Tuesday, July 9, 2013

Dejavu? Tentang Perempuan.

Perempuan yang suka melayan kerenah perempuan. Ada ke jenis perempuan macam tu? Kalau ada, bungkus satu!

Kalau couple perempuan dengan perempuan antara kelebihan dia kau boleh pergi ke rumah masing-masing, bila-bila masa. Tengah-tengah malam pun tak apa. Tak ada jiran-jiran yang akan pergi panggil JAKIM. Mak bapak pun tak syak sangat kalau korang berdua lepak dalam bilik lama-lama. Paling kuat pun mak bapak akan anggap korang berdua ni kawan baik yang macam belangkas. 

Kalau nak kelebihan lain sila bernikah segera.

Kadang kala aku borak jugak dengan Kak Jen tentang hubungan dia dengan ex-girlfriend dia dulu, Kak Cida. Borak-borak ini selalu berlaku dalam kereta. Ketika aku sedang memandu.

“Macammana kau layan mak atau ayah Kak Cida dulu kak? Apa kau buat bila lepak rumah diaorang? Kau rasa diaorang tau ke kau dengan Kak Cida ni ada hubungan romantik?” Soal aku pada Kak Jen. Ingin tahu.

“ Uish! Aku dulu teruk. Kalau lepak rumah Kak Cida mesti bangun lambat. Pukul 10 ke atas baru bangun. Lepas tu kalau bangun, tak tolong apa pun. Tau-tau makan aje. Lepas tu mesra-mesra pulak dengan Kak Cida depan mak bapak dia. Banyak kali jugak mak bapak dia tak bagi aku datang rumah diaorang. Halau aku. Tapi aku pergi jugak. Peduli apa aku masa tu. Aku rasa mak bapak Kak Cida memang tak suka aku sangat. Tapi aku rasa adik-adik dia suka aku.” Cerita Kak Jen sambil ketawa jahat.

“ Aku rasa adik-adik dia tu berlakon je kot suka kat kau. Tapi, lain betul kita ni kak. Aku dulu kalau lepak rumah Honey. Bangun awal. Tolong mak dia masak. Borak dengan ayah dia tentang macam-macam. Tolong basuh baju, sidai kain pun. Bila datang rumah dia mesti bawa buah tangan. Buatkan mak dia kek coklatlah. Tolong masa kenduri rumah dia. Honey pernah cakap, ayah dia tak pernah nak borak topik yang dia borak dengan aku pada orang lain.” Aku jelaskan pada Kak Jen pasal aku pulak.

“ Kau memang kuli.” Kak Jen gelakkan aku. Cis.

“ Mak bapak aku pesan kena buat baik dengan orang tua.” Aku membulat mata pada Kak Jen.

“ Mak bapak aku tak pesan pun.” Kak Jen lawan membulat mata balik.

“ Bongok! Mak bapak korang kan sama.” Sampuk adik kami, Jiji dari belakang. Kawan serumah Jiji di sebelah hanya menggelengkan kepala.

Kami gelak kuat-kuat. Inside joke.

Ingat senang ke nak ambik hati mak bapak orang lain. Tak kisahlah mak bapak mentua ke. Mak bapak girlfriend ke.

Kawan-kawan aku perempuan. Sebenarnya aku tak ada kawan lelaki. Kalau tolak lelaki bernama Nobita dan lelaki kat office aku tu. Memang tak ada kawan lelaki. Kalau godam telefon Nokia 1280 aku tu memang kau tak jumpa nombor kawan lelaki selain famili dan hal kerja. WHAT?

Maka dengan rasminya aku tak bolehlah nak buat ayat yang selalu gadis-gadis yang punya ramai kawan lelaki buat iaitu.

“Kawan I kebanyakannya lelaki. Kawan dengan lelaki lagi best dari kawan dengan perempuan tau. Kawan dengan lelaki senang nak mintak tolong. Dia orang tak kisah. Tak cepat emo. Bla…Bla…Bla…”

No Komen.

Walaupun kawan aku hampir semuanya perempuan. Sepanjang hidup aku ni ramai aje lelaki yang luahkan pasal perempuan pada aku. Ada yang kelakar, sedih, merepek, menghina dan lain-lain. Ada yang mintak tips. Cerita hal-hal dalam seluar pun banyak. Aku dengar ajelah. Macam biasa, mana-mana boleh nasihat. Nasihatkan. 

