Tengah aku melepak mengunyah epal merah sambil menonton Fairly Legal lakonan Sarah Shashi yang super cun tiba-tiba aje housemate ku, si Anis bertanya.
“ Kalau Jo jadi Anis dan Arin, Jo buat macam mana?” Soalan Anis macam sengaja cuba nak mengelirukan minda aku.
“Jadi macam mana apa pulak ni?” Aku sengaja minta dia jelaskan, walaupun aku rasa aku dah tahu dan faham soalan apa yang dia utarakan sebenarnya.
“ Pasal jauh...”
“ Oh, maksud Anis, LDR? (Long Distance Relationship)” Tepat seperti agakkan aku.
“ Kenapa? Korang berdua nak putus ke?” Aku tanya soalan mencucuk.
“ Kenapa? Korang berdua nak putus ke?” Aku tanya soalan mencucuk.
“ Penatlah Jo, dah lima tahun ni…Tak larat dah nak jauh-jauh.”
Bergitulah sedikit sebanyak perbualan kami. Aku memberikan 3 teori kepada Arin tentang apa sedang atau akan berlaku.
1. Anis dan Arin akan terus LDR, tapi sakitlah macam sekarang.
2. Anis putus dengan Arin lepas tu Anis kena cari orang lain. Yang ini kena usaha sikit sebab ramai pengkid sekarang ni kurang bermoral (korang ingat nak cari lelaki baik je susah, nak cari pengkid baik pun susah jugak sekarang ni)
3. Anis putus dan hidup membujang seperti aku. Gila boring nak mampus.
Anis ceritalah pada aku yang dia banyak kali cuba putus dengan Arin, tapi Arin tetap akan merengek dan merayu pada dia. Kalau putus aje Arin mesti cakap Anis ada orang lain dan Arin akan fight habis-habisan demi hubungan dia orang. Arin ni bekerja dengan jabatan kerajaan di sebuah daerah yang agak terpencil. Kalau Anis nak pindah ke sana pun tak ada peluang pekerjaan yang baik dan sesuai untuk dia. Sebab tu dia orang terpaksa LDR.
Aku sendiri pernah LDR ni, susah wei. Tak sanggup dah. Bukan sahaja soal kesetiaan dalam hubungan yang aku pentingkan malah aku harap orang yang aku cintai tu, bila aku bangun tidur setiap pagi, dia ada disebelah aku. Tak kiralah macam mana pun bergaduh hari sebelumnya, dia mesti ada dengan aku. Hadap aku ni. Baik atau buruk. Kurus atau gemuk.
Sesiapa yang tahan LDR, korang memang gila, dan aku tabiklah.
Anis macam nak borak lama lagi dengan aku, tapi aku cepat-cepat pergi ambil air sembahyang, solat maghrib. Tak nak aku layan luahan hati dia lama-lama. Hati yang sunyi ni bukan boleh dilayan sangat. Bahaya. Tak berbaloi pun. Lainlah kalau Anis tu Mila Kunis.
PS : Baru potong rambut, terasa macam Clark Kent
isk isk patut la anis tanya soalan camtu kat saudari, sebab saudari baru potong rambut dan nampak macam lelaki macho jadi rasanya dia dah terpikat pada saudari pulak rasanya. saya sayangkan saudari, semoga saudari terhindar dari godaan syaitan berbentuk manusia. amin.
ReplyDeletehahaha...takdenya Arin nak terpikat kat Jo ni, cik Jo ni macam makcik2 aje kat rumah, suka masak, suka makan, suka buat stupid dance, penakut pulak tu. Tak macho lansung. Arin tu maybe tgh risau.Org risau camtu la.Tapi borak memang tak boleh dilayan sangat, takut hanyut je...
DeleteP/S : Sayang tu perkataan yang kuat en izzat. berhati2 mengunakannya.
Delete
sayang satu perkataan universal tapi kalau saya guna perkataan cinta mungkin orang boleh salah takrif, mungkin saudari tak faham maksud sayang macam mana sebab ayat saya tulis tak habis. sayang saya pada saudari ibarat sayang pada seorang saudara saya, kita semua bersaudara orang islam ni, saudari pun tahu kan, so selagi saya guna perkataan sayang maka orang lain tak boleh salah tafsir sebab kalau saya nak guna cinta mungkin tak berapa sesuai lagipun cinta dan sayang, perkataan cinta lebih mendalam maknanya. harap saudari jangan tergoda dan digoda oleh lesbian roomate saudari pula, sebab ada nampak bayang2 dia nk ajak saudari arah tu. bukan berprasangka buruk pd dia tapi cuma berhati2 dan berwaspada :)
ReplyDeletecewah...InsyaAllah en Izat, walau bagaimanapun perkataan sayang tu tetap perkataan yg kuat, dan tetap kena berhati2 jugak...
Deletesalam.. huh.. berani ko ye.. hahaha janji niat ko baik.
ReplyDelete