. Kau memang kuat berdrama. Tak nak kawan."

Katanya sambil menumbuk-numbuk lengan aku manja.

" No domestic violence please...."

Lawak aku lalu kami sama-sama bangun bersarapan ke kedai mamak tanpa menggosok gigi.

PS: Happy?
       Happy.





4 comments:

  1. seriously...
    ini kisah happy ok...
    aku senyum gembira tuk ko jo...
    so sweet...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku gembira juga, tapi terlebih gembira takut menangis. TQ.

      Delete

Followers