Susah sebenarnya nak layan kerenah perempuan. Macam-macam fi’il. Aku yang perempuan ni pening-pening juga dibuatnya. Nak layan mak, kakak, adik, bos perempuan dan kawan-kawan. Kadang-kala marah. Kadang-kala nak tergelak dibuatnya. Tanpa diaorang hidup aku memanglah sangat sunyi.


Apa yang aku merepek. Aku syak aku rindu Kak Jen.

PS : Masa tulis ni aku rasa macam dejavu, Macam dah pernah tulis. Kalau iya, nasib koranglah baca benda sama. Lol.

21 comments:

  1. satu entri yang menarik, kadang2 apa yang kau tulis ada sikit persamaan dengan masa aku jadi lesbian dan couple dengan ex aku. dalam hubungan couple, aku masuk kategori Jo bukan Kak Jen. Aku agak rajin menolong dan mak bapak dia pun ok dengan aku sebab aku tak tunjuk sangat PDA dgn ex aku depan2 parent dia. so diaorang tak syak sangat. malah aku juga macam kau Jo boleh berborak macam2 topik yang orang jantan suka borak, ni sebab aku suka membaca. malah aku juga takde kawan lelaki kalau ada pun cuma rakan2 u yang belajar sekali. walau macam mana pun diaorang syak something terjadi especially mak ex aku. Bab2 tunjuk kemesraan jatuh pada ex aku, sebab tu mak dia boleh syak.3tahun couple then putus terus sebab takde keserasian dah.

    ReplyDelete
  2. yup Jo, entri ko yang bertajuk tulislah surat tu pun macam aku pernah baca, hehehe its ok jo. walaupun cerita berulang penulisan kau tetap bagus dan menarik. jika kau tulis novel lagi best, tapi tulis yang ringkas sebab novel yang panjang dan tebal berjela amatlah boring .

    ReplyDelete
  3. Berikut adalah beberapa dalil daripada Al-Quran dan hadis yang menerangkan pengharaman seks bebas (zina), gay dan lesbian:

    1. Firman Allah di dalam Surah Al-Isra’, ayat 32 yang bermaksud:

    Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

    2. Firman Allah di dalam Surah An-Nur, ayat 2 yang bermaksud:

    Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

    3. Firman Allah di dalam Surah As-Syu’araa’, ayat 165 dan 166 yang bermaksud:

    “Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,

    “Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!”


    4. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Hakim, daripada Abu Hurairah RA:

    منزنىأوشربالخمرنزعاللهمنهالإيمانكمايخلعالإنسانالقميصمنرأسه (رواه الحاكمعنأبىهريرة

    Maksudnya: Barang siapa yang berzina dan meminum arak, Allah mencabut daripadanya iman sepertimana seseorang manusia menanggalkan baju daripada kepalanya.

    5. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Abbas RA:

    عنابنعباسرضياللهعنهما،أنرسولاللهصلىاللهعليهوسلمقال : «منوجدتموهيعملعملقوملوطفاقتلواالفاعلوالمفعولبه»

    Maksudnya: Sesiapa yang kamu dapatinya mengamalkan maksiat kaum Nabi Luth, maka bunuhlah peliwat dan yang diliwat.

    6. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, daripada Abu Musa:

    إذاأتىالرجلُالرجلَفهمازانيانوإذاأتتالمرأةُالمرأةَفهمازانيتان

    Maksudnya: Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina.

    Muslimin muslimat sekal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muslimah sejati, saya pernah melakukan maksiat seks (lesbian) dengan bekas pasangan saya dan kini saya mahu bertaubat. Saya sudah meninggalkan kehidupan lesbian saya. Apabila membaca hadis2 ini hati saya menjadi takut, apakah wajar saya menyerahkan diri kepada hukuman islam berikutan dosa lampau saya itu? saya benar2 takut dan rasa berdosa apabila terkenangkan kisah2 lampau kehidupan dosa saya dahulu. Bantulah saya.

