Saturday, December 12, 2015

Berani bodoh.

Bila kita cinta, crush atau terlalu suka pada seseorang. Maka banyaklah benda berani bodoh yang akan kita lakukan.

Kata-kata ini bukan merujuk kepada kamu atau orang lain. Tapi pada diriku sendiri.

Aku pernah cerita masa di kolej sebelum bersama Preity, aku crush pada seorang kawan sebaya aku, Rihana. Puas aku mengorat dia ni tapi tak juga dapat.

Alah, Rihana yang kononnya ada iras Neelofa. Masa muda-muda dululah. Aku yakin sekarang dia dah gemuk. Dagu berlapis, macam aku.

Rihana tidaklah terlalu peramah orangnya. Mungkin disebabkan aku selalu melepak dengan dia, maka orang sekeliling anggap dia sangat peramah. Kalau tidak, aku yakin orang akan ingat dia sombong.

Rihana jatuh sakit suatu hari. Entah sakit apa. Kena tahan hospital. Masa di hospital hari-hari aku datang melawat. Aku bawakan apa sahaja yang dia mahu. Aku jadi pendengar setia dia. Jika waktu malam boleh menunggu, memang aku akan jadi jaga sebelah katil dia. Beberapa kali juga aku terfikir untuk menyelinap masuk sesuka hati. Tapi kawalan agak ketat.

Rihana belum sembuh. Keluarga dia pun belum datang melawat. Satu hari ketika aku ke hospital. Rihana tiada. Doktor cakap, Rihana dipindahkan ke hospital besar. Hospital besar pula jauh beribu batu. Aku gelabah. Puas aku tanya jururawat dan doktor apa sebabnya. Jawapannya hanya keluarga sahaja yang berhak tahu.

Hari kedua Rihana di hospital besar. Aku tidak keruan. Makan pun tak berselera. Doa tidak berhenti dipanjatkan. Aku ke sana ke mari bertanyakan jadual waktu melawat hospital besar pada kawan-kawan. Zaman itu kemudahan internet tidak seperti sekarang. Penggunaan telifon bimbit juga kurang.

Dalam turun naik keliling kolej itu, aku terfikirkan sesuatu. Jika Rihana sakit teruk, kami semua kawan-kawan patut melawat dia. Sekurang-kurangnya dia tahu semua orang mahu dia sihat cepat. Semua orang sayangkan dia.

Lalu aku mengetuk bilik pentadbiran. Berjumpa pihak pengurusan dan memberitahu kondisi Rihana, walaupun aku sendiri kurang jelas.

Atas kedegilan, rayuan dan kesungguhan. Pihak pentadbiran memberi kebenaran dan sebuah bas serta pemandu untuk kami pergi melawat Rihana beramai-ramai. Aku minta kebenaran untuk umum di speaker besar kolej pada kawan-kawan dan sesiapa yang mengenali dan mahu melawat Rihana, boleh dapat pelepasan keluar dari pihak kolej. Maka ramailah yang ikut serta. Aku sendiri tidak pasti sama ada mereka ingin memonteng kelas atau betul-betul hendak melawat atau keduanya sekali.

Di hospital, kawan rapat gilir-gilir masuk jumpa Rihana. Ada juga yang tidak masuk. Sebab terlalu ramai. Doktor dan jururawat pun naik hairan sebab ramai sangat yang melawat Rihana. Akhir sekali tiba giliran aku. Tidak sabar rasanya melihat wajah dia. Mahu dia sihat segera.

Sebaik sahaja dia melihat aku. Dia senyum. Dia nampak lebih sihat.

Aku hampiri dia. Belum sempat aku bersuara, dia berbisik pada aku.

"Abang Daud datang tak? Tak nampak pun..." Dia bertanya pada aku. Menyebut nama senior kami yang kononnya suka pada dia.

"Tak. Dia tak datang...Tapi kawan-kawan kita ada. Semua datang." Aku membalas.

"Iya ke...? Tapi nasib baik dia tak datang, sebab tadi Abang Daniel datang dengan famili dari kampung. Kalau bertembung kan susah...bla...bla...bla..." Dia sibuk bercerita, merujuk pada Abang sepupunya yang kononnya juga suka pada dia.

Sepanjang pertemuan itu. Dia terus menerus bercerita tentang Abang Daud. Abang Daniel. Aku dengar dengan separuh hati...

Tidak sempat mencelah sikit pun aku mahu bertanya soal kesihatan dia, jururawat datang memberitahu waktu melawat habis.

Dua hari selepas itu. Rihana keluar dari hospital. Bila aku tanyakan soal kesihatan dia, dia cuma cakap sakitnya misteri. Doktor pun tidak tahu. Tapi kini dia sihat. Aku gembira untuk dia.

Rihana layan aku acuh tak acuh. Aku sedar sendiri.

Lepas itulah aku makin kurang dengan dia. Waktu itu jugalah aku mulai rapat dengan Preity.

Jadi, jika orang muda macam kamu bertanya pada aku, patutlah kamu bertindak berani bodoh demi cinta atau keagungan apa kononnya.

Banyak kali juga aku jawab:

Selagi tindakkan berani bodoh ini tidak memudaratkan diri dengan kesengsaraan maksima. Lakukan sahaja orang muda. Rasakan betapa epik tindakan berani bodoh itu. Nikmati selagi boleh.

PS: Jangan harap aku nak buat benda-benda macam ini lagi dah.

5 comments:

  1. many things one has to learn with age. what's the point of being young if not for being stupid at the same time!

    ReplyDelete
  2. sebab berani bodoh tu lah orang jadi pandai. :)

    ReplyDelete
  3. berani mati macam ni la terkenang sampai bila2..epik wei..

    ReplyDelete
  4. hahahhaha kisah jo buat aku teringat kisah aku. Mungkin ada kaitan serba sikit. Alkisahnya aku punya berani mati ambil risiko meluahkan cinta pada awek yang aku baru kenal di sekolah. Nasib baik dia terima, cuma ada tentangan dari keluarga, finally kami break up. Aku ada pertanyaan skit kenapa keluarga rihanna pindahkan dia ke hospital lain, adakah sebab nak halang jo atau sebab sakit dia makin parah? masa awal2 dok tackle awek sekolah aku, siap pergi rumah dia, mak dia hairan dan siap tanya aku ni lesbian ke kahkahkahkah, mak dia memang pandai menganalisa orang walau cara aku berpakaian seperti perempuan biasa. Dan si rihana mungkin layan jo acuh tak acuh sebab dia dah tahu jo sukakan dia. Kiranya dia tak nak bagi jo harapan palsu. Cara nak pasti orang tu suka kita atau tak adalah secara pengakuan direct kalau kau benar-benar berani mati, memang kau akan direject dihina dan sebagainya, tapi kau akan puas hati dan tak menyeksa jiwa hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Skema Girl.
      Bukan keluarga Rihana yang pindahkan dia tetapi pihak hospital dan kenapa aku sendiri tak diberikan jawapan oleh pihak hospital.
      Good luck untuk life kau.

      Delete

Followers