Saturday, October 3, 2015

Ringkas dan berbulu.


Cerita Satu.

Pada awal tahun ini, di tengah hari Jumaat yang mulia semua staff lelaki keluar bersolat. Tiba-tiba seorang staff perempuan intern memanggil aku. Dia menunjukkan satu video viral di telefonnya. Seorang lelaki berjambang dan bercermin mata hitam menyanyikan lagu Kun Anta.

“ Tengoklah ni, cute sangat kan! Meremang bulu roma tengok dia senyum tahu!” Dia teruja.

“ Wow…?” Itu sahaja respon pura-pura dari aku.

Cerita Dua.

Peristiwa ini terjadi beberapa tahun lepas ketika Kak Jen masih memengkid.

Aku dan Kak Jen melepak di ruang tamu rumah flat sewa dia sambil menonton cerita Tamil. Kak Jen yang cuma bersinglet dan berseluar pendek bangun menari-nari mengikut irama lagu. Aku cepat-cepat ikut serta. Lalu kami pun bergoyang. 

Tiba-tiba aku terperasan sesuatu.

“ Kak Jen! Kenapa?!” Aku menjerit sambil menunjuk ke arah ketiak Kak Jen.

“ Oh, ini! Sengaja aku simpan bulu ketiak panjang sebab member aku ada cakap, lelaki kena bulu ketiak panjang, baru macho!” Kak Jen menjawab bangga.

Terus aku menyumpah kawan Kak Jen di dalam hati, lalu menyuruh Kak Jen mencukur ketiaknya waktu-waktu itu juga.


TAMAT.

PS: Apa cerita ringkas dan berbulu kamu?

3 comments:

  1. hahaha tapi sekarang memang trend kat Hollywood kan perempuan simpan bulu ketiak. I know it's about one's freedom of choice but this, haha, perlu masa la nak sesuaikan diri.

    ReplyDelete
  2. hahhahaa..tetiba teringat retis industan pompuan menari2 ketiak basah..yg tu plak ape kes jo..hahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan ingat tak Kak Jen masa kita sekolah menengah, gaduh pasal siapa peminat nombor satu Karisma Kapoor dan Sofia Jane. Tapi Kak Jen menang sbb Kak Jen ada lebih byk poster dr Jo...good old dayssss....

      Delete

Followers