Lelaki. Perempuan. Pondan. Pengkid….
Masa kita umur tiga bulan. Kita tahu tak apa yang kita akan
jadi? Kalau ada sesiapa yang jawab tahu, mari sini aku lempang. Orang yang
dukung kau pun kau tak kenal.
Hari itu lepak sama Honey. Di rumah dia. Ada Mr Honey dan
Honey Jr.
Borak tentang polisi insurance. Life. Agama.
Aku beritahu dia, mungkin tahun depan aku akan berhenti
kerja. Aku masih tak tahu, sama ada aku akan punya pekerjaan atau tidak selepas
itu. Tiada jaminan.
Dia menceritakan pro dan con ikut pengalaman dia setelah dua
tahun tidak bekerja. Susah dan senangnya. Tentang hidup dia yang sederhana.
Banyak dia cerita.
Tanpa aku bangkitkan, minta atau tanya, dia beritahu yang
dia tak sangka kami boleh berborak-borak santai
seperti ini. Setelah apa yang kami pernah buat dulu. Sejarah antara
kami. Topik yang aku tak mahu sentuh. Topik KAMI. Jadi aku senyum sahaja. Tidak
menyampuk dan tidak memberi pendapat. Walaupun banyak benda yang hati aku nak
tanya. Soalan-soalan yang tiada faedah pun. Baik aku diam.
Dia beritahu lagi.
“kita ditemukan dulu. Saya dan awak. Ada orang cakap pasal
kebetulan, tapi sebenarnya memang dah tertulis sejak azali lagi. Jodoh itu.
Jodoh saya. Jodoh awak yang entah di mana tu. Saya lahirkan Honey Jr.”
Memang kalau difikirkan tak logiklah dia pernah bersama dengan aku.
Lalu aku pangku dan peluk Honey Jr. yang bermain depan kami. Kuat dan sepenuh hati aku.
Itu sahaja paling dekatnya kami.
Teringat aku masa dulu. Setiap kali kami berjumpa dan
berpisah, Honey cakap.
"Kita tak tahu apa akan berlaku sesaat lagi. Macam mana
kalau kali ini kali terakhir kita jumpa."
Masa itu berderai air mata aku, air mata dia.
Siapa sanggup kehilangan orang yang dicintai kan?
Honey oh Honey. Betapa cinta aku membuat kamu sedih.
Bila bicara soal semuanya sudah tertulis, maka aku terbayang
hal-hal ghaib. Loh Mahfuz. Qada dan qadar. Penciptaan manusia dan alam semesta.
Tentang masa dahulu, masa depan. Tentang kena usaha, yakin, redha dan doa.
Konsep
yang mudah, tapi susah nak faham. Kita mahu bukti sahih depan mata. Kita cuma
manusia.
Di hadapan entah akan jadi apa.
Tapi, beranilah kamu wahai kawan. Beranilah wahai hati aku.
Beranilah si perentas masa.
PS : Don’t fail yourself!
Hahahhah lucu baca ko nak lempang orang sbb jawab tahu tu dik. Akak rasa baik ko hati2 skit menulis pasal alam2 ghaib yang berkaitan agama islam, kalau ko ragu2 nanti rosak akidah ko sebab dalam islam kita kena percaya sepenuhnya. Nanti jadi macam cerita si perompak dan orang alim. Usah dilayan sangat emosi tersentuh dan layanan jiwa hasil usikan azazil, dia memang nak bagi manusia lemah semangat . Hidup kita di dunia ni sekejap saja, teruskan usaha ko dik untuk capai keredaan Allah dan sama2 kita capai syurga yang dijanjikan Allah, chaiyok!
ReplyDeleteTerima kasih Jo. Cerita ni bagi says positif semula ☺
ReplyDelete