Kadang-kala aku rasa bukan orang dari zaman sekarang.
Aku tidak pernah naik kapal terbang.
Aku tidak punya smart phone.
Aku tidak pernah online shopping.
Itu sahajalah.
Mitos mengatakan pengkid pemurah dan pengkid banyak duit.
Terutamanya pengkid gemuk.
Aku gemuk. Aku pokai.
Topik kali ini bosan. Ah! Baca ajelah.
Tengah hari itu selepas makan, aku dan Fifi berborak.
Fifi: Jo, dulu masa kau dengan Naruto, kalau keluar siapa yang bayar?
Jo: 70%, Naruto.
Fifi: Jadi, bagi Jo lelaki patut kena bayarlah kalau keluar
dengan perempuan?
Jo: Tak, sepatutnya kongsi. Bayar sama-sama. Dalam kes aku
dan Naruto, dia tu selalu trick aku. Tau-tau dia dah bayar awal-awal dah. Tapi
oklah kot, sebab kalau nak ke mana-mana pun naik kereta aku. Ada jugalah
masa-masa dia suruh isi minyak, tapi aku buat bodoh aje sebab aku tahu dia nak
bayar duit minyak aku jugak.
Fifi: Baiknya Naruto.
Jo: Baik sangat sampai menyampah pun ada. Lawak pun ada.
Kalaulah dia terkena jenis perempuan ambik kesempatan. Pokailah dia.
Itu bicara soal hubungan heterosexual.
Macam mana kalau perempuan dan perempuan, khususnya pengkid
dan kekasih dia. Siapa yang akan bayar kalau keluar bersama?
Mesti ramai yang jawab dah tentu pengkid yang bayar.
Kita ambil kisah Kak Jen masa dia ‘memengkid’ dulu. Kak Jen
bukan setakat bayar setiap kali keluar. Malah duit gaji semua sekali dia serah
bulat-bulat pada awek dia. Kalau nak belanja atau apa sahaja, baru dia akan
mintak. Kalau kau kenal Kak Jen secara peribadi sekarang, kau akan tahu betapa
Kak Jen kira duit dia, perbelanjaan dan semua sekali. Silap-silap haribulan kau
akan kena pow lagi dengan Kak Jen. Adakah kau jenis
pengkid seperti Kak Jen dulu? Atau adakah kau awek si pengkid yang ada akses
utama pada semua duit pengkid kau?
Pernah aku borak hal ini dengan Bond. Selalunya dia yang
akan bayar kalau keluar dengan awek dia. Awek dia pun ok sahaja, tak adalah nak
menghalang. Situasi dia dengan awek sekarang aku tak tahu. Adakah kau jenis
Bond?
Ada juga kawan aku seorang yang bergaji besar. Dia nak
bayar, tapi pengkid dia berkeras nak bayarkan apa pun. Kalau tak silap aku gaji
pengkid dia besar sikit dari dia. Perkara ini buat dia selalu rasa serba salah.
Dalam masa yang sama dia tak mahu bertekak. Adakah kau berada dalam situasi
ini?
Ada juga cerita yang aku pernah dengar. Pengkid yang hidup
dengan duit awek dia. Pakai kereta awek dia. Sewa rumah pun awek bayarkan. Di belakang kikis lagi duit awek lain
berbekalkan wajah yang kacak dan ayat-ayat manis. Tipu sana sini. Jenis penipu
ini jarang dijumpai, tapi mereka ada di mana-mana dan mereka berbau sangat
wangi.
Masa aku dengan Preity, zaman belajar. Aku memang senang hati nak bayar kalau tengah
ada duit. Dia pun selalu belanja aku. Bayar makanlah. Kebanyakkan masa, kami
pakai duit keuntungan bisnes kami kalau nak belanja sakan. Tak pula aku bayar barang
yang dia beli, atau dia bayar barang yang aku beli. Bayar sendiri.
Honey. Keluar makan, lepak atau hiburan, aku bayar. Masa itu
aku dah kerja, walaupun gaji aku tak banyak mana. Rasanya memang patut aku yang bayar. Banyak kali juga dia
bising pada aku supaya jangan pemurah sangat pada dia. Bila dia bayar aku rasa
tak suka sebab dia belajar lagi. Ada masa, mak dia bagi duit pada aku dan bila aku
tolak. Dia mesti bisik:
“ Ambik Jo. Mak bagi tu, mak tahu awak selalu bagi saya
makan.”
Entahlah, ada kalanya aku sendiri rasa happy sahaja bila membayarkan.
Mungkin itulah Naruto rasa masa dengan aku. Rasa macam MACHO bila bayar. Adakah kau
jenis ini?
Macam mana pula dengan pengkid yang tinggal serumah dengan
pasangan dia dan sama-sama sudah bekerja?
Berkongsikah atau salah seorang sahaja yang tanggung semua? Ada satu
pasangan yang aku kenal ini. Seorang cikgu sekolah. Si pengkid pula bekerja swasta. Malah sudah
punya anak angkat bersama. Soal kewangan semuanya di kongsi bersama.
Ada ke pasangan yang pengkid urus rumah tangga sepenuh masa,
awek pula kerja? Aku belum jumpa lagi yang semacam ini.
Kalau kau memang urus rumah dan pengkid kau kerja, lain
sikit caranya lalu pandai-pandailah urus dengan cara terbaik dan tidak bebankan
kedua belah pihak.
Jika kau seorang pengkid dan bila baca ini kau lalu rasa
awek kau sekarang kaki kikis. Jangan fikir panjang sangat. Nasihat aku,
tinggalkanlah dia. Ramai juga pengkid yang jadi mangsa awek macam ini. Awek nak
apa sahaja si pengkid sanggup disediakan sehingga tak cukup duit gaji. Awek kau
cun macam Emilie Voe Nereng ke yang kau tak sanggup nak lepaskan sangat tu?
Hendak teruskan juga? Risiko tanggung sendiri.
Sebagai pasangan, andai kau kerja, dia pun kerja dan di sini
kita bercakap soal BERSAMA. Kau dan dia SAMA aje. Jadi eloklah sama-sama
membayar. Aku tahu ramai di luar sana pengkid memang jenis baik hati, pemurah
tak bertempat, maka janganlah awek-awek mengambil kesempatan.
PS: AMARAN- Istilah ‘memengkid’ hanya boleh digunakan antara
pengkid dan pengkid sahaja.