Aku pernah menulis bahawa cerita suka ini sentiasa ada
sambungan. Tapi aku tidak menyangka yang sambungannya secepat ini. Dalam hati
aku gelak.
Bila aku suka pada seseorang, keinginan untuk berbual amat
tinggi. Rasa untuk mendengar suara, mengetahui segala kisah dan melihat dia di
depan mata sentiasa membuak. Argh! Perasaan. Kau buat aku jadi tak cool dan aku
dah tak peduli pasal cool.
Gadis yang aku suka ini adalah intern di tempat kerja. Orangnya
tinggi. Memiliki sepasang mata kuyu dan aku sendiri tak tahu nak letak dia di
kategori mana. Dia bukanlah sopan gila bila kau dah kenal rapat. Dia juga bukan girly, jauh sekali sweet.
Orangnya cukup dia, personalitinya adalah dia dan sikap individualnya memang
ketara. Terima kasih pada emak dan ayah dia sebab melahirkan dia.
Imbas kembali sebulan dua yang lepas.
Sebenarnya aku tak nak suka sesiapa dah. Lagi-lagi perempuan
yang 10 tahun junior daripada aku. Aku rasa tak wajar. Aku rasa seperti orang
tua gatal tidak sedar diri. Jadi aku biarkan sahaja perasaan aku yang ini.
Aku perhatikan sahaja
dari jauh, dua tiga orang staff lain cuba mendekati dia. Mengatur ayat-ayat manis
dalam cubaan mengusha dia. Dari jauh itu aku gelak besar setiap kali dia buat selamba
sahaja pada semua itu. Kadang kala aku tertanya, adakah dia sendiri sedar yang
dia sedang diusha? Entahlah. Aku meneruskan pemerhatian aku sambil berdoa
supaya cepat-cepatlah dia habis intern, atau cepat-cepatlah salah seorang staff
lain itu dapat mengorat dia.
Tapi, itulah aku. Lain yang aku fikir dan atur, lain pula
yang aku buat.
Satu hari, berlaku hiruk pikuk di pejabat
kami kerana ada bau terbakar. Semua orang berhenti buat kerja dan masing-masing
mencari punca bau itu. Aku juga bangun dari meja. Melihat semua orang sedang ke
sana ke mari, sibuk. Aku jeling ke meja dia. Dia pandang mata aku, aku pandang mata
dia dan kami sama-sama separuh tergelak. Senyum dia memang manis dengan braces.
Buat rasa la la la la… Memang sebijik macam permulaan drama remaja romantik
yang di penuhi klise dan adegan-adegan yang sudah dijangka. Aku menumbuk hati
aku beberapa kali menyuruhnya menjadi kuat.
Ternyata hati aku tewas. Ia berdenyut dengan laju. Sampai
sakit jadinya. Maka aku tarik kerusi kosong di sebelah dia dan kami mula berbual,
satu demi satu hal. Aku gelak dia pun gelak. Dunia tunggang terbalik di keliling, kami tidak hiraukan. Pelahan-lahan
rasa sakit dalam hati ini bertukar jadi bunga.
Tamat imbas kembali.
PS: Bersambung. Aku nak pergi kerja.