Thursday, January 30, 2014

Identiti Hati

Dari kecil sampailah ke tahun 2014 ni aku masih lagi bergelut dengan krisis identiti aku sendiri. Siapa aku? Macam mana aku? dan apa yang aku mahu jadi? Banyak masa aku abaikan sahaja dan menjalani hidup seperti biasa, mengikut hati aku.

Banyak masa itu aku tahu yang hati aku salah. Aku biarkan.

Hingga sampai satu tahap aku rasa hati aku memang betul. Apa yang aku buat ni betul.
Di situ aku tahu yang aku makin salah. Hati makin degil. Makin keras

Aku pernah cuba berpakaian girly. Berjalan lemah-lembut. Rasa kejang satu badan aku. Dua tiga bulan aku give up. Bukan itu.

Aku cari lelaki sebagai pasangan aku. Cuba merasa kuatnya hati lelaki memegang hati aku. Kimia cinta yang kami ciptakan tidak menjadi, lalu hati aku meletup. Hati dia…

Aku cuba hidup sendiri. Aku fikir aku mampu. Apa yang aku rasa hakikatnya. KOSONG.

Fitrah manusia ini berpasangan. Saling menjaga, mengasihi dan menyayangi. Itulah keindahan ciptaan Yang Maha Esa. Itulah tanda sayangnya Dia ke atas kita, hambaNya. Dia sendiri tak mahu kita susah sendiri, sakit sendiri, tidur sendiri… Makan KFC sendiri.

Dia bagi kita nikmat jadi manusia yang ada nafsu, keinginan. Dengan ikut landasan yang betul. Ikut tatacara hidup yang Dia redhai.

Aku perempuan kasar, aku juga perempuan yang penyayang itu. Hati aku terbelah dua. Sebelah penuh jahat, sebelah lagi penuh baik. Sedang aku menjahitnya, dengan malas-malas, cuba menyatukannya kembali. Supaya ada satu sahaja hati itu nanti. Hati yang kuat.

Aku tidak mampu menjadi sempurna seperti permintaan kamu, permintaan mak, masih tidak suka lipstick. Masih suka sneakers sebagai kasut rasmi aku. Masih terkial-kial belajar menutup aurat. Sesekali mata jahat ini terpandangkan gadis manis bertudung, dengan senyuman manis. Aku terpaksa beristighfar beratus kali dan memarahi hati yang jahat itu.

Jangan goda aku. Jangan biarkan aku tergoda.

Ramai yang punya masalah yang sama dengan aku, nak berubah. Dah cuba. Tapi masih lagi bergelut dengan macam-macam perasaan.

Timbul soalan yang berulang-ulang seperti:

1.       Antara banyak-banyak dugaan, kenapalah dugaan yang macam ini terpaksa aku lalui.
2.       Nak berubah tapi macam mana?
3.       Sampai bila nak macam ni?
4.       Aku tak suka pakai girly, aku nak tutup aurat dengan gaya aku sendiri. Salah ke?
5.       Betul ke hanya dengan cara berkahwin sahaja maka aku boleh berubah sepenuhnya?

Makin aku cuba nak berubah, maka makin bijak dan cantiklah perempuan-perempuan yang aku jumpai setiap hari. Aku tahu betapa syaitan sengaja mengaburi mata aku ini.

Boleh sahaja aku nak menipu semua orang, pakai girly… Cakap lemah-lembut, dating guys. Tapi kalau belah dalaman, otak aku ni aku masih tak betulkan. Hati aku masih goyang. Masih degil nak mampus.

Maka step satu. BERSIHKAN OTAK DAN HATI. 


Macam mana? Ya Allah…


13 comments:

  1. jo.. ak pnh mgalami. tuhan je tau betapa susahnye nk berubah. hati ak sekeras batu kelikir. tp faktor org keliling dan kwn2 yg byk tlg ak. kite kalau nk buat somthing yg baik mmg kena kuatkn hati. mental kna kuat jugak. tak tipu jo.. aku mmg wajib kuatkn mental mase mula2 dlu.. Allah tlg kita jo

    ReplyDelete
  2. berubah tak semestinya kena bermekap, pakai heels, and pakai pakaian pink girly habis..
    the most important is, jangan berubah hanya kerana orang sekeliling..
    baby steps jo.. don't be too drastic..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, jgn berubah krn org. Kena ikhlas ats diri.

