Tuesday, July 8, 2014

Tiga Suku

Dia hebat. Dia menjengkelkan. Dia kakak aku.

Kesimpulannya, lepak dengan Kak Jen memang terbaik.

Kak Jen adalah insan yang menerima perangai tiga suku aku tanpa mempersoalkannya. Dia bukan sahaja menerima, malah dia akan sama naik. Kemudian kami akan gelak sama-sama.

Beberapa bulan lepas, aku beli earphone berharga RM15. Malangnya, tidak sampai sebulan earphone tersebut telah memberikan telinga aku kejutan elektrik ketika sedang streaming movie ataupun melayan channel youtube kegemaranku.

Bertambang malang lagi, seminggu yang lepas, hayat earphone itu cuma tinggal separuh apabila hanya sebelah sahaja masih baik fungsinya, sebelah lagi tiada bernada.

"Earphone penting wooo..."

Aku dan Kak Jen meronda di beberapa buah medan beli belah kos sederhana untuk mencari barang keperluan raya keluarga kami. Apabila ada orang jual aksesori komputer atau telekomunikasi, aku pasti akan singgah untuk mencari earphone baru. Kebanyakkan pilihan yang ada semuanya jenis kalau sebulan dua di gunakan oleh wanita selasak aku, akan putus talinya. Harganya pula tak padan dengan barang. Bak kata mat saleh, 'overprice'. 

Kak Jen memujuk aku dengan menyuruh aku ambil sahaja earphonenya sebelum aku menerangkan bahawasanya earphone dia juga telah alami nasib yang sama seperti earphone aku. ROSAK.

Kami menaiki lift yang dipenuhi warga kota yang sama sibuk membeli  persiapan raya. Suasana dalam lift, senyap. Semua orang sedang berfikir atau sedang mengelamun agaknya.

" Kita turun tingkat berapa?" Tanya Kak Jen pada aku tiba-tiba.

" G!" balas aku ringkas.

" Bukan LG ke? LG ni apa maksud dia?" Tanya Kak Jen lagi sambil menunjuk butang lift.

" LG ni maksud dia Lower Ground. Bawah tanah. Ada zombie." Aku beritahu bersungguh-sungguh. Kak Jen angguk mengiyakan dengan muka serius. Macam betul sahaja lagak kami.

Kemudian aku bersandar di bahu Kak Jen dan buat bunyi menangis teresak-esak. Memang sengaja. Orang dalam lift mula terpana-pana sesama sendiri.

" Sedih betul...Nak beli earphone pun tak dapat..." Aku teresak di bahu Kak Jen. Kak Jen cuba menahan tawanya.

" Kenapa tu?" Tanya entah siapa di dalam lift, simpati.

" Dia sedih sangat ni sebab nak beli earphone tak dapat." Kak Jen beritahu orang itu sambil menggosok bahu aku, kononya cuba menenangkan.

Aku masih buat bunyi teresak-esak sambil berusaha menahan ketawa. Kak Jen pun sama. Orang yang bertanya mengangguk-angguk. Lepas itu aku angkat muka, berdiri tegak tanpa setitis air mata dan buat muka biasa. Masa itulah gelak Kak Jen pecah.

Orang lain yang berada dalam lift ada yang hendak ketawa. Ada juga yang buat tak tahu sahaja. Rugilah kalau tak ambil itu sebagai bahan gelak.

Selamat berpuasa. 

PS: Akhirnya aku beli earphone baru di Tesco. Warna merah. Puas hati aku. 







Friday, July 4, 2014

Tak Solo Dah.

Lama sangat aku tak jumpa bestfriend aku Bond. Nama aje bestfriend. Kali terakhir lepak adalah tahun lepas. Itulah aku. Sila terima seadanya.

Aku telifon Bond lalu mengaturkan janji temu melepak kami. Kebetulan Bond cuti pula beberapa hari itu. Tengah hari itu aku ambil Bond di flat sewa dia. Bond turun dari tangga. Wajahnya kacak bersinar, TAHNIAH! Aku syak sesuatu, tapi aku biarkan syak aku itu dulu.

