Tuesday, December 27, 2011

Garisan Antara Jo dan Bond

Beberapa mingu lepas besfriend aku si Bond sms bagitahu yang dia break-up dengan girlfriend baru dia. Tak sampai beberapa minggu aku diperkenalkan pada minah Kelantan tu, diorang putus pulak. Kecewa betul Bond. Siap forward sms putus minah tu pada aku. Aku cuma mampu suruh dia sabar banyak-banyak dan cakap masa akan ubat segalanya dan jangan fikir sangat. Beberapa hari lepas itu aku tanya khabar Bond semula, dan betul seperti yang aku sangka Bond dah mula contact semula ex-girlfriend dia yang lama dulu. Alasannya kalau dia tak buat macam itu dia akan asyik terfikir minah Kelantan tu dan boleh buat dia jadi sewel.

Dunia pengkid ni penuh dengan drama. Sebijik macam dalam cerita L World tu, malah lebih teruk lagi. Aku tak tahu berapa kali Bond patah hati, sama ada dia ditinggalkan atau dia tinggalkan girl dia. Bond pernah ada affair dengan awek kepada seorang pengkid otai. Awek yang dia tengah ngorat kena ngorat dengan pengkid lain. Pengkid lain rampas awek dia. Awek dia kena sambar dengan lelaki tulen. Macam-macam hal.

Bond, muka dia macam cina. Kulit putih. Tinggi. Rambut selalu dishave hampir botak. Breast memang tak nampak lansung. Flat. Bergaya orangnya. Manager sebuah café kat KL. Agak pendiam dan nampak ada karisma. Anak sedara aku sendiri pernah tanya aku sama ada Bond tu lelaki ke perempuan. Adik beradik dia 4 orang. Semua perempuan. Kakak sulung dia dah ada anak. Dia dan adik-adik yang lain pulak terjebak dengan dunia pengkid. Bagi aku dia ni tahap susah nak diselamatkan dah. Tegar.

Ramai orang terutamanya lelaki menyampah dengan pengkid sebab pengkid ni kononnya awek diaorang cun habis. Bond tak termasuk kategori macam tu. Bagi aku girls dia kebanyakannya tak adalah good looking sangat. Biasa sahaja. Taste Bond selalunya bukan girl yang bertudung, bila aku tanya kenapa, dia akan jawab, dia segan nak couple dengan girl bertudung sebab nanti orang cakap, girl tu dah la bertudung tapi couple dengan pengkid pula. Pandai jugak si Bond ni berfikiran jauh.

Aku kawan dengan Bond dah lama. Sejak dari sekolah menengah. First love aku dan first love dia adik beradik, kiranya aku couple dengan kakak dan dia couple dengan adik ( Aku memang rosak masa tu) Masa itu aku lagi teruk dari Bond. Pantang nampak girl cantik aje aku nak try. Ramai jugaklah yang sangkut. Emak Bond tak berapa suka aku berkawan dengan Bond. Mungkin mak dia rasa aku beri pengaruh tak elok pada Bond. Sedikit sebanyak mungkin ya salah aku, tapi Bond memang dah tomboy masa aku kenal dia. Bila kami jadi kawan, kami jadi lebih explore minat pada girl tu. Emak dia ok sikit dengan aku bila aku jadi best student SPM tahun kami.

Selalu jugak aku cakap pada Bond kalau alang-alang dah jadi pengkid tegar carilah girl cun habis atau yang kaya yang boleh tanggung dia. Mak janda banyak duit yang kesepian ke. Masa tu dia cakap kenapa aku tak nak nasihatkan dia berubah. Aku cakap pada dia, dah jenuh dah aku suruh, tapi tak ada hasilnya. Makin teruk adalah. Aku nak cerita banyak pun tak boleh, aku sendiripun tengah kawal hati aku pada perempuan.

Bond baik. Hati dia baik. Aku tak suka sangat dengan beberapa ex-girlfriends dia yang lama sebab dia orang ada yang minum, clubbing dan smoking. Ex-girls dia ramai yang bisexual, sapu habis. Itulah bezanya aku dan Bond.

Aku selalu akan suka pada girls bertudung, ada basic agama yang bagus, pandai. Itu tak menjadikan aku lebih baik pun dari Bond, sebab bila dah jatuh cinta menjadikan yang baik itu teruk. Sekurang-kurangnya Bond rosak bersama orang yang sedia rosak.

