Suara paling kuat adalah suara orang yang punya anak-anak.
Suara orang bujang macam aku ini apalah sangat. Tak banyak suara yang aku guna
kebelakang ini. Tak banyak sebab pun untuk guna. Salah guna suara buruk
padahnya. Di sini tempat aku meluahkan perasaan. Meluahkan idea kecil.
Aku teringin menulis cerita romantik sci-fi. Pasal robot
jantina betina mempunyai ciri-ciri Artificial Intelligence juga gagah dan berbulu mata lentik. Robot yang mengembara dari semesta ke semesta
untuk mengumpul data. Lalu jatuh cinta pada seorang DJ radio yang bersiaran
waktu tengah malam. Masa itu aku selitkan Lagu Yuna, Terukir di Bintang. Cium.
Konflik melanda di mana tiada logiknya perkahwinan antara
robot dan manusia. DJ Radio dipenjarakan di sebuah pulau rahsia yang tidak
mampu ditembus mana-mana satelit oleh pihak tentera. Robot yang kecewa tidak
dapat bertemu si kekasih merembeskan spora virus di mana alam menjadi bisu.
Tiada deria suara. Tiada deria bunyi. Tamat tanpa happy ending.
Realiti kejam dengan bijaksananya. Itu menerangkan betapa
riangnya Kak Jen yang hampir empat purnama tak datang bulan, akhirnya tiba
juga. Lalu dia bercakap tidak henti-henti pasal itu selama empat hari.
Perasaan angau cinta pernah membuat aku tidak lalu makan.
Menyebabkan si Dia terpaksa menyuap setiap butir nasi, sambil memujuk aku dengan
gelak. Terbayang wajah si Dia di setiap helai Ringgit Malaysia yang dikira setiap
kali aku tutup kaunter. Melayan setiap customer dengan sopan dalam ingatan
bagaimana kalau customer itu ada hubung kait dengan si Dia, famili… kawan mungkin.
Sehingga aku menjadi staff terbaik beberapa kali. Menimbulkan kemarahan separuh
staff yang mahukan Kak Jen sebagai pemenang. Ah, Kak Jen memang sentiasa hebat
dari aku. Itu politik. Tapi ini cinta. Cinta selalu menang. Jadi menanglah
cinta si Dia bila si Dia jatuh cinta dengan orang lain. Maka aku tidak mahu sesekali
menjadi watak ketiga. Biar, aku biarkan.
Kini bila aku sedang bekerja. Mencipta gambar menjadi
realiti supaya nanti anda boleh tidur dan bermimpi. Mencari ilham, klik pada
gambar demi gambar. Mata aku terpampan gambar seorang gadis rambut merah,
dengan butiran freckles di pipinya. Cantik persis Ariel si duyung. Aku klik lagi dan mencari nama si pemilik
wajah mulus itu. Oh, Elle Alexandra. Satu klik. B O O M ! Girl crush aku
rupanya bintang porno sensasi. Tangan aku menggigil di bar-bar keyboard. Antara
syurga dengan neraka.
Tugas untuk kamu yang
sudah habis jawab SPM. Ada 3 cerita detail dalam karangan di atas. Bincangkan
di waktu senggang.
1.
Robot betina dan Dj Radio
2.
Angau Cinta VS Politik Kerja
3.
Girl Crush ku si Bintang Porno
Saya suka tajuk yg ke-3 tu. Hiksss
ReplyDeleteAngau Cinta VS Politik Kerja here ;)
ReplyDeleteYg ke-3 best...
ReplyDeleteHuhuhu
k...aku suka cerita yang first...mohon siapkan cerita itu, aku nak lihat.. *muka serius*
ReplyDelete