Aku kena kerja luar pejabat. Seminggu lebih. Pagi-pagi buta
dah keluar, sampai tengah malam.
Maka pagi 5 Mei 2013 itu, dengan mata sedikit mengantuk,
berbekalkan roti berinti kacang dan sebotol coca-cola, aku memandu bersendirian dari Bandar P untuk pulang ke kampung. Balik mengundi.
Jalan clear. Tenang aje. Aku memandu dengan kelajuan
sederhana. Lebih kurang 20 km hendak sampai, emak telifon. Tanya bila nak
sampai. Nak mengundi bersama. Lalu aku pecut sikit Viva 850 aku itu. Bergoyang
sterengnya.
Sampai aje di rumah, aku lihat Kak Jen dan adik bongsu
sedang tertonggeng-tonggeng memeriksa tayar kereta Kak Jen. Aku tidak
dipedulikan. Berlagak. Mentang-mentang kereta itu baru cat dan pasang speaker
baru.
Mak dan salah seorang adik perempuan aku masing-masing sudah
siap dengan bergaya.
“Ini nak pergi kenduri ke nak mengundi?” Sengaja aku
berlawak.
“ Eh, mestilah nak lawa-lawa. Nak ngundi kan. ” Jawab adik
aku. Tak relevan lansung.
“ Habis tu nak kena undi siapa ni… Adoi. Aku tak tahu
apa-apa ni.” Aku menerangkan kekusutan di kepala.
“ Macam ni. Biar mak sorang aje undi kerajaan. Korang semua biar
undi pembangkang.” Aku pandang emak sambil terkebil-kebil. Uish! Lain macam idea mak aku ni.
“ Jomlah. Nanti lambat. Jangan pakai topi tu. Pergi pakai
tudung cepat!” Mak menegur aku yang masih berlawak dengan Kak Jen. Aku
mengangguk. Malas nak lawan cakap mak.
Adik bongsu datang dengan tudung awning warna hitam.
Cepat-cepat aku sarung kat kepala. Memang tak kena. Macam mak cik-mak cik. Lalu
aku buka balik.
“ Tak payah pakailah ye mak. Lagipun semua tahu dah orang
macam ni. Biarlah sape-sape nak cakap.” Aku buat alasan.
“ Macam orang lelaki pulak.” Mak sikit membebel.
“ Alah, semua tahulah Jo ni pompuan.” Aku gelak. Mak senget
muka. Protes. Tapi malas nak bising. Aku segera capai beanie hat.
“ Macam ni ok?” Aku tunjuk kat mak.
“ Oklah macam tu mak…” Kak Jen pulak pujuk mak.
“ Tak cukup lagi. Ok. Orang pakai sweater.” Aku sarung
hoodies pulak. Dah macam orang nak pergi snowboarding aje rupanya.
“ Ikutlah. Tapi panas tu.” Mak aku dah gelak.
Segera aku memandu ke pusat pengundian yang terletak di
sekolah. Sekolah tu dekat aje dengan rumah sebenarnya.
Suasana pusat pengundian damai. Tak ada kekecohan.
Lepas mendaftar. Mak ke saluran satu. Aku dan adik perempuan
ke saluran tiga. barisan saluran tiga agak panjang. Matahari pulak mula tegak
di kepala. Aku biarkan adik aku berborak dalam barisan dengan kawannya.
Manakala aku pulak pergi check mak di saluran satu. Mak duduk atas kerusi.
Barisan saluran satu tidak terlalu panjang. Rata-ratanya orang tua yang dah tak
larat. Jadi mereka menunggu di kerusi.
“ Mak tak nak beratur? Nanti lambat, orang tinggal.” Aku
berseloroh.
“ Tak apalah…Kejap lagi kuranglah orang ni.” Mak aku jawab
selamba.
“ Kalau nak, kau beratur untuk mak.” Mak sengih-sengih pandang aku lagi.
Mak genius.
“ Iyelah.” Aku angguk. Segera aku masuk beratur di antara
pak cik, mak cik sebaya mak aku itu.
Aku perasan, jiran sebelah rumah aku turut beratur untuk mak
dia. Jiran aku ni sebaya aku jugak. Sempat kami berborak sikit. Lama tak jumpa.
Sedang asyik melihat gelagat orang tua yang
macam-macam ragam, seorang petugas SPR menghampiri aku.
“ Awak ni dah salah saluran ni. Awak patutnya saluran tiga.”
Dia menegur.
“ Saya beratur untuk emak.” Aku menjelaskan sambil tunjuk
pada mak.
Bila barisan emak makin dekat. Barulah emak lengang-lenggok masuk
barisan.
Aku masuk semula barisan, depan adik. Barisan kami masih panjang.
Emak dah siap. Emak cakap nak balik dulu. Aku suruh mak
drive kereta. Manalah dia tahu. Memang kurang asam lawak aku.
Lama lepas itu baru sampai giliran aku dan adik.
Setelah petugas mengecat telunjuk kiri dengan dakwat kekal.
Aku diberi dua kertas undi. Satu untuk adun. Satu lagi untuk parlimen.
Dalam kotak mengundi. Aku masih lagi tidak pasti siapa yang
aku harus undi. Aku tidak mengenali pun mana-mana calon ini. Yang aku kenal
hanya parti. Satu parti yang aku selalu dengar tentang korupsinya. Satu lagi
parti yang selalu dengar tentang fanatik pengikutnya. Ah! Mana satu. Misi asal
adalah untuk merosakkan undi.
Rosak. Tidak. Rosak. Tidak.
Baca bismillah. Pangkah. Satu. Dua.
Doa dalam hati moga calon yang aku pangkah jujur berkhidmat.
Balik rumah, Kak Jen masih dengan kereta dia. Adik lelaki,
si duda yang selalu pokai tu bising-bising sebab dia tak dapat duit minyak balik
mengundi. Jaha cool aje. Dah jadi cikgu sementara ni gaji banyak agaknya. Aku
pulak balik mengundi memang tak fikir nak harap dapat duit minyak kereta.
Lantaklah.
Mak dan adik bongsu hidang lauk ketam. Semua orang makan
nasi tambah 3 kali.
PS: Kak Jen tak mengundi. Pasal tak daftar. Dia ingatkan
hari ini daftar esok boleh mengundi. Cilako. Patut kena buang daerah orang
macam Kak Jen ni.