Rambut aku kini hampir paras bahu.
Apabila aku mula bekerja di dalam rumah, aku akan tocang
lalu siputkannya tinggi-tinggi.
Itu sahaja tips kecantikkan yang aku boleh bagi.
Imbas kembali.
Masa belajar di kolej, aku pernah warnakan rambut. Warna perang…Perang
habis. Aku tak tahu apa yang aku fikir masa itu. Pada suatu hari yang normal,
sedang aku membeli syampoo aku beli pewarna rambut sekali. Aku pilih pewarna
rambut paling gold masa itu.
Setelah membaca manual dalam kotak pewarna dengan teliti. Malam itu, aku
sendiri bancuh dan aku sendiri yang sapu dekat rambut. Habis sebotol aku sapu
pada keseluruhan rambut pendek aku. Preity pun ada curi-curi sapu sikit pada
rambut dia. Adalah segaris. Mengada. Baru aku tahu yang mewarna rambut ini
memerlukan masa dan perlu melalui beberapa peringkat yang agak remeh dan
melekit.
Pagi itu aku bangun dengan rambut yang perang bersinar.
Tengok di cermin, rasa hendak tergelak pun ada. Respon dari Preity, dia suka
dan asyik tersengih bila pandang muka aku.
Seminggu selepas itu aku melepak di port biasa, di kerusi
dekat tangga hostel di tingkat enam sambil menunggu Preity datang melepak
sekali. Aku bawa teropong dan komik. Kolej aku atas bukit di mana pemandangan
depannya adalah sawah dan bukit bukau yang indah.
“ Wah Kak Jo, cantik rambut…” Seorang junior lawa yang
memang terkenal dengan gaya sassynya menegur aku.
Aku jadi hairan. Terkejut sebab junior femes ini tahu nama
aku. Aku biarkan sahaja.
Beberapa minggu itu berlalu dengan projek-projek seni, airmata emosi aku mengalir setiap kali melukis dan merasakan lukisan orang lain
lebih hebat dari aku. Maka ada adegan bakar lukisan sendiri kemudian lukis
semula dengan lebih baik. Sibuk dengan Preity lagi. Memang hectic.
Hari minggu itu di port yang sama dengan situasi yang sama.
Aku di kerusi sendirian. Kejap-kejap meneropong sawah.
Kejap-kejap meneropong bangunan-bangunan kolej lain. Kejap-kejap meneropong orang. Ha!
Junior itu datang menghampiri aku.
“ Hai Kak Jo.” Tegurnya sambil senyum. Dia berdiri sebelah
aku yang duduk atas kerusi. Matanya pandang pemandangan luas depan kami.
“ Hai…” Aku balas sambil senyum.
“ Seorang aje ke? Kakak sorang lagi tu mana?” Tanyanya pula.
Aku pasti dia maksudkan Preity sebab kami memang selalu lepak berdua di sini.
“ Dia dekat studio, ada projek katanya. Kejap lagi Kak Jo
turunlah cari dia.” Aku beritahu.
“ Lepas Kak Jo dye rambut, saya perhatikan…semua orang dah
mula dye rambut. Batch saya aje dah beberapa orang yang dye rambut minggu ni.”
Dia berkata lagi.
“ Oh…Iye ke? Err…Tak perasan pulak.” Aku tergagap. Cuba
menyerap info yang dia beri.
“ Iye Kak Jo, semua tiru Kak Jo. Oklah…Saya kena gerak dulu
ni. Bye.” Dia melambai aku. Aku lambai dia semula.
Aku tak tahu nak fikir apa. Lepas itu barulah aku perhatikan rambut budak-budak kolej aku seorang demi seorang. Memang betul kata junior itu. Ramai
betul yang baru warnakan rambut. Tidak kira senior, junior dan sama batch dengan aku.
Petang itu pula, salah seorang rakan sebilik aku pun
beritahu benda yang sama.
Aku buat kesimpulan, perkara atau benda yang orang suka cepat sahaja orang akan ikut. Cuma aku rasa tak sedap, adakah
sebab aku warna rambut orang ikut dan orang lain ikut orang itu dan orang lain
ikut yang lain lagi dan lagi.
Lainlah kalau ikut
mengaji ke. Bolehlah di banggakan jugak.
Dan itulah kali pertama dan terakhir aku warnakan rambut.
PS : Zaman sekarang ini, apa sahaja benda merepek-repek yang aku TERbuat, aku
selalu berdoa.
“Janganlah benda ni jadi viral.”
No comments:
Post a Comment