      Delete
  3. hey jo. glad that you're writing & I hope you're recovering from the accident. I have a different definition than most lgbt muslims, because for me being gay is not in conflict with being muslim. people try to change under the assumption that being gay is in conflict with being muslim - well I don't know if change is possible, and I believe in God's perfect creation. I hope you find happiness either way - I guess in the end that's what we need to learn in this short life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi zulaikha, terima kasih kerana sudi memberi pendapat dan berdiri dengan teguh dengan pendapat anda. Saya hormati anda kerana boleh stay honest dan true dengan diri sendiri. Ya, pendirian kita berbeza. Dan di mata Tuhan itu kita tetap makhluknya dan biar apapun pendirian kita selagi kita tidak menyakiti makhluk yang lain, maka kita sebenarnya tak banyak bezapun. Dan hanya Tuhan yang boleh menilai setiap yang kita lakukan, baik atau buruk. Saya juga harap anda terus kuat dengan pendiriaan dan kepercayaan anda kerana saya tahu ianya datang dari keyakinan pada apa yang anda pejuangkan. Tentang saya, saya masih mencari keyakinan yang boleh saya pegang dengan kuat. Harap satu hari kita boleh borak dan bertukar-tukar fikiran.

      Delete
  4. hye jo..aku pun nk sharing jgk..sama je kita..tp bila aku pikir2 balik..aku kne byk bersyukur...1)aku bersyukur sbb dulu aku xde group yg sama mcm aku..so..aku idup ngn mcm ni sorg2...then..aku sndr tentukan sma ada aku nk teruskan atau x..aku tak dipengaruhi sesape...so..after byk bad moment aku dah lalui..aku decide aku kne ubah..2)aku bersyukur di uji mcm ni sbb sekurg-kurgnya aku tak hina org2 mcm kita..maklum jela bkn sume org bley trima kn..so..bila aku jmpe org2 mcm aku dulu..aku cuma t'senyum dan aku phm apa yg dyorg tgh lalui skrg..tnpa dyorg tau sape aku dlu..3)bila aku decide utk berubah..masa ni la masa plg rapat ant aku dgn Allah..aku pegg ayt kwn aku..hati kita Allah punya..so..bile kekdg aku rasa mcm nk balik mcm dulu..aku ingt Allah..aku bermonolog dgn Allah...tentang apa je..4)yg plg aku bersyukur..Allah tak biar aku terus hanyut..dari kesilapan yg berulang2 Allah titipkan hidayahNya...

    bila pkr2 mmg byk aku kne bersyukur dr ujian ni..aku blom 100% pulih dr dri aku yg dlu..terkdg rse mcm nk blek cm dlu..msh idup dlm kenangan cinta lalu tp Allah tahu aku sdg cuba utk kuatkn tak lakukan itu...

    jo..kdg2 kita rasa kita kuat..ada masa kita lemah..masa kuat ingtlah Dia..supaya Dia ingt kita masa kita lemah..keep trying..

    ReplyDelete
  5. Walaupun kita hidup bersendirian tapi atas kepercayaan dan keyakinan teguh terhadap Allah dan agamaNya, maka hidup kita tak pernah sendirian. jika kita tak dapat mencari dan berkahwin dengan mana2 lelaki/perempuan sekalipun, tak bererti kita tak sempurna di mata Dia. Hidup dan cintalah hanya kerana Allah, nescaya hidup takkan terasa kosong, jika tak mampu hidup dan terasa sunyi bila tiada pasangan cari dan bela anak angkat, mesti hidup tak rasa sunyi dan lebih diberkatiNya. Jadilah seperti Rabiatul Adawiyah moden, tidak mensia2kan atau menzalimi dirinya dengan apa2 perkara yang tidak bermakna dan dimurkaiNya. Hidup ni terlalu singkat dan sederhana sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. Tabahkn hati jo.. ALLAH tahu niat baik kau.. Aku doakn yg terbaik utk kau..

    ReplyDelete
  7. Insyaallah boleh Jo, yang penting percaya pada diri.
    Jalan untuk berubah tu mungkin tak mudah, tapi bukan juga mustahil~
    Selangkah kau mendekat ke jalan Allah, sepuluh langkah Allah mendekat ke kamu.
    ;)

    ReplyDelete

Followers