Thursday, August 1, 2013

Kita yang Jatuh Cinta.

Imbas kembali beberapa tahun lepas.

“ Jo…” Honey di sebelah aku bersuara lembut tapi jelas. Nada ingin membicarakan sesuatu.

“ Hmmm…” Aku balas pelahan. Menanti.

“ Awak tahu tak saya layan awak macam boy saya, bukan girl saya.” Kata Honey.

Aku senyap. Cuba memahami apa sebenarnya maksud kata-kata Honey.

“ Cara saya bercakap, senyum, mintak yang bukan-bukan pada awak dengan rasa bahawa awak boy saya.” Honey peluk lengan aku. Harum bau dia. Berdenyut jantung aku. Aku hanya mampu senyum. Senyum tak faham.

“ Tapi semakin hari, saya selalu rasa awak lain. Cara awak pandang saya, balas kata-kata saya. Respon kelakuan saya. Cara awak marah. Cara awak layan orang. Boys lain. Diaorang kukuh. Kuat. Saya tahu apa rasanya bila boys yang nak saya tu. Ego diaorang tu. Malah cara awak pegang barang pun tak sama dengan boys. Diaorang akan pegang barang macam ni, tapi awak pegang barang macam ni.” Honey menjelaskan panjang lebar sambil tangannya mengajuk cara aku.

“ Jadi saya ni boy ke girl bagi awak?” Aku bertanya keliru.

“ Awak Cik Jo, untuk Cik Honey.” Honey gelak. Comel.

Aku cepat-cepat bagi isyarat, mintak satu ciuman di pipi. Dapat dua. Tak pernah tolak.

Itu Honey yang tak pernah mintak untuk jatuh cinta dengan aku. Tapi dia bercinta dengan aku. Dengan beraninya. Sikit pun dia tak sorok.

Alhamdullilah, dah anak sorang pun Honey sekarang. Pakai tudung labuh. Untung suami dia.

Masa kini.

Aku chat dengan seorang rakan. Aku namakannya Faith. Dia sedang in-relationship dengan seorang pengkid. Pengkid dia aku namakan Angel. ( Ya! Macam watak cerita Buffy the Vampire Slayer)

Aku tanya Faith, selain Angel tak ada girls/pengkid lain ke yang dia rasa tertarik. Katanya tidak dan tambahnya lagi biasalah kalau orang perempuan cakap perempuan lain cantik. Tapi dia memang tak ada perasaan pada mana-mana girls selain Angel.

Aku faham penjelasan dia. Dia tanya apa yang aku faham. Aku katalah yang aku faham Faith hanya gay untuk Angel sahaja.  Jadi Angel adalah only exception untuk Faith. Macam Honey yang hanya gay untuk Jo. Jatuh cinta sebab individu itu bukan atas dasar gender atau apa.

Konsep dia sama aje macam bila ada seorang mamat Melayu ni tak suka dengan orang Bangladesh. Tapi entah macam mana dia boleh tangkap cintan dengan awek Bangladesh yang baik budi bahasa dan se-cun Priyanka Chopra. Awek Bangladesh inilah dia punya only exception.

Jadi tak mustahil kalau aku yang macam ini boleh jatuh hati dengan seorang lelaki satu hari nanti dan go straight hanya untuk dia seorang.

Ada harapan lagi ni. (Ketawa dalam gelap) 

PS : RESUME- Aku tahu masak kari bang...



2 comments:

  1. My only exception is her.. huhu..

    ReplyDelete
  2. Xtaw nak kategorikan dri pengkid ke tak..tp memang gaya jantan(suka jadi lelaki)..suka tgok pompuan tp suka kat sorg pompuan j..bile kne tolak,frust giler..sampai skang susah nak jd perempuan sejati..naluri kejantanan still ad but surprisingly,rite now gua da kawen and ngah pregnant pon..huhu..slalu rs macam mimpi tp memang qada' dan qadar' dah tertulis gitu..so,jgn takut untuk buka hati pd lelaki..first thing,kne la lembut sket,br lelaki brani dekat..pas kawen,kalo nak kasar pon xpe,da jd laki bini..tu yg boleh 'melekat' tu..hehe..nway,gud luck to you..kalo jodoh,x kemane..

    ReplyDelete

Followers