Cerita ni berlaku di Shah Alam. Cerita ni dah lama. Lama
sampai aku tak ingat sangat detail dia. Entah macammana aku teringat semula.
Mungkin sebab aku rasa gadis Shah Alam cantik level 10.
Kehidupan seharian aku sebagai pemandu yang membosankan
hanyalah, balik kerja-pergi kerja. Hujung minggu pergi rumah Kak Jen, tak pun
balik kampung. Mana ada aku nak memandu saja-saja. Buang masa. Buang minyak.
Aku kan insan bekerjaya yang suka bekerja. Jadi amat ketara lorong-lorong dan jalan
raya sekitar Selangor ni aku memang tak lepas.
Tapi, aku seorang pemandu kereta yang gamble. Gamble dalam
erti kata, walaupun tempat tu aku tak tahu, aku boleh aje nak pergi. Bagi aku,
selagi masih dalam negara Malaysia. Sesat-sesat itu biasalah. Tiada apa yang
perlu ditakutkan. Kalau lapar, 7 Eleven kan banyak. Ada kawan menasihatkan aku beli
GPS. Aku gelak aje.
Aku pergi Shah Alam. Sorang-sorang. Aku pun tak ingat aku
pergi sebab apa. Mungkin sebab nak pergi jumpa orang. Atau kena pergi survey
tempat temuduga untuk adik aku.
Orang yang biasa di Shah Alam, akan cakap. “ Eleh, jalan
Shah Alam tu senang sangat.”
Senang sangat…Cis.
Bagi aku tidak. Selepas pusing sana. Pusing sini. Pusing roundabout,
masuk tol sana sini dua tiga kali. Jumpa balik jalan yang sama. Masa ni aku
menyesal pulak duk gelak masa kawan aku suruh beli GPS.
Akhirnya aku putus asa. Aku susur masuk ke Giant Shah Alam.
Dengan niat, menenangkan hati dengan makan pizza. Tapi aku nampak satu kereta
ni, elok aje di tepi jalan. Nampak macam ada orang dalam dia. Proton Satria Neo
ke tak silap aku, modified. Cantik. Aku kira-kira, kalau kereta bikin macam
ini, pemilik dia mesti anak-anak muda Shah Alam. Nombor plate Selangor pulak tu.
Mesti tahu jalan.
Aku parking Viva belakang kereta itu. Lalu keluar dan
mengetuk cermin tingkap. Maka keluar seorang gadis melayu berbaju kebaya
longgar. Rambut lepas. Subhanallah. Lawanya.
Aku menjelaskan situasi aku pada gadis tersebut, bertanya
arah kepadanya. Dia menjelaskan sedikit sebanyak. Tiba-tiba pintu kereta
sebelah pemandu pula terbuka. Keluar pengkid berwajah manis senyum pada aku. Aku
terkedu. Siap blushing lagi. Rawak betul. MEMANG KEKOK SEBENARNYA KALAU PENGKID TERJUMPA PENGKID. Dia menjelaskan pula arah jalan pada aku. Aku tak tahan nak
gelak. Dia pun sama. Masing-masing cuba control macho sambil cover senyum.
Masa tu mulut cabul aku nak aje tanya.
“ Ni awek kau ke? Cantik. Pandai kau cari.”
Tapi tak keluar walau sezarah gema.
Aku usha jugak dalam kereta tu. Ada dua orang gadis di
tempat duduk belakang. Dua-dua pun super lawa. Pakai tudung. Senyum lambai aku.
Aku lambai balik.
Lepas ucap terima kasih dan salam-salam sikit, aku pandu
semula Viva ke arah yang di berikan. Sambil menyanyi riang. Pizza pun aku dah
lupa. Aku jumpa tempat aku nak pergi. Sampai sekarang aku masih tak guna GPS.
PS: Giant Shah Alam ada Pizza ke?
bru mggu lepas sya pegi.,pertama kali..wlpn da dua bln menjadi penghuni shah alam..sya pasti mmg xda..he
ReplyDelete