Harapnya adalah harapan untuk aku dan Bond, jadi muslimah yang Allah sayang tu. Sama-sama di syurga nanti. Hati…tolonglah jadi baik.

Di Sebalik Pintu

Semua tahu yang aku akan berpindah ke Bandar P. Yang tidak diketahui ialah beberapa bulan lepas aku potong rambut. Ya, rambut yang dulu aku simpan panjang supaya aku lebih kelihatan girl, walau hakikat sebenarnya aku memang kasar. Girl yang kasar. Aku potong rambut sebab aku jealous dengan rambut pendek kakak aku yang sangat smart dengan muka dia. Lagipun aku rasa aku agak selekeh dengan rambut panjang itu. Potongan rambut aku tak adalah telalu pendek, kurang sikit dari bahu aku. Jadi dengan perwatakan aku yang sedia kasar ini buat aku memang something bila orang tengok. Something yang bila orang dah tengok, mesti nak tengok dua kali.( aku tak handsome macam Kate Moening atau mana-mana girl yang memang handsome)

Jadi dengan rambut yang tak berapa reti nak disikat, cap senget ke tepi dan seluar yang aku suka sangat sinsing sebelah panjang sebelah pendek ini aku pusing satu Bandar P untuk cari bilik sewa. Cari punya cari aku dapat satu rumah kat Bandar P. Ada satu girl nak cari rakan serumah. Aku pergilah ke rumah girl ini seperti yang dijanjikan. Dia muda dari aku ( aku dah makin tua, setiap kali aku jumpa orang mesti lagi muda dari aku) Tanpa fikir banyak aku setuju dengan sewa, deposit. Maka aku cop bilik itu.

Yang menariknya malam itu, bakal roommate aku, aku namakanya Anis sms aku. Dia tanya aku sama ada aku straight ke senget? Aku agak terkejut dengan sms tu. Obvious sangat ke menunjukan aku ni gay? Mungkinlah obvious, tapi kenapa dia berani nak tanya itu agak mengejutkan aku. Andaian aku selalunya orang yang ada pengalaman yang sama aje akan berani keluarkan soalan macam itu.

Jadi aku sms dia semula, aku cakaplah dulu aku memang nakal, tapi dalam proses berubah. Dia balas, takpe dia ada ramai kawan-kawan yang senget jadi dia tak kisah kalau aku senget (aku tak berapa suka perkataan senget ni, aku lebih suka kalau dia guna perkataan gay atau lesbian kan senang).

Aku tanya lagi kenapa dia berani tanya soalan macam tu pada aku. Dia balas, dengan cara sembang aku yang sempoi dan tak kisah tu dia rasa dia boleh tanya aku. Aku dapat bayangkan yang sejak dari siang dia asyik teringat je nak tanya aku. Yang menariknya dia sendiri buat pengakuan yang dia senget tapi tetutup dan dia ada couple rahsia yang setia dengan dia dah empat tahun tapi diaorang long distance relationship. Yang itu aku tak jangka. Dia nampak normal.

Aku malas nak tanya banyak sebab ini semua menakutkan aku. Macam aku kembali ke dunia silam aku. Tapi apa patut  aku buat, cancelkan duduk rumah itu sebab dia gay? Dah terlambat. Aku dah pun cop rumah tu, tak ada alasan. Jadi aku kena hadapi perkara ini. Mungkin ada perkara yang aku boleh belajar dari dia dan ada perkara yang boleh dia belajar dari aku. Banyak cerita lagi yang tak tersingkap rasanya. Macammana life closet lesbian kat Malaysia ni. Mungkin boleh dijadikan teladan.

Serius aku cakap, jadi gay, lesbian, pengkid atau pondan tu hurt dia lebih banyak dari menggembirakan. Hati-hati Jo, mungkin kau boleh terjebak semula.

Thursday, December 15, 2011

New Chapter

Dah lama aku tak jumpa Nunu. Dia sibuk dengan kerja baru. Gaji lumayan. Malah gaji dia lagi tinggi dari gaji aku. Budak pandai, gaji memang bagus. Sebenarnya bagus untuk kami berdua kalau tak berjumpa. Aku tak adalah rasa macam-macam bila dengan dia. Dapat mengelak dari rasa pelik dalam perut. Dia pulak tak adalah dapat syak yang aku suka pada dia. Aku harap masa dapat ubat perasaan ni. Thanks Nunu jadi kawan yang baik.

