Dipetik:
Robbisrohli
sodri, wa yassirli amri,
wah lul uqdatan min lisani, yafqohu qouli.
(Surah Taha: 25-28)
“Wahai
Tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah
kekakuan lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku”
Bila aku mula berkata. Orang naik marah.
Orang marah. Aku marah. Semua marah-marah. Lalu aku berdiam. Sehingga ada yang meminta aku berkata kembali.
Kita mahu menyempurnakan keadaan, di mana keadaan tidak
boleh disempurnakan. Kerosakkan apakah yang sedang kita lakukan?
Aku minta. Baca dan berfikirlah. Kemarahan itu apinya
membakar jika disiram petrol. Tulisan aku ini jika di anggap petrol, maraknya
boleh nampak hingga ke negara sebelah. Tapi, jika kau anggap ianya air. Sejuknya
boleh kau rasa dalam hati.
Alkisah.
Honey…Honey… Oh! Honey…
Setelah lebih 10 tahun. Terdetik untuk aku tanyakan dia
kembali, semasa dia minta putus dahulu adakah di sebabkan dia sudah jatuh cinta dengan
Mr Honey itu, ataupun sebab faktor gay ini berdosa, atau kedua-dua faktor?
Jawapan dari dia mengejutkan aku.
Masa masih bercintaan dengan aku, dan sebelum dengan Mr
Honey, dia mulai suka dengan lelaki A. Kemudian Mr Honey kemudian lelaki B,
kemudian lelaki C. Kemudian pelbagai kisah berlaku. Kami putus. Pelbagai kisah berlaku kembali. Dia kemudian
kembali ke Mr Honey lalu mereka berkahwin.
Faktor gay pun memang benar juga. Dia memberitahu, betapa dia lemah menerima sayang dari aku. Asalkan ada yang menyayangi. Biarpun dia tahu
dosa-dosanya. Untuk itu dia tak pernah berasa tenang. Dia turut meminta aku bertaubat
dan meminta keampunan Allah. Katanya, cinta itu sifatnya bisa datang kembali.
Lalu dia pergi meninggalkan aku.
Aku tanyakan pada dia, kenapa aku tak tahu ini semua? Adakah salah
aku tidak bertanya? Padahal masa kami berpisah, memang aku bertanya itu ini. Tetapi
dia tidak pernah menjawab telus. Tidak juga menipu, cuma ceritanya tidak penuh.
10 tahun lebih aku percayakan sesuatu yang salah. Aku
percaya dia tinggalkan aku semata kerana faktor gay dan faktor cinta sucinya untuk
Mr Honey.
Ini yang aku mahu gelar privilege. Privilege buat dosa. Asalkan
dosa itu dosa yang nampak biasa-biasa seperti dosa bercinta dengan lelaki bukan
muhrim. Dosa gay jadi luar biasa. Perlu direjam.
Ah! Itu kata si Syaitan. Siapalah aku untuk menilai dosa.
Ampunkan hamba. Hamba cuma insan yang sakit hati.
Aku tidak mahu merosak reputasi dia. Aku tidak mahu berlagak
kononnya aku si mangsa. 10 tahun itu adalah kebodohan dan kedegilan aku sendiri. Dia masih sangat-sangat aku hormati. Wanita yang banyak menunjuk dan mengajar aku jadi matang, kuat dan
seperti hari ini. Jalan aku telah pun bertembung dengan jalannya. Aku pernah merasa
manisnya cinta kami. Jumpa Honey, tiada apa yang aku sesalkan. Malah aku
berterima kasih.
Sekarang Honey menjadi seorang pendakwah. Antaranya
dakwahnya mengajak kembali golongan LGBT ke jalan benar. Meminta umum supaya
jangan berkeras dengan golongan LGBT. Dalam dakwahnya untuk LGBT, semua
kemanisan ini cumalah tipu daya. Kata-kata yang membenarkan LGBT adalah tipu
daya. Jangan terpedaya dengan tipu daya dan kembalilah ke jalan Allah.
Aku mahu Bunga, aku mahu sentiasa ke jalan Allah jua.
Keduanya tidak boleh berjalan seiringan kah?
Siapa yang benar?
Honey? Ya?
Aku yang hina ini? Ya?
PS: Sedang belajar.