Mahu ubah angin.
Aku pindah.
Tidak tinggal serumah dengan Anis lagi.
Sudah mengecat dinding bilik baru dengan warna kelabu.
Warnanya kena pula dengan langsir corak pink yang aku beli
di Pasaraya Giant.
Tinggal bertiga, dengan Fifi dan seorang kawan kami Erni.
Pernah aku cerita tentang Fifi ini dalam salah satu blog post dulu. Kini Fifi
masih satu company dengan aku aku cuma di pejabat lain-lain.
Asalnya aku nak cari bilik di rumah yang aku tak kenal
sesiapa pun. Lalu aku google di ibilik dan mudah.com. Macam-macam orang aku
jumpa. Dari Ustazah sekolah rendah, janda 19 tahun punya anak seorang, gadis
daring berdress pendek merah hingga ke isteri orang yang suaminya kadang kala
sahaja pulang ke rumah. Semua dengan wajah ceria mengalu-alukan aku untuk
menyewa bersama. Aku pula yang rasa ngeri. Boleh tahan memilih juga aku ini.
Kalah mencari calon isteri gayanya. Ha!
Aku mengalah dan menerima pelawaan paling awal dari Fifi
yang asalnya aku menyombong sangat tu. Salah seorang rakan penyewa Fifi pindah
sebab berkahwin. Jadi ada satu bilik kosong untuk aku. Alhamdullilah. Seronok
duduk dengan Fifi dan Erni.
Kadang-kadang ada juga aku terserempak dengan Anis yang membawa
kucingnya bersiar-siar. Lalu kami berborak-borak. Dekat sahaja rumah kami ini
sebenarnya.
Bahayanya tak bahayanya duduk dengan Fifi ini, apabila dia pulang
bekerja selalunya dia akan mencari-cari aku di dalam bilik.
Ketuk sahaja pintu
bilik aku dan dia akan memanggil.
“ Jo! Jo! Jo! Buat apa tu?”
Adakalanya waktu itu aku sedang high melukis gambar figura
wanita dalam keadaan aku hanya memakai underwear. Bagi aku bilik sendiri adalah
tempat peribadi di mana tshirt dan bra bukan keperluan asas yang penting lagi.
Aku ok aje dengan situasi itu. Aku takut dia sahaja yang pengsan melihat aku.
Satu hari itu sedang aku berbaring atas katil
mencari ilham sambil melihat gambar-gambar di tumblr. Fifi menerjah masuk.
Pintu bilik memang tidak aku tutup.
“ Jo! Fifi nak tunjuk sesuatu ni…” Katanya sambil selamba
menyempil berbaring di sebelah aku. Hampir hendak tergolek jugalah aku ke bawah
katil. Maklumlah katil aku katil single. Fifi pulak chubby.
“ Apa? Tunjuklah! Meh sini nak tengok…” Aku bersabar sahaja.
Mungkin ada sesuatu yang penting.
“ Dah baca artikel kat Buzzfeed? Ada satu app. Whisper App.
Boleh buat confession anonymous. Lepas tu orang lain yang ada app tu boleh
baca confession kita. Ni hah contoh dia!” Bersemangat dia tunjuk artikel kat
website Buzzfeed.
Aku ambik smartphone dia dan tengok artikel tu. Baca
satu-satu…OMG LGBT confession rupanya. Terkedu aku kejap.
“ Jo download la app ni bolehlah nak confess apa-apa nanti”
Dia cakap macam itu. Apa dia dah tahu aku ini gay ke? Ini surreal.
“ Hish… Jo nak confess apanya? Engkaulah download app ni, nanti boleh kau confess pasal pakwe yang kau crush gila-gila tu” Kata aku pula, sebab hampir
setiap hari dia akan cerita pasal lelaki kacak yang dia suka tu pada aku.
“ Iyelah… Alangkah baiknya kalau si dia tau perasaan ini…” Kata
Fifi. Fikirannya nampak melayang-layang. Angau.
Jadi aku yakin dia memang masih tak
tahu yang aku ni gay. Kisah Whisper App ni mungkin ada kaitan tentang situasi
dia dan lelaki kacak itu sama sekali bukan tentang aku.
Tapi. Iye ke?
PS: Sampai sekarang aku tak download Whisper App tu. Tak
kuasa.
No comments:
Post a Comment