      Delete
    2. Ai...aku ni xpandai sgt bab agama...tp klau ko dh bertobat...xnk ulangi perbuatan ko..ko mnyesal dh....sumenya akn baik...jgn ko buat lg...tanam niat dlm ht ko yg ko nk berubah....Allah ni maha mengetahui...jgn la ko risau....yg dh lepas kn...ko ambik berkat bulan ni wat amal ibadah....bulan lain pun....nnt bila ada laki nk kt ko...pilih...jgn ko terima bulat2...aku akui laki skrg kualiti kurang....ko tnya jo cmner kak jen bleh berubah.....lgpun ko kapel dgn perempuan cmner ko nk dapat anak...bila ko mati...ank ko la yg doa untuk ko....ko takut x mati...?aku pun takut...sama2 la kita ni berubah..ko cara ko..aku dgn cara aku...tp matlamat ko aku sama...mncari redha Allah.....so..aku ucap kn slmat berjaya kt ko.....jgn ko ulangi lg.....syg diri ko dgn mak ayah ko.......aku tau ko bleh buat...

      Delete
    3. Takut mati wei... amal kurang, ngeri bila fikir2. TQ sebab ingat-mengingatkan. Sama-sama kita berusaha menuju ke jalan kebaikan tu. Doakan Jo ya.

      Delete
    4. Hanz png, cuba sis ambik panduan cara-cara bertaubat ni, semoga sis akan lebih tenang. Sangat lengkap, saya petik dari blog ni http://www.ustaznoramin.com/2010/10/cara-bertaubat-yang-betul.html


      Delete
  4. Jo....cmner klau org yg ko syg xde dh kt dunia ni??? Apa jadi kt diri ko.......apa ko nk buat?cmner hari2 yg akan datang untuk ko lalui?cmner diri ko jo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa pun mesti sedih kalau org yg dia syg tak ada. Aku yg masih hidup ni kena teruslah kehidupan. Dengan lebih insaf harapnya.

      Delete
  5. oii jo cerita le apa aktiviti ko bulan puasa ni, takkan tak abis dengan obses pengkid lesbian ko je...kata takut mati tapi apasal ko ni tak habis2 pikir pasal pengkid lesbian. aku tegur sebab aku anggap ko macam adik perempuan aku

    bro besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bro besar,

      TQ atas teguran. Saya memang obses dgn dunia pengkid. Sebab saya yg alami. Jadi saya cerita. Tukar-tukar pendapat. Saya tak ajak org buat maksiat kat sini. Sama-sama kita belajar. Mana tau yg baca boleh tahu, boleh faham. Blog ni ditulis asasnya untuk pengkid dan keadaan kelilingnya. Kat sini pengkid/kita boleh tengok baik buruk dunia pengkid. Apa baiknya yg boleh dijadikan contoh. Apa buruknya yang orang boleh elakkan.

      Bukan mudah nak berubah. Saya sedang belajar. Jauh lagi nak sampai ke tahap maksum tu bro. Saya menangis tau baca komen bro ni... Bila bro anggap saya macam adik bro? Apa bro buat? Menjadi abang tu tanggungjawab dia besar bro.

      Delete
    2. jo...nk jd adik ko bleh?ko tulis cite best la....klau ko dalam industri filem ke..drama kn bagus......msti cite ko best....hahaha..aku bkn kutuk...tp klau ko cmtu xla aku bosan tgk tv...apa pun jo..gud luck...akak jo....;-)

      Delete
    3. memang la aku tak jadi abang ko jo, tapi aku juga tak suruh ko jadi ustazah maksum kalah nabi. aku cuma tegur sebab aku orang islam wajib tegur ko kalau ada yang tak kena. aku juga tak maksum cuma aku terus berusaha kejar surganya dari dunia yg sementara ni dan berusaha bantu saudara aku yg aku rasa nak enggelam timbul ni. tu sahaja

      tambah2 lagi tengok ko obses dgn dunia pengkid lesbian ko tu. memang orang yang mengalaminya akan merasainya tapi bila dah jadi orang islam cubalah belajar redha dan jauhi laranganNya. ambillah syurga dia sebelum israil datang cabut nyawa kita,boleh jadi apa yang kita benci itu bagus untuk kita dan sebaliknya.

      kan orang islam tu bersaudara? so aku ni 37tahun tua sikit dari kau layak la bergelar abg. mungkin ayat aku cam keras dan ak ni tak ngam ngan ko tapi aku ikhlas tegur bukan saja2 tunjuk hebat atau menyombong. moga kau dapat berubah terus, aku tak mahu tengok ko terus hanyut.ikut pengetahuan aku bila kita buat entry2 macam ni, kita seolah-olah mendapat saham akhirat. cam pembuatan arak la gak tanpa kita sedari kita ingat cuma untuk suka2 tapi bila dah ramai yang join dan suka blog ni juga terdiri drp geng2 pluyg tetiba rasa lagi seronok nak jadi lesbian/pengkid/gay maka blog ko ni kira bersubahat. jangan ambik remeh hal ni jo.rajin2 selak buku agama atau ceramah ustad cam ustad azhar idris, ustad don.aku pun tak cuba menghakimi atau jadi tuhan, cuma nak ko lebih hati-hati.


