Sunday, January 24, 2016

2016 dan Harapan

Aku menulis lagi.

Lambat, aku tahu.

Harapnya tulisan, cerita dan idea yang aku kongsikan dalam blog ini masih berguna untuk sesiapa di luar sana.

Bagi sesiapa yang sudah mengetahui, Bond kembali single. Jikalau ada sesiapa yang ingin mengusha dia, aku tak izinkan. Bunyinya dah macam emak-emak.

Bukannya apa, aku cuma harap Bond bagi masa pada diri dia untuk gunakan masa bersendirian ini untuk dia lihat dalam-dalam tentang diri dia. Bagi diri sendiri masa menjaga hanya diri sendiri.

Aku juga sempat menghasut Bond dengan kata-kata:

“Jadi single ni duit tak banyak habis untuk aweks!”

Sukar sebenarnya bila kau dah biasa punya seseorang, tiba-tiba kau hendak hidup sendiri. Tiada teman berborak hal-hal jiwa raga. Tiada orang yang nak ambil kesah perihal diri kau. Tiada orang yang beritahu hari ini kau handsome dengan polo merah kau. Tiada orang akan cakap I LOVE YOU pada kau lagi. Kau akan sunyi sesunyinya. Lumrah manusia perlu teman berteman.

Tak perlulah aku tulis kebaikan hidup single bagi seorang pengkid atau perempuan gay di sini. Kau carilah kebaikan itu di blog lain.

Aku harap Bond bertabah dan aku tahu dia ok-ok aje, tak macam aku masa putus cinta dulu menangis dan meraung. Tak macho sungguh bila aku fikirkan semula. Betulah kata orang, saat sedih dulu itu boleh terubat dengan masa.

Lupa aku hendak cerita. Beberapa minggu lepas aku sempat keluar dengan blogger dalamgobok. Susah betul nak set tarikh dengan dia.

Aktiviti kami simple aje. Aku pergi ambil dia. Bagi dia makan cekodok pisang yang aku masak. Bagi buku yang aku tulis pada dia. Borak. Tengok wayang. Makan KFC. Borak lagi. Hantar dia balik sebelum pukul 7 malam. Aku banyak cakap, dia banyak cakap.

Tanggapan pertama aku tentang dia. Ya Allah, sopan santunnya dia. Dari hujung kepala hingga ke hujung kaki, orang tak akan percayalah dia ini seorang perempuan gay. Aku pulak dah sehabis gaya gay hari itu, kalau orang buta duduk sebelah aku pun boleh tahu yang aku ni gay.

Aku juga harapkan blogger dalamgobok mempunyai masa depan yang cemerlang dalam apa sahaja pilihan yang dia buat di masa akan datang.

Untuk diri aku pula, 2016 ini aku harap yang aku akan lebih berani untuk hadap hal-hal yang aku tak suka dan jangan jadikan itu alasan untuk menyekat kemampuan dan kreativiti aku.



Bonus: Gambar no filter Bond yang dia izinkan untuk siaran.



PS: I LOVE YOU.

Followers