Friday, January 10, 2014

Bila OTP Putus

Apa yang paling mengerikan selain daripada OTP yang kau rasa sangat sempurna untuk sesama sendiri tiba-tiba putus. Gila. Kau rasa macam nak gila. Itu yang aku rasa sekarang. Kenapa? Kenapa dia orang putus? Terbaring aku atas katil sambil tangan letak atas dahi.

Lepas tu aku teringat, aku dah tua. Bukan anak remaja lagi. Kenapa aku kena emosi atas perkara-perkara macam ini. Banyak hal yang lebih penting, seperti masalah kebuluran di merata pelusuk dunia, perang saudara Somalia atau kekejaman Zionis di Palestin. Masalah kemiskinan tegar dalam Malaysia. Masalah harga barang makin naik. Sikap masyarakat sekarang yang semakin mementingkan diri. Ugh! *Geleng kepala*

Tapi, bila aku fikirkan balik, tak salah nak rasa sedih dan pedih atas perkara-perkara yang dirasakan merepek ini. Tak kira setua manapun, masih sahaja relevan. Seperti aku ini yang masih sahaja gila baca komik. Masih terasa nak main pistol air dengan anak-anak kecil dan dalam masa yang sama menjalani kehidupan dewasa, bekerja keras untuk keluarga. Memberi sumbangan yang mampu dalam masyarakat. Dengan cara aku.

Adakalanya memang kita rasa penderitaan yang kita lalui lebih teruk dari penderitaan orang lain. Tapi itu bukan bermakna kita boleh memperkecil-kecilkan penderitaan orang lain.

Kak Jen pernah bagitahu aku:

 “Ujian yang Tuhan beri pada seseorang adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya.”

Hmm… Besar ayat di atas itu. Dalam maksudnya. Kalau nak dikupas, mahu 10 mukasurat.

Berbalik pada hal putus…

Masa aku putus dengan Honey dulu. Ramai jugak yang sedih. Mungkin kami ni OTP dia orang agaknya. Adik perempuan aku boleh menangis. Katanya sedih sangat sebab dia tahu dan nampak begitu besar sayang aku pada Honey.

Emak Honey sendiri, aku dapat lihat sayu di mata dia, bila tanya adakah aku dan Honey tak kawan dah.
Aku hanya mampu cakap.

“ Apa nak buat mak cik… Dia tak sayang saya dah."

Mungkin, dalam hati kecilnya mahukan aku jadi menantu. Ah! Berangan Jo...

Putus cinta, menderita, kereta kena langgar dari belakang, mak tak bagi belanja sekolah, pintu bilik rosak, duit gaji tak dapat lagi nak beli susu anak, sakit, atap rumah kena bom dan segala macam hal…Semua masalah, semua pun dugaan.

Rasa letihnya nak jadi positif. Letihnya kena beritahu diri sendiri supaya jangan mengaku kalah.

Tapi kita tahu, hari ini pasti akan pergi. Esok akan datang. Kita terus juga berjalan walaupun tempang, walaupun berkerusi roda. Walaupun OTP kita sudah tiada lagi.

Kiri kanan, kiri kanan, kiri kanan.

PS: OTP menurut urban dictonary adalah singkatan daripada perkataan 'One True Pairing'. Iaitu singkatan yang digunakan bagi mengambarkan pasangan yang secocok, sama ada fiksyen ataupun pasangan dalam kehidupan sebenar.

3 comments:

  1. ikutkan..aku baru nak tanya kau maksud OTP..hahaha

    ReplyDelete
  2. jo..ko ramai ex..tp yg plg ko syg dan ingt smpai skrg honey kn..aq pun penah de rmai ex..tp yg aq teringt smpai skrg ada sorg..rasa mcm biarpun yg sblm mahupun yg selepas xkan mmpu gnti dia dlm hati...

    ReplyDelete
  3. penah rase jugak.. teduduk..tergolek.. tercampak diri ni. gila ke tak sedih. tp nak kate pe..benda dah takdir. redha jela. huhu

    ReplyDelete

Followers