      bro besar

      Delete
    4. Entahlah bro. Nilai orang kan lain-lain. Mungkin cara penulisan saya salah. Mungkin ramai yang jadi makin jahat bila baca blog ini. Mungkin ada adik-adik yang rasa cool jadi pengkid baca blog ni?

      Saya tak pandai nak copy paste. Saya tak tahu nak tulis cara agama. Saya tulis apa yang jadi pada saya. Ini realiti. Mungkin ke ada pengkid/lesbian yang insaf lepas baca blog ni? Kalau nak tunggu pengkid/lesbian baca blog agama memanglah sangat susah. Nak tunggu yang beli dan baca buku agama, memang payah. Saya tak tahulah saya ada medium yang saya guna ni betul atau tidak.

      Saya tak minta bro sokong saya. Kalau tak nak sokong lansung pun tak apa. Nak kutuk pun silakan. Tapi saya tahu bro orang baik.

      Saya ikut nasihat bro, memang saya kena berhati-hati. Iyelah, niat asal kita nak jadi baik. Tiba-tiba kita jadi jahat pulak kan?

      Thanks bro.

      Delete
  6. malaysia is the best place, even i am muslim i still can make bad thing without fear cause the law is cheap handmade hahahaha Of course if 'bala' come we share together hahahaha thank you jo for this awesome blog you make my day with your interesting pengkid lesbian thing, i am sure you get small share when you die one day, cheers!

    ReplyDelete
  7. orang kate nak buat baik.byk cabangnye.cara tegur pun, byk caranye,cara berkawan dengan bermusuh pun byk caranye. teladan melalui pengalaman. kite bukan Allah untuk judge.Allah pun ampunkan hambaNya (macam contoh pelacur bagi anjing minum air),kite pun bukan malaikat takde nafsu. kite manusia ade pro dan cons. manusia lurus ppun boleh terjerumus maksiat, ustaz ustazah pun ditangkap berkhalwat, orang pandai pun minum arak, inikan pulak kite yang kurang serba serbi.selagi kite masih ade nyawa, sentiasa la muhasabah diri tiap hari.ibadat selagi kite masih hidup.moga2 kite semua dapat keberkatan Allah SWT.sebab Allah yang jadikan kite dengan cara yang bersegi2 ni.bukan sebab Allah benci kite, tapi sebab Allah sayang dengan kita dan nak tengok kuat mana hambaNya hadapi dugaan.ini baru dunia, akhirat tak tau la macam mane. kite cuba ye kawan2 sekalian. cari keberkatan Allah.

    alep

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah cik jo kte ni dh berubah..

    ReplyDelete
  9. Huuiiiisshhh sadis dahsyat komen kat blog kau ni jo, tapi uiiks aku Pelik tadi ada 20++ ke atas komen kat sini.
    Baru dua jam aku pergi kenapa tinggal 17 koment sj? kau delete errk jo? jangan delete aku komen sudah

    ReplyDelete
  10. komen kali ni panas nampak....lol

    ReplyDelete
  11. KAK JEN : WAH!!..SLM ROMADAN&SELAMAT BPOSE SEMUA, ADIKKU JO,TAK KENAL MAKA TAK CINTA, DAH KENAL BCINTA2..I LAP U..WINDU..NO KOMEN..CUMA NAK BAGITAO "WALAUPUN KO TAK SESEKSI CATWOMEN,TAK SECUTE SNOW WHITE,TAK SEGAGAH HULK,TAK SEGENIUS CANON,TAK SEHENSEM SUPERMAN,TAK SEPANTAS SPIDERMAN,TAK SEBERANI ULTRAMAN,TAK SESERIUS BATMAN,TAK SEKELAKAR MR. BEAN TAPI KO ADLH WIRA AKU.AKU SELAMAT&KAU SNTISA BSAMA AKU DI WAKTU SUSAH&SENANG"..( OPPS!!! NNTI BLANJE CHKN CHOP BUKA POSE )

    ReplyDelete

Followers