Apa yang kita pandang. Kita nampak salah. Kita rasa salah.
Maka kita kata salah.
Membantukah kita kalau sekadar mengatakan SALAH?
Aku bertekak dengan Abang Ngah aku, bertegang urat
pasal kahwin. Di mana dia mengatakan aku tak berada dalam institusi perkahwinan
itu. Maka aku tak tahu. Aku salah. Cara aku berfikir salah. Terlalu paranoid. Katanya,
aku patut risikokan diri sahaja untuk berkahwin.
Geram aku… Sebab dari apa yang aku nilai, setakat ini Abang
Ngah punyai rekod buruk dalam menguruskan hal kami, adik-beradik dia. Dia
biar-biarkan aje kami pandai-pandai sendiri dalam urusan apapun.
Tanggungjawabnya sebagai abang bagi aku masih terawang-awangan.
Abang Ngah kata aku salah, aku juga rasa Abang Ngah salah. Kami masih juga rasa begitu. Masih dengan pendirian kami.
Rasa nak keluar juga air mata aku. Tak tahu
sama ada hati aku pura-pura tabah. Atau, jauh dalam hati ini memang tak
setuju dengan kata-kata Abang Ngah aku, jadi airmata yang terkumpul di kelopak
mata lansung tak tumpah. Aku tak mahu episode bertegang urat ini aku akhiri
dengan air mata. Aku tatap mata Abang Ngah aku kuat-kuat.
Dalam tak bagusnya bertekak, ada bagusnya. Sebab dia
bertekak dengan aku.Kalau dengan orang lain mungkin dah masam muka, berpatah
arang atau boleh bertumbuk. Maka sekarang aku tahulah apa pandangan Abang Ngah
pada aku serba sedikit.
Aku cuba positif.
Aku tahu emak mahu aku berkahwin. Mahu ada seseorang menjaga dan
membimbing aku. Apatah lagi lepas hal kemalangan tempoh hari. Dimana emak mula
nampak sisi lemah aku. Bagaimana rapuhnya hati aku yang selama ini dia nampak
tabah.
Cuma aku rasa calonnya serba tak kena. Setelah dua tiga
minggu sesi sms. Aku mahu menolak dengan cepat. Itu yang emak geram agaknya.
Emak berkali-kali suruh aku jumpa dulu. Masalahnya si calon tidak bertindak.
Aku tunggu juga…Tunggu. Sehingga aku rasa si calon pun sendiri macam tidak
berkenan dengan aku. Aku bukan gadis ayu, jauh sekali si ratu. Aku adalah aku.
Aku cuba positif.
Walau apapun jadi, minggu ini masih minggu gembira. Habiskan
masa bersama keluarga. Emak baru perasan yang aku dah mula belajar pakai
tudung bila keluar. Dah dua minggu mak!!! Harap boleh bertahan kali ini.
Walaupun nilai kebaikan itu bukan dari tudung yang di pakai, tapi aku mahu buat
ini. Susah, tapi aku cuba.
Sebelum pulang dari kampung, salam emak. Melutut depan dia.
Cium tangan dia. Peluk kaki emak dan cium kaki dia lama-lama.
Lalu aku bertanya.
“ Emak, kalau ada perkara yang emak nak sangat orang ubah.
Apa dia?” Aku pandang emak.
“ Entahlah…” Kata emak.
“ Orang bagi mak cakap ni. Alah emak, mesti banyak kan!” Aku
cuba mengorek. Ingin tahu.
“ Kau tu, kalau bercakap…ngebu-ngebu sangat.” Jawab emak.
“ Emak bukan tak tahu… Orang ni kan garang… Iyelah. Nanti
orang cubalah tahan sikit.” Aku senyum menjawab.
Aku tahu emak mahu aku bahagia. Bahagia yang aku kena usaha
sendiri. Cari sendiri.
Mampukah aku?
Insya Allah aku mampu.
salam jo! hmm mudah betul lelaki nak patahkan buah fikiran kita dgn alasan cetek begitu. this is not the first time that people in power put other people down by saying we are not knowledgeable enough, not experienced enough, or too young or naive to understand anything. lupakah mereka kita ni manusia yg dikurniakan akal untuk berfikir, dan boleh menimbang baik buruk sesuatu keadaan. trust your instincts jo, only make your decision if you're sure the person is good for you. berkahwin bukan sehari, jadi cari lah org yg boleh pikul tanggungjawab itu. all the best.
ReplyDeletebila berdoa,bila kita minta pada Allah, kita kena minta secara specific...teruskan berdoa dan berdoa..inshaAllah akan dimakbulkan oleh Allah buat hambanya yang betul2 ikhlas dan bergantung harap padaNya..inshaAllah
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSy cuma ingin bkongsi pengalaman..harap xmbazirkan ruang.sy came out dgn abg kandung ttg sy.sbgaimana dijangka dia xsetuju dan memberikan pandangannya.sy turut mberikan pandangan sy juga jo..sy xgunakan taktik personal attack sbb sy hendak dia hormat pendapat sy.apa yg jo buat ..sy rasa betul jika itu bahagia yg jo cari.chaiyork.bila allah swt suruh kita bfikir ..ia bukanlah utk mereka yg tertentu..atau ustaz2 sj..tapi utk kita semua..andai salah apa yg jo ada sekarang ni..carilah yg betul.