" Fuyoo! Kau makin handsomelah pulak!" Kata aku sebaik sahaja Bond masuk duduk dalam kereta. Tangan aku tumbuk lengan dia. Mantap betul.

" Iye ke? Hahaha. Aku laparlah. Kau lapar tak?" Bond sengih-sengih sambil adjust kerusi.

" Lapar wei, aku belum makan dari pagi. Kita nak lepak mana?" Aku hidupkan enjin kereta.

" Sunway nak? The Curve aku dah bosan..." Bond mencadangkan.

" Ok jugak tu...Dekat tak? Aku tak tahu jalan." Viva aku mula bergerak.

" Ikut shortcutlah, dekat aje..." Bond menunjuk arah.

Kami mula berborak-borak.Cerita Bond, dia dah pakai kereta semula sekarang. Banyak jugak maklumat baru yang aku terlepas sepanjang hampir setahun tak jumpa dia.

Cerita punya cerita, syak aku tepat. Tahulah aku Bond tak solo dah. Bonusnya pertemuan kami kali ini, aku akan makan tengah hari dengan girlfriend dia yang bekerja di Sunway Pyramid.

Akhirnya aku bertemu juga dengan Cierra. Gadis melayu berkulit sawo matang tanpa secalit makeup dengan rambut panjang yang ditocang. Dia punyai jawline kemas dan apabila tersenyum, nampak gap teeth. Satu perkataan yang boleh gambarkan wajah dia-eksotik. Fizikalnya lebih tinggi dari aku, rendah daripada Bond. Bukan girly girl. Manalah Bond jumpa stok girlfriend macam ini? Kalau ada lagi, aku pun nak order satu. Hati nakal aku ber-beatboxing lagu pop Britney Spears zaman dulu-dulu.

Kami makan di satu kedai apek jual laksa. Makanan kegemaran aku dan Bond yang menguatkan lagi persahabatan kami masa zaman sekolah menengah dulu. Sekarang ini aku rasa aku dah tak ada makanan kegemaran...mungkin juga sandwich. (itu paling senang dan sedap)

Aku ambik kesempatan bersoal jawab dengan Cierra. Malu-malu juga dia dengan aku apabila soalan-soalan sensitif mengenai mereka berdua aku libas bertubi-tubi. Sambil itu matanya jeling-jeling manja pada Bond yang sengaja membiarkan aku dengan soalan-soalan membuli tersebut. Dari situ,tahulah aku yang kini mereka berdua dah tinggal sekali dan memiliki seekor kucing bersama.

Bila Cierra sambung kerja semula, aku pula jalan bershopping dengan Bond. Jarang aku shopping dengan orang, melainkan Kak Jen atau seorang diri. Dapatlah sepasang spender RENOMA. Lepas itu kami masuk kedai baju BritishIndia. Mak aih! Kalau aku seorang memang tak terjejaklah ke situ. Aku ni kan perasan hiphop ala ASAP Rocky melepak di Harlem.

Sambil Bond pilih-memilih. Dia mengomel. Katanya, Cierra yang selalu teman dan bantu dia beli baju. Dia jadi mati akal sikit. Hendak mintak pendapat aku, si pasar malam hip hoppers ni memang jauh panggang dari pemanggang ajaib.

Malam itu kami bertiga pergi tengok wayang. Dari bahasa tubuh, pandangan mata, gurauan memang jelas keduanya sedang dilamun cinta. Nampak sangat sepadan bersama. "I ship them!" Bak kata mat salleh.

Aku buat kesimpulan sendiri, berdasarkan tiga hal iaitu tinggal bersama, berkongsi kucing dan pilih memilih baju tersebut, di dalam kamus lesbian, mereka berdua adalah di level serius.

PS: Bonus gambar.








Followers