Beberapa minggu lepas, panas di laman sosial tempatan gambar
seorang selebriti Malaysia bergambar seksi di majalah dengan berselimutkan bendera USA.
Pertama kali tengok gambar tu, jujur kepala otak aku terus
cakap.
“ Wow, cantiknya dia!”
Tengok lagi. Aku telan air liur dan cakap.
“ Confirmlah kena bash masyarakat lepas ni.”
Beberapa hari sebelum itu, aku terima pemberitahuan. Salah
satu gambar di tumblr blog aku telah di reblog sebuah tumblr yang penuh gambar
tak senonoh dengan kapsyen provokasi. Padahal gambar di tumblr blog aku itu
adalah gambar perempuan muslimah, tutup aurat. Tak boleh jadi!
Tengah-tengah malam itu juga aku terus email pada staff tumblr
untuk keluarkan gambar tersebut dari tumblr blog tak senonoh tadi. Tak sanggup
aku memikirkan gambar itu akan jadi bahan ‘fap’ lelaki hidung belang seluruh
dunia. Sehari lepas itu, staff tumblr balas email aku mengatakan gambar itu
telah mereka keluarkan. Terus aku tengok semula tumblr tersebut untuk pastikan
hal tersebut. Tumblr itu juga telah di tutup serta-merta.
Bila aku fikirkan semula, dengan kewujudan pesat pelbagai jenis
blog/apps untuk orang tengok atau post gambar perempuan/lelaki yang cantik dan
kacak, tak kiralah menutup aurat ataupun tidak. Sudah tentu jugalah ada berapa ramai
jenis manusia di luar sana yang menjadikan gambar-gambar yang tersebut itu sebagai
bahan ‘ fap fap fap’.
Aku yakin, gambar selebriti wanita tersebut telah pun
jadi bahan ‘fap’.
Pernah aku nasihat pada anak sedara lelaki aku yang
cuba-cuba hendak tengok wanita seksi lama dulu. Nasihat yang bunyinya lebih
kurang begini.
“Dalam dunia ni memang ada orang tak jaga maruah dia, tapi kitalah
yang kena tolong jaga maruah dia. Kamu jaga maruah kamu. Tak payah nak
tengok-tengok sangat… Faham? ”
Panjang lagilah nasihat aku. Dia angguk-angguk. Entah faham entah tidak budak itu.
Aku, Kak Jen dan Abang Ngah diberi kesempatan ke pengembumian
kawan baik emak di kampung kami minggu lepas. Hari jumaat perginya, Sabtu pagi dikebumikan.
Orang tak ramai di kubur. Jadi dapat kami tengok dengan jelas, anak-anak lelaki
angkat arwah emak mereka dan di letak sempurna di liang lahat.
Dari hujung rambut sehingga hujung kaki, di tutup kain kafan
putih. Kubur di kambus tanah. Talkin dibaca. Cuaca panas, tapi angin bertiup
senang.
Aku dan Kak Jen sama-sama sebak.
Dan dua kisah di atas
saling berkait rapat.