Aku pernah janji yang aku tak akan jatuh cinta dengan mana-mana girls lagi lepas girlfriend nombor 4. Sekarang dah lebih kurang empat ke lima tahun aku single dari mana-mana girls. *serius aku tak pernah kira berapa lama aku single*. Entah macam mana aku ter 'crush' dengan sorang kawan aku ni. Dont blame me, she so adorable, sensitive, smart dan sometimes bossy. Aku dapat rasa chemistry antara kitaorang. Ah, sumpah! gigil aku dibuatnya. Dah lama dah tak rasa perasaan ni.
Aku harap perasaan ni berlalu bergitu sahaja dan tidak kekal. Jadi sekarang aku cuba kurangkan masa lepak dengan dia. Kau gila nak teruskan, dah tentu aku tak boleh nak promise apa-apa kat mana-mana girl selain jadi kawan yang baik tu. Gila, banyak perkara aku fikir, tuhan, family, diri dia, diri aku, orang sekeliling lagi. Aku tak boleh tipu dia, aku juga tak boleh nak teruskan. Aku rasa dia macam tahu. Aku tak sure respon dari dia macam mana. Aku tak nak dia tahu perasaan aku. Sebab aku tahu jujur yang ini pasti merosakkan keadaan dan persahabatan kitaorang. Kalau dia benci aku satu hal, kalau dia suka aku lagi teruk.
Macamlah aku tak ada pengalaman dengan keadaan ini. Aku tahu kat luar sana ada ramai couple same sex yang hadapi pelbagai masalah. Ramai juga yang bahagia. Yes! kau memang nampak bahagia, tapi keberkatan tu tak ada. Ada yang cakap family kita orang tak kisah. Tapi setakat mana. Ada yang rasa dah cukup dengan cinta macam ni. Ada yang jadi secret lover. Ada yang sanggup tinggal family, kerjaya dan kawan-kawan demi cinta. Hari-hari aku tengok dan dengar hal ni. Ini semua kisah aku dan kawan-kawan aku.
Adakah patut aku berdepan dengan perkara ini lagi. Sanggup ke aku? Berbaloi ke? Aku pernah buat lawak dengan adik aku kalau ada girl macam Mila Kunis atau Siti Saleha barulah aku boleh goyang. Kata-kata kita memang boleh makan diri kita sendiri. Aku janji aku akan cuba. Sebab paling utama, aku sangat sayangkan dia dan our friendship dan aku tak nak rosakkan life dia dengan perasaan aku, aku tak nak dia rosakkan diri dia kalau dia jatuh cinta pada aku. Aku tak nak dia benci aku kalau dia tahu aku ni bekas pengkid dan lesbian.
Oh, kawan! Maafkan aku. Terlau banyak aku nak cerita dan terlalu banyak yang aku perlu rahsiakan. Maafkan aku tak boleh nak jujur pun, tak mampu nak jujur pun. Kabut di minda.