Hari ini mari kita cerita tentang perasaan. Perasaan aku.
Kadang-kala bila kita asyik kerja dan asyik fikir apa yang kita boleh buat
untuk orang lain, kita lupa yang kita ada perasaan. Itu yang selalu aku
lakukan. Setiap hari.
Maka apabila aku keluar dengan Nunu yang dah berzaman aku
tak jumpa atas dasar kesibukkan masing-masing. Aku mendengar luahan perasaan
dia tentang rasa. Nunu dalam situasi dimana di sedang bercinta dengan seorang
lelaki. Apabila dah mulai sayang sangat dengan lelaki itu, rupa-rupanya lelaki
itu dah pun punyai girlfriend. Jadi lelaki ini pasang dua. Malah tidak mahu
melepaskan kedua-duanya. Nunu pula dalam keadaan tidak merelakan perbuatan itu
tapi masih meneruskannya. Alasannya, SAYANG.
Aku pula sebagai Jo yang ada crush dengan Nunu, terasa nak
pergi aje depan lelaki tu dan cakap.
“Kalau aku boleh rampas Nunu dari tangan kau sekarang, aku
akan rampas, larikan, bawak dia pergi jauh. Buat dia lupakan kau. Buat dia
bahagia.”
Tapi sebagai perempuan aku tak mampu. Kadang-kadang dengan
menjadi perempuan aku rasa tak berdaya. Itulah perasaan aku selama ini. Aku
sendiri dah lupa kenapa pada asalnya sejak dari kecik aku nak sangat jadi
lelaki. Akhirnya aku teringat kembali sebabnya. Sebab manusia sekeliling aku
buat aku rasa betapa tidak berdayanya menjadi perempuan. Jadi perempuan dan aku
akan kena tindas. Perasaan ini sejak kecik, bermula dari dalam keluarga lagi.
Aku sayangkan keluarga aku. Aku juga tengok yang lelaki
dalam keluarga dapat banyak keistimewaan dari perempuan. Walaupun perempuan
juga sama-sama membantu menghidupkan keluarga kami. Dari sekecik-kecik perkara
hingga sebesar-besarnya. Sedar tak sedar
bila aku besar, manusia di sekeliling aku pun melakukan perkara yang sama.
Mungkin aku yang cepat terasa. Mungkin perempuan lain tak rasa macam aku rasa.
Tapi itu perkara sebenar yang tak ada sesiapa boleh nafikannya.
Tapi sampai bila aku perlu rasa hanya dengan menjadi lelaki
maka semua masalah di sekeliling aku dapat diselesaikan. Semua masalah dunia
dapat diselesaikan. Istimewa sangatkah lelaki? Kurang istimewakah perempuan?
Atau manusia yang buat lelaki jadi istimewa dalam dunia. Sedangkan aku tahu
hukum Tuhan jelas menyatakan istimewanya perempuan. Tapi itukah yang sedang
manusia lakukan?
Sampai sekarang, setiap hari diskriminasi terhadap perempuan
berlaku. Kalau perempuan brutal sikit. Ayat-ayat yang akan keluar.
“Perempuan tak boleh brutal.”
“Kau nak jadi jantan ke?”
“Kau ni macam lelakilah.”
Perempuan juga buat aku sering nak jadi lelaki. Istimewanya
perempuan. Ada lelaki yang sedar istimewanya perempuan, lalu bahagialah. Ramai
lelaki yang tak tahu itu. Aku pula ditakdirkan jumpa lelaki-lelaki yang buat
aku rasa teruknya lelaki.
Lelaki layan aku kasar? Sebab aku kasar? Ego tercalar sebab
rasa aku mampu buat apa yang diaorang buat. Jadi buatlah…Buatlah lagi baik. Tak
dinafikan dari segi fizikal lelaki lagi kuat dari perempuan. Jadi layanlah
perempuan dengan baik. Jangan asyik nak salahkan pengkid bila pengkid dapat
girl yang baik dan cantik. Sana sini tunding jari kenapa pengkid makin ramai.
Wahai lelaki! Pergilah ngorat pengkid. Kenapa? Pengkid tak cantik? Pengkid
kasar? Pengkid tak layan lelaki? Pengkid bukan taste kau? Mak bapak kau tak
terima pengkid sebagai menantu?
Aku bukan minta hak persamaan. Aku masih suka lelaki yang
angkat barang berat. Memang korang lagi kuat. Jadi angkatlah! Bila lelaki
angkat berat, kena puji. “ Oh Abang, kau sungguh gagah perkasa.”
Bila perempuan angkat
berat kena keji, cakap nak jadi lelakilah. Lepas tu bila minta hak persamaan.
Lelaki suruh perempuan angkat barang berat sama macam lelaki. Dengan alasan,
nak sama sangat, angkatlah barang berat tu. BODOH!
Ada beberapa pendapat orang pasal aku.
Ada kawan lelaki Nunu pernah tengok gambar aku dalam FB dia,
lepas tu cakap yang aku macam jantan. Nunu terus cakap “ Dia ni nampak je macam
jantan, tapi hati dia lagi lembut dari aku.”
Emak dan Preity pernah cakap. “Kau ni pandai betul picit.”
Honey pernah cakap. “ Kalau kita bermadu, suami mesti sayang
awak dari sayang saya. Kita jangan bermadu ya…”
Kak Jen selalu cakap. “ Kau ni tak pandai kemas rumah, tak
pandai lipat baju, tapi rumah engkau tak adalah bersepah sangat.”
Bond cakap. “ Kau tahu juga masak ya.”
Aku nak jadi perempuan yang kuat hati tu. Aku nak bantu Nunu
sebagai perempuan, dengan rasa seorang perempuan. Bukan dengan rasa nak jadi
lelaki dan rampas dia dari lelaki yang aku anggap jahat tu. Aku nak ada lelaki
untuk aku, bukan untuk dia selamatkan aku. Tapi kami sama-sama bantu dan
sayangi diri kami. Yang boleh aku picit kepala dia bila dia pening. Yang dia
juga boleh picit kepala aku bila aku pening. Kongsi anak-anak lelaki dan
perempuan yang comel. Yang akan jadi khalifah dan takbir bumi Tuhan ini. Yang
dapat teruskan benih kami. Warisan kami. DNA kami.
Aku sangat degil, nak suruh aku berubah jadi lemah lembut?
Simpan rambut panjang. Baru dapat suami? Jawapannya tak!
Aku boleh masak, boleh jadi sangat caring, malah suara aku
tak kasar pun. Boleh tak terima aku seadaanya. Terima aku yang nampak gagah ni.
Tak malu dengan aku yang sedikit macho ni untuk dibawa bertemu mak dan ayah.
Yang buat aku rasa aku cintakan dia sepenuh hati.
Ada ke lelaki itu untuk aku? Yang aku rasa betapa
istimewanya jadi perempuan? Kalau jawapannya ada,dimana? Kalau jawapannya belum
jumpa lagi…itu bukan jawapan.
Untuk para lelaki yang betul-betul nak ngorat pengkid:
Sekasar manapun pengkid tu layan kau, kau kena layan dia
dengan sopan. Layan dia macam dia awek paling cun dalam dunia ni, caring pasal
dia. Jangan nak putus asa!
PS: Tiba-tiba aku rasa post kali ini macam iklan cari calon
suami.