Umur aku 31 tahun. Aku seorang anak. Aku juga seorang kakak.
Aku adalah adik. Malah aku seorang mak cik. Hidup berdikari aku bermula
sepenuhnya sejak aku habis diploma. Mula kerja, punya pendapatan sendiri dan
bolehlah sumbangkan sikit-sikit pada keluarga.
Aku selalu pesan pada diri sendiri, kurangkan macho. Sebagai
perempuan tak perlulah nak tunjuk gagah sangat. Perempuan itu dah kuat dah.
Lembut tapi kuat. Manja tapi melawan.
Jangan pandang rendah pada kekuatan seorang perempuan. Aku
yakin kalau perempuan yang nampak ayu, lembut dan sopan itu kalau bertumbuk
dengan aku, belum tentu aku boleh menang.
Sebagai apapun, tiada alasan untuk aku tidak jatuh hati pada
perempuan. Kecuali agama. Agama masih nombor satu. Jelas.
Panjangnya intro. Ya ampun.
Cuti tahunan aku
berlambak. Kalau boleh, aku nak sahaja infak cuti tersebut kepada rakan-rakan sekerja
yang dah punya anak-anak. Tapi tak boleh. Jadi aku ambil juga cuti. Itupun
sehari aje. Sambung cuti Awal Muharram. Balik kampung 4 hari. Kak Jen ikut.
Bayar tol kongsi.
Hari ke tiga cuti, aku pergi tukar tayar di Bandar T. Bandar
kecil yang terletak 20 KM dari kampung kami. Mak tak mahu ikut. Malas nak
menunggu-nunggu katanya. Keluarlah aku, Kak Jen dan adik bongsu kami, Jasmin
tengah hari itu.
Ini adalah pengalaman menukar tayar kereta buat pertama
kali. Budget aku sebiji tayar dalam RM100 hingga RM150. Kami merewang sekitar
kedai tayar di Bandar T untuk mencari harga berpatutan. Kak Jen mencadangkan
aku gunakan tayar jenama Silverstone, sebab tayar Viva aku sebelum ini pun
Silverstone juga. Aku turutkan sahaja.
Muka Kak Jen dah masam mencuka sebab aku tak tawar menawar
pun. Aku memang jenis yang malas nak menawar . Berbeza sekali dengan Kak Jen.
Beli ubat gigi pun kalau boleh dia nak tawar menawar. Kelebihan Kak Jen di situ
ya. Inilah lebih kurang harga yang aku bayar.
4 biji tayar Silverstone baru/Balancing/Alignment : RM500
4 Tube/Tubeless Valve : RM20 (tube tayar aku dah keras,
nanti angin mudah keluar kata si pomen)
2 Camber Screw : RM 90 (tayar dah terkangkang sebab asyik
masuk lubang, kena pakai camber screw kata si pomen lagi.)
Sebenarnya camber screw tu bila aku google semula, harga dia
hanya dalam RM15 hingga RM25 sahaja sebiji. Nampak tak keuntungan yang dikaut
oleh tauke tadi. Nak marah pun tak guna sebab siapa suruh tak buat research
secukupnya kan. Cis bedebah!
Seterusnya kami ke Mall. Beli bra.
Alkisahnya, aku ni memang segan sikit nak beli bra. Maklumlah,
dengan penampilan aku yang sedikit macho ini. Kalau beli bra, mesti mak atau
adik-beradik aku temankan. Saiz pun aku sendiri dah ingat-ingat lupa.
Selalunya ada aje aku tulis dan letak dalam dompet atau save dalam handphone.
Tapi sebab handphone lama aku dah terflush dalam lubang jamban dan aku baru aje
tukar dompet. Maka aku memang tak ada klu apa saiz aku. Kak Jen dan Jasmin
asyik gelakkan aku. Lantak koranglah.
Aku menghampiri salesgirl di situ.
“ Hai Kak, saya nak beli bra ni. Tapi masalahnya saya pun
tak tahu saiz saya berapa.” Aku bebisik-bisik pada salesgirl itu. Manis
rupanya. Tingginya lebih kurang macam aku aje.
“ Tak tau saiz ke? Tak ape. Jom ukur.” Kata salesgirl. Dia
mengambil pita pengukur.
Aku buka kemeja luar dan mendepangkan tangan. Salesgirl itu
mengambil ukuran. Satu kali atas dada dan satu kali di bawah dada. Kak Jen
mentertawakan aku lagi. Aku pun buat-buat gelak. Nak cover perasaan segan.
Salesgirl tu pun dah gelak sekali.
“ 34 B!” Beritahu salesgirl.
“ Adik, tolong cari bra saiz 34 B untuk akak.” Aku perintahkah
Jasmin. Dia menurut aje.
“ Tak paham betul nak beli bra ni…” Aku ngomel.
“ Nak bra macam mana? Yang berbunga-bunga macam ni ke?”
Tanya si salesgirl sambil menayang bra dengan corak lace. Aku rasa saja aje dia
nak kenakan aku. Berani ya.
“ Akak tengok saya macam ni pakai bra berbunga ke kak?
Rasa-rasanya saya pakai bra macam mana? Kesian saya kak.” Aku buat ayat sambil
menayang body. Kak Jen gelak terkekek. Langsung tak membantu.
“ Manalah tau kan, selera orang lain-lain.” Dia dah tergelak
sakan.
Kami meneruskan pencarian dan sesi testing bra. Mujur ada
Jasmin bantu aku. Aku ajak dia masuk sekali dalam fitting room. Harapkan Kak
Jen, memang aku pakai bra budak sekolahlah alamatnya.
“34 B ni kira besar ke kecik Dik? Tanya aku pada Jasmin dalam
fitting room.
“ Akak ni gemuk, kira oklah 34 B tu. Nak besar mana lagi?”
Jawab Jasmin sambil membantu aku. Kurang asam punya adik.
Setelah siap memilih, salesgirl tersebut menulis resit. Aku
berdiri depan dia.
“ Kak ni umur berapa?” Aku bertanya. Mataku tertancap pada
eyeliner matanya yang sangat rapi.
“ Umur… Hmm… 19.” Katanya.
“ Oh! Mudanya. Saya lagi tualah.” Aku terkejut sikit. Aku
ingat umur dia dalam 22-24. Rasa macam tipu aje. Tapi aku tetap senyum. Dia senyum balik. Aku terus pergi
ke kaunter bayaran.
“ Ini semua?” Cashier mengira-ngira jumlah. Aku angguk.
“ Stok untuk setahunlah ni.” Gurau dia. Kami sama-sama
gelak. Memang banyak pun aku beli. Empat helai.
“ Adik tu betul ke umur dia 19?” Soal aku pada si cashier
lalu menunjuk pada salesgirl tadi yang kini sedang melayan seorang mak cik. Untuk
memastikan.
“ Yang tu? Ha-ah, 19. Cantikkan dia.” Aik? Lain yang aku
tanya. Lain yang dijawab.
“ Awak ni pun cantik. Beli banyak ni tak dapat diskaun ke?
Nombor telifon ke?” Sahaja aku mengusik. Kami gelak lagi.
Kak Jen dan Jasmin geleng kepala.
Dan disebabkan hal bra ni aku
rasa belum cukup berdikari lagi.