Aku nak pindah rumah. Kawan-kawan serumah dengan aku sekarang ini dah mula kahwin dan bertunang. Jadi tahun depan mereka semua akan tinggal dengan suami masing-masing. Aku tak mahulah tinggal sorang-sorang terkontang kanting di sini. Sebelum dia orang tinggalkan aku lebih baik aku tinggalkan dia orang dulu. Aku akan pindah ke daerah P.

Aku dah dapat menyewa sebuah bilik di daerah P. Bakal housemate aku cakap dia hanya cari seorang rakan penyewa sahaja . Jadinya aku akan tinggal berdua sahaja dengan dia. Ada cerita menarik tentang bakal housemate aku ni. Dia closet lesbian. Macam mana aku tahu? Aha! Itu yang menariknya. Satu lagi chapter baru dalam hidup aku akan bermula. Macam manalah not very straight person macam aku akan tinggal dengan closet lesbian macam dia. Mampu ke aku handle semua perkara yang jadi ini dalam hidup aku. Yang pasti life aku tak pernah tak menarik. Aku tak tahu plan Tuhan pada aku. Nanti aku cerita macam mana aku tahu dia closet lesbian.

Friday, October 14, 2011

Jatuh Cinta

Aku pernah janji yang aku tak akan jatuh cinta dengan mana-mana girls lagi lepas girlfriend nombor 4. Sekarang dah lebih kurang empat ke lima tahun aku single dari mana-mana girls. *serius aku tak pernah kira berapa lama aku single*. Entah macam mana aku ter 'crush' dengan sorang kawan aku ni. Dont blame me, she so adorable, sensitive, smart dan sometimes bossy. Aku dapat rasa chemistry antara kitaorang. Ah, sumpah! gigil aku dibuatnya. Dah lama dah tak rasa perasaan ni.

Aku harap perasaan ni berlalu bergitu sahaja dan tidak kekal. Jadi sekarang aku cuba kurangkan masa lepak dengan dia. Kau gila nak teruskan, dah tentu aku tak boleh nak promise apa-apa kat mana-mana girl selain jadi kawan yang baik tu. Gila, banyak perkara aku fikir, tuhan, family, diri dia, diri aku, orang sekeliling lagi. Aku tak boleh tipu dia, aku juga tak boleh nak teruskan. Aku rasa dia macam tahu. Aku tak sure respon dari dia macam mana. Aku tak nak dia tahu perasaan aku. Sebab aku tahu jujur yang ini pasti merosakkan keadaan dan persahabatan kitaorang. Kalau dia benci aku satu hal, kalau dia suka aku lagi teruk.

Macamlah aku tak ada pengalaman dengan keadaan ini. Aku tahu kat luar sana ada ramai couple same sex yang hadapi pelbagai masalah. Ramai juga yang bahagia. Yes! kau memang nampak bahagia, tapi keberkatan tu tak ada. Ada yang cakap family kita orang tak kisah. Tapi setakat mana. Ada yang rasa dah cukup dengan cinta macam ni. Ada yang jadi secret lover. Ada yang sanggup tinggal family, kerjaya dan kawan-kawan demi cinta. Hari-hari aku tengok dan dengar hal ni. Ini semua kisah aku dan kawan-kawan aku.

Adakah patut aku berdepan dengan perkara ini lagi. Sanggup ke aku? Berbaloi ke? Aku pernah buat lawak dengan adik aku kalau ada girl macam Mila Kunis atau Siti Saleha barulah aku boleh goyang. Kata-kata kita memang boleh makan diri kita sendiri. Aku janji aku akan cuba. Sebab paling utama, aku sangat sayangkan dia dan our friendship dan aku tak nak rosakkan life dia dengan perasaan aku, aku tak nak dia rosakkan diri dia kalau dia jatuh cinta pada aku. Aku tak nak dia benci aku kalau dia tahu aku ni bekas pengkid dan lesbian.

Oh, kawan! Maafkan aku. Terlau banyak aku nak cerita dan terlalu banyak yang aku perlu rahsiakan. Maafkan aku tak boleh nak jujur pun, tak mampu nak jujur pun. Kabut di minda.

