Monday, December 7, 2015

Jemu.

Aku selalu sendiri.

Biar beramai-ramai sekalipun, aku sendiri sahaja.

Bersendiri ini bagus untuk beri diri ruang, tenang.

Banyak masa. Aku senang sendiri.

Bila balik ke kampung dan aku mula borak dengan emak topik berat, mesti dia tertidur. Lawak betul. Mungkin otak emak dah letih nak mendengar masalah dunia. Dia lebih senang mendengar khabar-khabar lucu.

Tapi bila aku cakap pada dia aku nak kahwin. Besar betul mata dia terbuka.

Tak berapa lama dulu, pernah aku tanya emak, kenapa emak hendak sangat aku kahwin? Jawapannya klise. Dia mahu ada yang menjaga aku. Dia mahu aku punya anak-anak yang bersama aku.

Aku selalu menjawab dengan degilnya, aku boleh menjaga diri aku dan anak-anak sedara nanti yang akan menjaga aku jika mereka mahu. Kalau tidak, pandai-pandailah aku ke rumah orang tua.

Sengih sahaja emak memandang aku sambil katanya, “Tak sama Jo…”

Emak cakap berdasarkan pengalamannya. Ada kebenaran dalam kata-kata itu. Siapalah aku untuk menepis kata keramat seorang emak.

Ah. Paranoid.

Entah kenapa, Tuhan menjentik perasaan jemu hidup sendiri pada aku akhir-akhir ini.

Jemu hidup dengan kawan-kawan. Betul-betul jemu, sehingga aku rasa aku perlu sesorang untuk dicintai dan untuk berjuang bersama.

Aku tahu, aku masih kuat bersendiri. Tapi aku juga mahu lebih kuat bersama seseorang.

Aku terfikirkan kisah Nabi Adam. Dia ada segalanya di dalam syurga, tapi masih rasa rindu jiwanya pada seseorang yang belum wujud pun. Hawa.

Kalau ikut aku, aku pun mahu ‘Hawa’. Tapi tak bolehlah. Pelahan aku sekeh kepala sendiri. Mencubit realiti.

Aku tidak punya calon sesuai, sekufu. Itu bahagian yang awalnya. 

Aku memikirkannya sambil tergelak. Macam mana kita tahu seseorang itu dijadikan sebagai pasangan kita. Adakah aku belum jumpanya lagi disebabkan aku sendiri benar-benar belum bersedia atau bagaimana?

Atau sampai bila-bila pun tak ada?

Aku rasa sedikit demi sedikit kekuatan fizikal makin kurang. Semalam, sekejap sahaja aku cuba menari lagu kumpulan Kpop, Sistar. Aku dah semput. Usia akan datang apatah lagi.

Adakah sudah sampai tempoh terdesak itu. Aku gigit jari sendiri.

Angan-angan pasal berdua ini memang sedap.

Aku selalu bayangkan, aku dan dia saling bantu membantu dalam hidup kami. Dari hal seperti basuh pinggan di dapur kecil kami, sehinggalah dia dan aku jadi sukarelawan di rumah anak yatim atau rumah orang-orang tua.

Sambil aku menyanyi lagu Backstreet Boys, I’ll Never Break Your Heart dan dia turut menyambung alunan lagu itu.

ASDFGHJKL…. Aku tulis merapu. Ini dah macam tulis diari yang sepatutnya aku sorok di bawah tilam dan tak patut aku dedahkan kepada umum. Sekali lagi aku mencubit realiti.

PS: Eloklah beribadat dan berbakti kepada masyarakat daripada angan sahaja wahai Jo.

4 comments:

  1. kalau cari, ada jo. cari la yg mahu benda sama dgn jo, whatever that might be. aku paham kalau ada org nak a certain type of relationship yg respect their religious beliefs, lagipun happiness kita sendiri define, bukan org lain.

    aku harap ko jumpa yg baik2.

    ReplyDelete
  2. I feel you bruh
    Realiti itu payah
    Bertabahlah..

    ReplyDelete
  3. dah rasa di usia 27 tahun ni. tapi takda kekuatan utk bukak hati ke situ. biarkan masa yg tentukan jela.. :(

    ReplyDelete

Followers