Friday, April 20, 2012

Tak Rindu

Aku tak tahulah sama ada aku ni masih di labelkan pengkid lagi ataupun tidak. Kalau nak di ikutkan maksud pengkid di Malaysia pada pandangan aku adalah apabila seseorang perempuan berperwatakan seperti lelaki, berpakaian seperti lelaki,mempunyai ‘nafsu’ lelaki. Pengkid selalu rasa teperangkap dalam tubuh badan perempuan dan ayat yang selalu di ucapkan pengkid adalah “Kalaulah aku ni lelaki”
Lima tahun dimana aku cuba berubah ini boleh dikatakan tidaklah berapa berjaya sangat, perwatakan kasar tu ada aje. Rasa nak ngorat girl tu datang turun naik. Mungkin aku kurang berusaha agaknya. Kalau ada pengkid tegar yang akhirnya berjaya berubah dengan jayanya, sila tinggalkan sedikit tips untuk dikongsi bersama pengkid-pengkid lain. Ramai yang jadi pengkid, ramai jugalah yang nak berubah. Cuma ramai yang tak tahu macam mana nak mulakan. Setiap orang tu berbeza, jadi mungkin ada pendekatan berbeza.
Aku tak nak berleter suruh pengkid berubah. Aku sendiri tahu berapa menyampahnya bila orang buat ayat. “Sampai bilalah kau nak jadi macam ni, takkan sampai tua nak jadi pengkid”
Yang nak aku nak ceritakan di sini adalah perkara-perkara yang aku tak rindu masa aku seorang pengkid tegar dulu.
 1.Aku tak rindu rasa macho. Cara cakap, jalan, senyum semua nak macho. Cara sisir rambut, penuh kemachoan. Hatta masa nak sapu sampah pun nak macho. Sekarang ni tak payah macho-macho pun ok. Nak nangis sedu-sedu layan cerita hindi pun tak ada siapa nak gelak.
2.Aku tak rindu setiap kali keluar, aku yang bayar. Masa dulu segan betul bila girl bayar. Kalau girl tu bawa adik dia ke, anak sedara ke, mak cik sepupu dia ke sekali mesti aku yang bayar, gentleman la konon time tu. Girlfriend sendiri tak usah cakaplah, bukan baju dalam dia aje aku berkeras nak bayarkan, dua posen masuk toilet pun aku berebut nak bayar. Mula-mula belajar bayar belanja sendiri aje time keluar dengan girl, gila kekok. Sekarang tidak lagi. Yiha!
3. Aku tak rindu menjadi orang pertama yang nak menolong tak pasal-pasal. Kalau dulu bila girl nak angkat barang berat aje, mesti nak tolong, masa tu aku rasa, aku yang gagah ini kena tolong insan yang lemah. Masa tu cukup cair bila girl buat ayat “Jo, please tolong I angkat barang tu, I tak laratlah” Aku ingat pertama kali aku tak menolong bila sorang girl ni bawa barang dia naik tangga. Rasa meronta-ronta nak tolong. Tapi lepas aje sampai, rasa best pulak, sebab barang tu bukan berat pun. Barang kau angkat sendiri, kalau yang berat betul-betul berat tu aku tolonglah. Berpada-pada.
4.Aku tak rindu member-member pengkid yang banyak drama. Tak rindu langsung.
5.Aku tak rindu lepak dengan sesetengah lelaki yang selamba aje cerita seks life diaorang pada aku sebab anggap aku geng diaorang sekali.  
6.Aku tak rindu tak boleh sebut perkataan “Handsomenya mamat ni”. Sekarang aku nak cakap siapa-siapa handsome pun boleh. Masa dulu jadi pelik bila aku yang sebut.
7.Aku tak rindu asyik aku aje kena buat kerja-kerja lelaki bila waktu tu semua budak perempuan sahaja yang ada. Contohnya alihkan bangkai tikus yang mati. Aku pun ada hak nak menolak jugak.
8.Aku tak rindu perkataan “Kalaulah aku jadi lelaki” sebab best tau bila boleh gedik-gedik sikit, manja-manja sebab perempuan aje nampak comel bila buat macam tu.
Sebenarnya ada je perkara yang aku rindu tentang zaman pengkid tegar aku. Tapi buat masa sekarang aku selesalah jugak dengan diri aku. Bila aku nak dress up girly sikit pun tak apa. Bila aku nak boyish sikit pun ok.
Kepada pengkid yang rasa nak berubah, tak senang, tapi ada rewardnya. Buat jahat memang teruk, buat jahat tapi tak rasa bersalah lagi teruk.

6 comments:

  1. aha, kadang2 ada sikit pesamaan cerita hidup jo dan saya, sikit jer la hehe. rindu ada juga bertandang bila kita nak berubah dr jadi macho ke feminin. satu tip yg buat saya takut nak kembali jadi pengkid syaa tanam dalam hati dan fikiran ialah aku takut mati dalam dosa tiba2 dan aku nak syurga, bayangkan kita mati2 tiba2, dahlah syurga tak dapat tup tup dapat neraka, amalan pulak tak banyak. sekarang rasa bahagia dengan kehidupan sebagai perempuan. sekarang memang godaan banyak terutama dari syaitan yg sentiasa nak lihat anak2 Adam join dia di neraka(hehe bersyarah macam ustazah lak). saya tengok dari tulisan jo macam ada kecenderungan nak kembali ke tabiat lam, harap2 takde la begitu. cuma sekarang saya dalam proses memperbaiki akhlak dan mengurangkan perasaan saya pada wanita dan menaikkan cinta pada Allah. Semoga saya dan jo dapat berubah kekal selamanya menjadi muslimah terbaik. pedulikan nafsu, pedulikan apa orang kata, apa mata lihat dan perbanyak ingat mati dan nikmatnya syurga. Alhamdulillah semoga kita semua insaf dan sedar dari kesilapan.

    ReplyDelete

Followers