Sunday, September 18, 2011

Aku sebagai Anak

Ayah telah meninggal bulan puasa haritu. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kata orang bekal apabila dalam alam barzah nanti adalah amal, sedekah jariah, ilmu yang menafaat dan doa anak yang soleh. Mampukah aku sebagai anak jadi anak yang soleh? Ajal, maut, jodoh, pertemuaan di tangan Tuhan. Besar dugaan tahun ini. Abang-abang yang aku tak boleh nak harapkan sangat sebab diaorang pun selalu harapkan aku. Aku kehilangan lelaki yang paling aku sayang dalam hidup ini. Memang banyak konflik aku dengan ayah. Tapi aku bersyukur, ada ayah yang sayangkan kami, walaupun dia tak pernah tunjuk. Sepanjang dia sakit, aku dapat jaga dia. Aku redha dengan pemergiaan ayah. Aku sayang ayah. Sekarang ini aku hanya mampu berdoa dan cuba menjadi anak yang soleh itu. Amin.

Saturday, June 4, 2011

Pengkid dan Perempuan

Last week melepak dengan salah sorang adik perempuan. Tengah borak-borak dan gelak-gelak tiba-tiba aje dia cakap.

 “ Kalau orang kenalkan akak pada kawan-kawan orang sekarang, lepas tu cakap akak pengkid mesti diorang tak percaya”

Aku gelak, kuat-kuat. Aku rasa aku tahu kenapa adik aku cakap camni. Mungkin sebab last week aku ada melepak dengan boyfriend dia, pastu mesti boyfriend dia tanya dia kenapa aku tak ada boyfriend lagi. Lepas tu adik aku mestilah cerita serba sedikit background aku pada boyfriend dia. Dan sudah tentu boyfriend dia tak percaya.

Siapa yang boleh percaya? Sekarang ni rambut aku panjang paras punggung. Aku nampak normal je macam mana gadis-gadis yang korang kenal. Aku ada normal job. Normal friends.

Semua orang salahkan pengkid. Serius, aku sendiri kadang-kadang meluat tengok pengkid. Tapi pernahkah tiap-tiap orang yang salahkan pengkid tu help diorang. Memang susah nak ubah sesiapapun kalau bukan atas kehendak mereka sendiri. Lagi-lagi kalau dah memang macam jantan.

Serius tak tahu nak mula dari mana kan? Kalau korang ada adik, kakak, saudara mara atau kawan pengkid apa yang korang selalu buat. Biasa aku tengok dan pernah alami ialah orang akan perli dan hina golongan macam ni. Mana-mana kawan yang accept pula akan buat tak tahu sahaja. Serius korang kena tolong golongan ni kembali ke pangkal jalan.

Dari pengalaman aku, masa aku form 2 aku pernah cakap pada Kak Lang aku yang aku suka kat perempuan bila Kak Jen terbaca diari aku pasal aku suka pada girls. Kak Jen ejek dan kutuk aku. Aku nangis teruk dan bakar diari tu.  Lepas tu Kak Lang aku nasihat aku dan katakana mungkin ini fasa aje dalam life aku. Aku rasa dia pun terkejut dan tak tahu nak buat apa. Ini situasi yang tak mudah.

Hal itu tamat bergitu sahaja. Lagipun aku bukan rapat dengan family masa tu. Ayah aku akan marah, marah dan marah bila setiap kali aku balik dari asrama, rambut aku pendek. Dia akan keluar hadis yang perempuan tak boleh menyerupai lelaki. Pernah jugak dia tarik rambut aku bila aku cukur nipis rambut tepi aku. Serius aku takut, jadi aku selalu mengelak dari ayah aku. Ayah aku sibuk memanjang. Jadi dia tak pernah sit down dan tanya apa masalah aku sebenarnya.

Bila aku cerita pada emak, emak ingat aku buat lawak. Lagipun aku tak nak bebankan mak dengan hal aku ni. Adik-adik aku nampak lah kakak diaorang ni macam jantan, tapi diorang tak faham apa-apa masa tu. Lagipun aku tegas dengan adik-adik. Sampai sekarang adik-adik selalu cakap aku ni idola diorang dari kecil, sebab aku berdikari, rajin dan memang ada gaya tersendiri.

Aku sayang famili aku, sebab tu aku cuba berubah. Aku sayang diri aku sebab tu aku nak jadi perempuan yang baik. Cabaran memang banyak. Tak terkata. Banyak kejian yang dapat jadi seorang pengkid.

