Hidup ini bukan sekadar macam mana nak tackle seorang awek.
Dalam hidup ini kita perlu tackle segala-galanya dan sesiapa sahaja. Mak bapak,
jiran sebelah rumah, rakan sekerja, boss, penjual ikan kat kedai, kakak ipar,
mak cik cleaner, pak imam surau, mak datin, pelarian rohingya dan sebagainya.
Bagaimana kita membawa diri kita. Bukan untuk buat orang suka kita, bukan untuk
tunjuk kita bagus atau hebat tapi untuk kebaikan diri kita sendiri. Memudahkan diri
kita untuk orang lain supaya orang lain memudahkan diri mereka untuk kita.
Ketahuilah, kadang kala kita bukan watak utama pun dalam kehidupan kita
sendiri.
Kata Kak Jen, hidup ini tentang mengambil risiko. Walaupun selalunya
memang dia ambik risiko, tapi yang selalu bantu dia menanggung risiko itu
adalah aku, orang yang paling tak suka nak ambik risiko.
Apalah aku merepek panjang sangat untuk pendahuluan tadi.
Dalam kita cuba memudahkan hidup kita dan hidup orang lain,
kita tak dapat lari daripada membuat keputusan yang salah. Setiap hari.
Contoh ringan
ialah bila kau beli makan malam untuk diri kau, kau belikan sekali makan malam
untuk housemate kau, tapi akhirnya makan malam tu dia tak makan pun. Diet
katanya. Contoh berat adalah apabila kau tak sambung belajar supaya memudahkan
adik-adik kau untuk sambung belajar, kau kerja kuat untuk family kau dan biarkan
cita-cita kau tertangguh.
Walau salah macam mana pun keputusan kita, ianya dah
berlaku, jadi sejarah dan fungsi sejarah adalah kita belajar daripada sejarah. Tapi ia
selalunya boleh buat kita jadi mahkluk paling dingin, tak sweet sebab tak mahu/takut ulang kesilapan yang sama.
Seikhlas mana hati kita, orang tak tahu. Sekeji mana hati
kita orang lagi tak tahu.
Kak Jen suka duit.
Kak Jen nak jadi kaya supaya dia boleh goyang kaki, dia
boleh beli apa sahaja yang dia mahu, boleh bagi emak senang dan dia boleh enjoy
hidup dia sepuas hati dia. Ada million alasan untuk dia jadi kaya.
Aku suka duit.
Aku tak mahu jadi kaya sebab aku tak mahu sombong, buta
hati, bayar Mila Kunis untuk teman aku mandi kolam. Ada million alasan untuk
aku tak rasa nak jadi kaya.
Hidup jangan jadi orang keji. Jangan songlap duit orang, tak
kiralah duit yang kau songlap tu duit orang kaya, apatah lagi duit orang
miskin. Sebab itu bukan hak kita. Hak kita adalah menyumbang. Ahli politik,
perompak dan penipu please take note.
Kalau jatuh cinta, biarlah kau jatuh. Tapi, jatuh dan jadi
positiflah.
Putus cinta, maka putuslah. Bakar surat cinta dari dia,
menangis puas-puas. Tapi, putus dan jadi positiflah.
Cemburu, maka cemburulah. Jangan pula kau belasah anak-anak
dan isteri kau. Jadi positiflah.
Aku selalu cemburu dengan kawan-kawan yang lahir dalam
keluarga yang super kaya. Dalam masa yang sama, andai aku dilahirkan semula aku
mahu lahir dalam keluarga aku yang serba tak ada itu, berkongsi semuanya.
Kegembiraan dan kesakitan.
Dalam doa memang banyak senarai yang aku minta. Kadang kala masa doa aku
lagi panjang dari masa aku solat. Tertanya aku sama ada layakkah aku meminta
sebanyak itu. Makin banyak nama-nama baru yang muncul dalam doa aku.
Aku tahu aku sering obses dengan DUNIA. Aku lupa yang paling
kaya itu TUHAN. Aku patut tackle DIA dulu.
nice entry.. pls keep writing :)
ReplyDelete~peminat~
"makin banyak nama-nama baru yang muncul dalam doa aku". I hope i'm one of them. Imy
ReplyDeletenice post jo..wat kepala berfikir sejenak...
ReplyDeleteaku nak jadi kaya(kaya ngan kawan2)..
hope that nama incik belalang ada dlm doa jo ek...(wat muke xmalu ni):))
setuju jo.
ReplyDeleteSj
keep on writing . I'm your silent reader *konon . xP cerita JO sama dengan cerita Langit . adakah ini suratan atau kebetulan ?
ReplyDeletehahahaha xD
TQ membaca! Cerita Jo sama dengan cerita Langit? Langit ni novel ke, blog ke apa? bagi link kalau ada. Jo pun silent reader blog org jugak.
DeleteNope , dua2 pun tak . Langit ni nickname jek . Dulu ada buat blog tapi dah padam dah .
DeleteHmm... Tertegun bce entry stu ni...
ReplyDeleteJo memang yg terbaik la...
Always love ur entry. Keep it up!!!^^
ReplyDeleteSume yang Jo cerita serius best!
ReplyDeletePenutup entry nie kuat, terkesan kat hati,.
;)
:)selamat berjuang
ReplyDeleteHey....lama tak menulis?
ReplyDeletehai melissa iye lah cerita mana jo...?
ReplyDeleteIm ur new reader
ReplyDeleteHaha
nice one!! tetibe sedeh.. mengenang nasib diri.. *sambil tutup muke dgn bantal.
ReplyDelete