Banyak sangat dugaan yang terjadi pada aku. Lepas satu,
satu. Fizikal, mental, keadaan dan suasana. Baru masuk sahaja bulan tiga di
tahun 2014. Aku kena kerahkan dan keluarkan banyak fikiran, masa, tenaga dan
wang ringgit untuk selesaikannya. Rugi keseluruhan… Mak Aih! Beribu dah.
Bila difikirkan banyak sebabnya oleh kecuaian sendiri
dan aku tidak bersedia untuk menghadapinya. Sekarang ini aku sedang
menyelesaikan hal-hal ini satu demi satu. Ada kalanya aku rasa macam
terawang-awangan di antara garisan realiti dan diluar kesedaran. Melayang.
Aku tahu kesannya keadaan ini pada diri aku, orang sekeliling,
kerja dan keluarga yang aku sayangi. Sebab segalanya saling berhubung kait. Aku
tak boleh pentingkan diri sendiri. Jadi aku tak boleh biarkan dan mengalah. Sedih memang sedih.
Sedang dalam proses baiki semula dan menyusun kehidupan dengan elok. Aku sedar, malah aku tahu bagaimana betul dan tepatnya kita
merancang, Allah yang akan menentukan semuanya. Dalam proses membaiki ini
memang ada sahaja hal lain yang datang menduga.
Contohnya sedang aku menaip ini, aku baru dapat tahu adik
lelaki aku si Jaha pula kemalangan kereta semalam, masuk gaung lagi. Teruk. Berjahitlah tangan dia. Kereta masuk bengkel. Mak telifon, mak menangis.
Semua yang jadi bersebab dan berhikmah. Kurang iman, kurang
doa, kurang peka dan kurang segalanya. Malah mungkin aku ada teraniaya sesiapa
tanpa aku sedari selama ini dengan sikap dan tingkah laku aku. Maka inilah… Hmm…Ada,
aku selalu rasa ada.
Maafkan salah-salah aku wahai kamu. Aku mohon, maafkanlah. Dugaan tetap dugaan. Fighting!