Walaupun naluri ni rasa diri macam budak lelaki yang teperangkap dalam tubuh perempuan. Dalam tempoh nak berubah tu banyak dugaan. Ada yang panggil aku perempuan gedik bila aku try kawan dengan budak lelaki secara perempuan. Aku tak tahu cara nak kawan dengan budak lelaki sebagai perempuan. Kalau sebagai pengkid aku tahulah. Selamba aje bertepuk-bertampar.

Sampai sekarang aku masih belajar handle diri aku, cara bercakap, cara jalan (thanks my ex-bibik kakak ipar sebab ajar aku berjalan macam perempuan). Aku kena tinggalkan cara hidup aku sebagai pengkid. Seluar pendek, baju-baju semasa pengkid. Kawan-kawan pengkid. Kawan-kawan yang accept aku sebagai pengkid semua aku jauhkan. Sebab apa, sebab bila aku rambut panjang dan sopan santun diorang tak boleh terima. Diorang kekok. Aku apatah lagi. Itu satu pengorbanan yang besar.

Satu masa tu aku tak ada kawan dah. Aku ada family aje. Family yang aku tak rapat tu. Sunyi sangat, dan menangis sendiri aje. Sampai sekarang aku tengah belajar. Kawan-kawan sekarang tak tahu pun aku siapa. Susah, tapi boleh. Next time mungkin aku akan bagi tips macammana nak berubah dari pengkid kepada perempuan. Tak ada yang mustahil.

Kepada korang yang selalu hina pengkid tu, lebih baik korang nasihat dengan elok. Kalau pengkid tu tak nak terima. Jangan korang putus asa. Kalau nak buat orang jadi baik, bukan senang. Ini bukan hal sehari dua. Yang keras tidak boleh dilawan secara keras. Guna akal. Kepada pengkid, kalau ada orang nasihat, itu bukan bermakna orang benci, buka hati tu. Takkan selamanya nak jadi macam ni. Fikir jangka masa panjang.

PS: Yang ironimya, Kak Jen yang ejek aku dulu, dia akhirnya terlibat dengan dunia pengkid juga. Late blommer.

Thursday, March 31, 2011

Genius

Sebenarnya kamu tidak perlu jadi genius pun untuk tahu seksualiti seseorang itu. Kamu hanya perlu bertanya, nicely pada waktu yang tepat.

Jadi di sini terjadi satu peristiwa dimana my big bos dengan spontannya lawaknya berkata “ Patutlah, dah lama aku syak kau ni lesbian!” apabila aku buat lawak aku rasa terganggu bila rakan sekerja ku breast pump.

Aku tahu dia bergurau, dan merah muka aku sebab aku rasa juga dia sahaja cuit aku dalam diam. Dan itu baru genius.

Aku tidak tahu aku patut diletakan dalam ketegori apa. Aku tak bersama dengan mana-mana girls pun bertahun-tahun ini, aku juga tak tertarik dari segi seksual pada lelaki. Tunjuklah semacho manapun gambar Fahrin Ahmad, kalau aku tengok lama-lama, boleh rasa hendak termuntah.

Aku selalu rasa people disekeliling aku sebenarnya tahu seksualiti aku, Cuma seperti biasa masyarakat kita memang penuh tatasusila. Mana ada yang berani tanya depan muka aku. Lagipun diaorang sendiri tidak pernah lihat aku bersama mana-mana girls, lelaki lagilah. Diaorang hormat aku. Aku tak harap pun diorang tahu.

Selepas ini aku cuma perlu berhati-hati supaya aku tidak terbuat lawak yang boleh mendedahkan diri lagi. Cukuplah yang tahu itu tahu. Seperti mana separuh familiku sahaja yang tahu, dan yang tahu itu tahu. faham dan membantu. Aku pernah berada di satu masa yang 99% rakan-rakan disekeliling tahu siapa aku. Aku Cuma tak nak berada dalam keadaan itu lagi.

Sunday, March 6, 2011

Being Single And Being Pengkid

Seperti yang semua tahu. Aku single. Yang separuh orang tak tahu, aku pernah date girls dalam hidup aku selain ‘date’ guys.  Sebenarnya aku tak jumpa pun apa yang aku cari. Bukan senang nak suka guy dalam keadaan kau sangat  suka girl. Being single is one of the options yang selamat aku rasa. Daripada aku nak melukakan guy yang try aku. Sebenarnya aku beri peluang pada guy juga. Cuma belum ada right guy yang dapat sentuh hati aku sebagaimana empat ex-girlfriends aku buat. Yang akhirnya keempat-empatnya tinggalkan aku tanpa ingin tahu life aku sekarang. Dia orang move onMy first ex  aku tak tahu dimana, puas aku cari. 

