Tuesday, January 28, 2014

Sakit dan Kemalangan

Aku kemalangan kereta. Kejadian itu... Ah! Aku tidak mahu menaip situasi yang berlaku dalam blog ini.

 Aku selamat tanpa sebarang kecederaan fizikal. Kereta teruk.

Lepas kemalangan aku jadi takut. Ngeri. Meracau. Merepek.Menggigil. Resah. Gelabah.

Sakit tapi tak sakit.

Kalau ditanya, apa yang aku takut?

Aku takut mati.

Kenapa?

Aku takut. Aku tiada bekalan ke sana.

Ada seksa kubur. Soalan bertubi-tubi dari para malaikat. Sang lipan dan ulat akan makan kulit ini sikit demi sikit. Gelap.

Aku si pendosa. Aku tiada sesiapa yang mahu doa-doakan. Sedekahkan bacaan yassin. Tiada anak.

Itu sahaja ke nasib aku nanti?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Dia Pemurah dan Dia Penyayang. Dia tidak kejam.

Aku tidak mahu kejami diri aku… Secara sedar ataupun tidak.

Mohon di beri hidayah. Mohon di ampunkan.



4 comments:

  1. Sabar beb..
    mungkin ni peringatan...
    bnyk2kn bdoa..
    INSYALLAH ada hidayah...
    ALLAH takkn kejam pada umatnya...
    ALLAH akan beri peluang utk kita bertaubat...
    pintu taubat sentiasa terbuka...
    cuma kita jea yg perlu berusaha perbetulkan semula apa yg salah...
    INSYALLAH boleh...
    AMIN...

    ReplyDelete
  2. jo..bawak mngucap. mati itu pasti. jom same2 kearah yg diredhai..Allah tak kejam. Allah maha pengampun. Allah maha agung. stay sujud kepadanya.. peace.

    ReplyDelete
  3. ms jo, saya rasa Allah dah lama beri you banyak hidayah tapi saya faham dilema kebanyakan manusia naluri sonsang. Amat sukar nak ubah diri tapi saya amat sure you seorang yang sedar diri akan masa depan you di akhirat nanti. Kalau tidak mustahil you akan cerita hal2 berkaitan agama dan sebagainya. I harap you dapat betul2 berubah terus dan buangkan semua hal2 berkaitan lesbian/pengkid sebab semua perkara ni tak akan bawa faedah pada you dan hanya menjerumuskan you lagi. Allah memang maha pengampun dan sebab tu kita harus terus bertaubat dan berusaha mencari keredhaanNya.

    ReplyDelete

Followers