Ada dua sebab aku malas nak keluar rumah.
Pertama, aku paranoid disebabkan banyak kejadian malang
menimpa aku. Tidak perlulah aku menceritakan selanjutnya kejadian-kejadian itu.
Sangat tak tercapai dek akal.
Keduanya, malas nak kena menutup aurat depan bukan muhrim, lagi
syok duduk rumah lalu pakai seluar pendek sependeknya sambil baring tunggang
terbalik di atas katil dengan kaki bersilang.
Maka separuh dunia aku adalah katil yang menjadi tempat menyiapkan
kerja-kerja part time, lukis, baca buku, tidur, makan-minum, tengok movie,
lipat stokin dan melakukan perkara-perkara keji lainya.
Walaupun begitu aku masih pergi kerja dengan tekun tanpa ponteng.
Semua ini buat aku terfikir, alangkah baiknya kalau aku punyai
kuasa teleport.
POW! Itu dia, aku sebut jugak akhirnya apa yang aku angan-angankan
sepanjang bersantai di atas katil.
Kuasa teleport ini macam teknik yang watak-watak dalam anime
Dragon Ball Z gunakan, yang membolehkan mereka pergi dari satu tempat ke satu
tempat dengan sekelip mata.
Contoh lain adalah dalam movie Jumper, di mana si hero lakonan Hayden Christensen mempunyai kuasa teleport yang
membolehkan dia merompak bank dan melarikan anak dara orang. WOW! Jangan salah
faham, aku bukan hendak merompak atau melarikan anak dara orang. Sebab tanpa
kuasa teleport pun perkara itu boleh dijalankan WOSH!!! Macam itu aje.
Aku cuma mahu berada di mana-mana tempat tanpa perlu menggunakan
pengangkutan. PLING! Aku dah berada di sebelah kau. Kan best. Ah,
berangan Jo!
Banyak benda lain aku berangan sebenarnya. Adakalanya aku terasa
ingin tukar kerjaya. Sama ada menjadi tukang jahit, tukang masak, pengarah
filem atau translator Bahasa Perancis.
Translator Bahasa Perancis itu paling aneh. Padahal aku hanya tahu
dua perkataan Perancis aje. ‘Merci’ dan ‘Bonjour’. Serius! kalau kau tonton
filem Kapten Amerika 2 tu, kau dapat dengar orang jahat dia cakap Perancis.
Bayangkan aku jadi orang jahat yang ada kuasa teleport dan
melarikan anak dara orang sambil berbahasa Perancis. Ceh!
PS: Aku beli kipas baru. Maka, ada dua kipas dalam bilik aku
sekarang. How cool is that?
Jom layan awek-awek Perancis ni menari!
Jom layan awek-awek Perancis ni menari!