Yang kedua dah berkahwin dan mengandung anak pertama, yang ketiga aku rasa baru kahwin agaknya dan yang keempat engage to be married. Aku sayang dia orang dan aku ambil berat pasal dia orang sebenarnya. Sebab itulah aku cuba cari dan tengok lalu doakan kehidupan dia orang dari jauh agar bahagia selalu. Aku tak rasa dia orang buat perkara yang sama pada aku. Ada yang tak nak be my friend pun dan ada yang blacklist aku dalam kehidupan dia orang. Kejam kan. Ada yang anggap aku menarik dia orang kearah kejahatan.  Ada yang anggap masa dengan aku adalah perkara paling buruk dalam hidup dia orang.  

Ambil contoh,  ex-girl nombor 3, aku namakannya Preity .Sekarang dia blacklist aku dan anggap semua yang pernah berlaku antara kami adalah salah aku. Come on lah, siapa yang seduce aku ketika aku nak ngurat sorang lagi girl yang arrogant, aku namakannya Rihana. Akhirnya aku stop sweet talk dengan Rihana dan pergi kepada Preity.  

Then… Preity tinggalkan aku dan pergi pada ‘the guy ‘ yang dulunya tak layan dia tapi kini fall in love dengan dia.  Bila aku try move on beberapa tahun selepas itu dengan my ex-girl nombor empat ( Honey).Preity datang semula dan cakap sanggup tinggalkan ‘the guy’ dan nak kembali pada aku. Perkara itu tidak menggangu aku lansung kerana waktu itu aku truly, madly, deeply fall in love dengan Honey. 

Honey yang aku anggap perempuan paling suci pernah aku jumpa. Honey yang mulanya reject aku sebab ini semua berdosa, salah dan tiada masa depan, tapi akhirnya terpaksa admit yang dia juga sangat-sangat cintakan aku. Selepas hampir tiga tahun kami bersama, Honey tinggalkan aku untuk bersama dengan seorang lelaki yang dia jatuh cinta. Yang mana aku tak sangka dia akan buat bergitu. Aku membayangkan aku dan Honey akan jadi partner seluruh hidup kami, bila dia habis universiti dan aku dapat better job. Beli rumah atau mungkin pindah ke luar negara lalu cuba dapatkan anak bersama. Tapi semua itu tidak berlaku.

Yang paling worst dia dump aku over the phone. Aku tak dapat clue lansung. Sebab kami LDR (Long Distance Relationship). Shit! Aku menangis macam orang bodoh. Yang pujuk aku adalah Bond, my bestfriend.  Aku tahu bercinta dengan aku bukan seindah mana. Terpaksa menentang hampir seluruh dunia. Walaupun hanya pegang tangan setiap orang akan pandang dengan benci atau meluat. Tak dapat nak bawa girl tu jumpa mak ayah dan tak dapat segala privilege yang straight couple dapat. Shit! Aku bukan anak orang kaya. Aku average person.

Jangan sesekali jatuh hati pada straight girl. Consequence nya memang teruk. Kau mungkin akan patah hati sepanjang hidup kau. Masalahnya kita bukan ada options nak jatuh cinta dengan siapa-siapa. Lagipun sekeliling aku dipenuhi dengan straight girls. Yang tergila-gilakan Taylor Lautner, mimpikan Lee Min Ho. Pada waktu itu aku cakap pada diri aku, Jo…cukup, cukuplah. 

Gila aku suka girls. Gila la juga aku mengelakkan diri sekarang. Aku minta maaf pada kawan-kawan sekarang ini yang aku terpaksa tipu, yang aku cerita pada dia orang tentang enam boyfriends yang aku pernah date dulu, sebenarnya empat darinya adalah girlfriends. Aku tahu kawan-kawan aku sekarang mungkin mati terkejut. Maaf juga pada kawan-kawan lama yang aku cuba elakkan diri. Aku tahu kalau aku jadi terkenal, serius mungkin akan ada yang kata, aku kenal Jo ni, dulu dia pengkid…with girlfriend. Maaf. Ada perkara aku memang nak share dengan semua orang. Semoga cerita Jo ini akan jadi pengajaran.

Followers